Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cukai Barangan Mewah Bermula 1 Mei 2024

cukai barangan mewah mula 1 mei 2024

Cukai barang bernilai tinggi atau cukai barangan mewah bermula 1 Mei 2024. Ini telah dijelaskan oleh Datuk seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan belanjawan 2024 pada bulan lalu. Menurut Anwar yang juga menteri kewangan telah berkata kementeriannya dalam peringkat akhir bagi memuktamadkan dasar serta perundangan cukai membabitkan barang bernilai tinggi.

Keputusan penetapan cukai barang mewah bermula 1 Mei 2024 adalah berdasarkan mekanisme pelaksanaan serta jenis barang dan kadar cukai barang bernilai tinggi akan diumumkan selepas perkara-perkara tersebut telah dimuktamadkan dan diluluskan oleh jemaah menteri.

Berkenaan Cukai Barangan Mewah Bermula 1 Mei 2024

Apakah Itu Cukai Barangan Mewah?

cukai barangan mewah

Cukai yang diperkenalkan untuk mengenakan cukai ke atas barangan yang dianggap bukan keperluan dan dibeli oleh mereka yang daripada golongan berkemampuan dan berpendapatan tinggi. Secara umumnya cukai ini dikelaskan sebagai cukai keatas orang kaya yang mana mereka membuat pembelian barangan mewah seperti jam tangan kereta dan barangan kemas. Walaubagaimanapun, ada pihak yang berpendapat cukai ini adalah gantian kepada cukai GST dan hal ini telah dijawab oleh kerajaan.

Menurut pihak kerajaan cukai barangan mewah yang akan diperkenalkan seperti diumumkan di dalam belanjawan 2023 bukanlah terletak kepada cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Kaedah Cukai yang Diperkenalkan

Cukai barangan mewah juga dikatakan akan dikenakan ke atas kereta yang dijual melebihi RM200,000 barangan kemas berharga melebihi RM10,000 dan jam tangan melebihi RM20,000. Untuk penetapan pengenaan cukai ini masih belum ditetapkan. Untuk penetapan terbaru,kami akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengenai penetapan cukai barangan mewah yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Peratusan Cukai Barangan Mewah

Untuk penetapan yang sebenar masih belum diputuskan berapakah peratusan untuk cukai barangan mewah akan dikenakan. Namun menurut kenyataan kerajaan sebelum ini, kerajaan akan menggubal perundangan baharu untuk melaksanakan cukai barang bernilai tinggi dengan kadar sebanyak 5 peratus hingga 10 peratus. Menurut kerajaan bagi dia akan dikenakan ke atas barang bernilai tinggi seperti barang kemas darjah tangan berdasarkan nilai ambang harga barangan.

Kerajaan Akan Kenakan Cukai Barangan Mewah Mengikut Ketetapan

Golongan yang Bakal Dikenakan Cukai

Cukai ini dijangka akan dikenakan kepada golongan kaya yang memberi barangan mewah. Walaubagaimanapun, bagi meneruskan dan menggalakkan sektor pelancongan cukai ini tidak akan dikenakan kepada para pelancong yang hadir ke Malaysia yang mana mereka boleh membuat tuntutan semula cukai berkenaan di pintu keluar negara.

Golongan Kaya Bakal Dikenakan Cukai
Cukai dikenakan melibatkan pembelian barangan mewah seperti kereta, jam tangan dan barangan kemas

Senarai Barangan yang Bakal Dikenakan Cukai

sebelum penetapan perasmi oleh kerajaan dikeluarkan. Kerajaan telah memberi contoh senarai barangan yang bakal dikenakan cukai ini adalah barangan daripada barangan yang mewah seperti berikut:

  • Kereta berharga melebihi RM200,000
  • Jam tangan berharga melebihi RM20,000
  • Barangan kemas berharga melebihi RM10,000
  • Dan lain-lain (belum dimuktamadkan)

Pelaksanaan Cukai Tunggu Kelulusan Kabinet

Sementara itu, Datuk seri Anwar berkata cukai barang bernilai tinggi akan dilaksana bermula 1 Mei tahun 2024. Menurutnya lagi pelaksanaan cukai ini dapat meningkatkan hasil dengan mengenakan cukai kepada golongan kaya.

Ini bertujuan untuk meningkatkan hasil dengan mengenakan cukai kepada golongan kaya yang akan diperkuat kuasa pada bulan 1 Mei. Tetapi ada kebimbangan tentang kesan kepada pelancong. Kita kecualikan kepada banyak pelancong yang mana mereka masih boleh mendapatkan pulangan cukai itu nanti di lapangan terbang” menurut PM, Anwar Ibrahim semasa berucap di parlimen.

Kerajaan turut berkata, kerajaan kini dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan dasar dan perundangan cukai terbabit. Ini bagi melihat kepada mekanisme pelaksanaan jenis barang dan kadar cukai yang akan dicukai. Butiran lanjut akan diumumkan sebaik mendapat kelulusan kabinet. Kerajaan juga mengumumkan cukai akan dikenakan adalah tidak tinggi dan pada kadar 5 hingga 10 peratus pada belanjawan 2024. Ia akan dikenakan ke atas barangan yang bernilai tinggi seperti kereta mewah, jam tangan dan barangan kemas.

Mengenai pengenaan cukai ini, kerajaan akan sentiasa membuat pemantauan adakah ia sesuai kepada rakyat mengikut kemampuan ataupun kena melalui kaedah yang lain.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati