Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Polis Bantuan di Pos Malaysia Berhad 2021

Jawatan Kosong Polis Bantuan di Pos Malaysia Berhad
Jawatan Kosong Polis Bantuan

Jawatan Kosong Polis Bantuan di Pos Malaysia Berhad ini dibuka kepada seluruh Warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 20 hingga 30 tahun sahaja. Kelulusan minima bagi melepasi syarat jawatan kosong ini pemohon hendaklah sekurang-kurangnya memiliki kelulusan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah. Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi beberapa kriteria tertentu yang telah ditetapkan terutama sekali bagi kelayakan fizikal.

Permohonan Lengkap Jawatan Kosong Polis Bantuan

Perlu diingati bahawa tarikh tutup bagi permohonan ini adalah pada 20 Mac 2021. Individu yang berminat bolehlah mengisi kekosongan jawatan ini seperti berikut,

Individu berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan digalakkan untuk memohon kekosongan jawatan yang diiklankan seperti di bawah:

Jawatan yang Ditawarkan :

1. Konstabel, Polis Bantuan.

Info Jawatan Kosong:

Tarikh Tutup Permohonan: 20 Mac 2021
Lokasi: Lembah Klang, KLIA dan Johor.

Had Umur yang Ditetapkan: 20 hingga 30 tahun.

Kelulusan Minimum: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah.

Jawatan Kosong Polis Bantuan
Jawatan Kosong Polis Bantuan

Deskripsi Tugas:

  • Bertanggungjawab memastikan keselamatan premis Pos Malaysia yang di bawah kawalan, sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal.
  • Bertanggungjawab dalam melakukan tugasan kawalan orang ramai, pemeriksaan kenderaan keluar masuk dan melakukan pemeriksaan premis.
  • Mengawal dan memastikan peralatan keselamatan mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Pos Malaysia dan PDRM.
  • Bertanggungjawab dalam melakukan tugasan kawalan statik dan rondaan bit.
  • Bersedia menerima tugasan Keselamatan daripada penyelia apabila diperlukan dari semasa ke semasa.

Syarat-syarat Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia berumur 20 hingga 30 tahun.
  • Lulus SPM dengan lima mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah.
  • Bersedia untuk menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL)
  • Berpengetahuan dalam bidang Keselamatan, penggunaan komputer dan Sistem Penggera Keselamatan.
  • Memiliki personaliti menarik dan mahir berkomunikasi.
  • Tiada rekod jenayah dan bebas daripada/sedang dalam siasatan Polis dan SPRM.

Kelayakan Fizikal:

  • Tidak rabun warna dan tiada kecacatan fizikal.
  • Tinggi sekurang-kurangnya 163 Sentimeter bagi lelaki, manakala bagi wanita pula ialah 157 Sentimeter.
  • Berat badan tidak kurang daripada 50 Kilogram bagi lelaki dan 48 Kilogram bagi wanita.
  • Ukuran dada tidak kurang 81 Sentimeter (ukuran normal) dan 86 Sentimeter (ukuran semasa tarik nafas – bagi lelaki sahaja).

Cara Permohonan Jawatan Kosong Polis Bantuan :

  • Calon yang berminat dan memenuhi kesemua syarat kelayakan yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan berserta sijil-sijil akademik (SPM) yang berkaitan.
  • Calon juga dikehendaki melampirkan 1 keping gambar berukuran passport bersama-sama permohonan.
  • Sila hantarkan permohonan ke alamat berikut:
    • Khidmat Sokongan Jabatan Keselamatan, Tingkat 5, Ibu Pejabat Pos Malaysia Berhad, Kompleks Dayabumi, 50670 Kuala Lumpur.

(Pastikan anda rujuk iklan penuh melalui pautan di bawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda)

Jawatan Kosong Polis Bantuan 1
Jawatan Kosong Polis Bantuan

Peringatan & Penafian

Para pemohon diingatkan bahawa setiap permohonan yang dilakukan mestilah memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan dalam iklan. Permohonan hendaklah disertakan sekali dengan Resume/CV, maklumat penuh peribadi, gambar dan dokumen-dokumen yang berkaitan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik. Permohonan hendaklah dihantar ke alamat yang betul dan lengkap sepertimana dalam iklan. Bagi permohonan secara atas talian, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan oleh sistem. Panggilan temu duga hanya bagi calon yang disenarai pendek sahaja.

Mohon perhatian, iklan kerja kosong ini hanya sah pada tarikh yang telah dinyatakan di atas sahaja. Oleh hal yang demikian, pemohon diminta untuk merujuk dengan betul dan teliti berkenaan tarikh artikel ini diterbitkan terlebih dahulu. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini bukanlah di bawah tanggungjawab kami.

Anda juga mungkin berminat untuk mengisi Kekosongan Jawatan di Kolej Poly-Tech Mara KPTM atau Kerja Kosong di Agensi Angkasa Malaysia sebelum tarikh tutup permohonan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati