Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Prosedur dan Harga Pakai Braces Gigi dan Perkara yang Anda Perlu Tahu

BRACES GIGI

Setiap individu mengimpikan untuk mempunyai gigi yang rapi dan cantik tersusun. Pemakaian braces gigi sangatlah sinonim untuk seseorang yang berkehendak memiliki gigi yang cantik dan menawan. Walaubagaimanapun, pemakaian braces gigi adalah mengikut situasi dan keadaan yang tertentu sehingga mewajibkan sesetengah individu memakainya kerana ia melibatkan isu kesihatan.

Ramai yang mula mencari-cari apakah itu braces, apakah jenis braces dan bagaimanakah dengan harga braces terkini. Berikut adalah maklumat yang anda perlu ketahui mengenai braces gigi.

Susun Gigi Anda Dengan Teratur Melalui Kaedah Braces Gigi

Apakah itu Braces Gigi?

APAKAH ITU BRACES GIGI?

Braces atau dikenali juga sebagai pendakap gigi adalah merupakan sejenis alat yang digunakan oleh pakar ortodontik iaitu doktor pergigian bagi pesakit-pesakit yang mempunyai masalah kedudukan atau susunan gigi yang tidak selari.

Terdapat juga satu kajian di Malaysia yang mengatakan sebanyak 27.1% pelajar sekolah berusia 13 tahun hingga 14 tahun didapati memerlukan rawatan ortodontik. Braces ialah salah satu cara yang paling ampuh untuk meluruskan susunan gigi manusia. Gigi yang tersusun akan memastikan proses pembersihan gigi akan menjadi lebih mudah dan teratur. Mempunyai gigi yang kelihatan teratur akan meningkatkan penampilan kita. Braces juga berfungsi dengan cara menggerakkan gigi melalui wayar dan bracket besi yang akan diservis pada setiap bulan.

Keadaan yang Memerlukan Pemakaian Braces Gigi

pemakaian braces adalah berbeza mengikut individu yang mempunyai masalah gigi tidak teratur adalah disarankan untuk menggunakan braces bagi membetulkan kedudukan giginya. Terdapat juga beberapa keadaan yang memakai braces adalah satu kewajipan dan ianya bergantung kepada tahap keterukan gigi individu. Oleh itu doktor gigi menyarankan untuk membuat pemeriksaan dan rundingan daripada pakar terlebih dahulu.

berikut adalah merupakan gambaran tahap keterukan gigi dan keperluan bagi individu mengenakan braces gigi:

JENIS BRACES GIGI
  • Gred 1 hingga 4: Tidak perlu rawatan atau sedikit keperluan rawatan
  • Gred 5 hingga 7: Sederhana dan keadaan gigi adalah biasa
  • Gred 8 hingga 10: Situasi yang mana individu amat memerlukan rawatan segera kerana ia boleh memberi kemudaratan

Jenis Braces Gigi yanh Perlu Anda Ketahui

Secara umumnya terdapat pelbagai pilihan jenis braces gigi yang disediakan di mana-mana klinik swasta dan kerajaan. Walau bagaimanapun kesemuanya ini memerlukan tempoh masa yang berbeza dalam membetulkan kedudukan gigi pengguna.

Berikut adalah jenis-jenis braces:

  • Metal braces
  • Clear / Ceramic braces
  • Gold braces
  • Metal braces
  • Invisible braces

Braces Gigi Boleh Didapati di Klinik Swasta dan Kerajaan

Harga Braces Gigi Di Klinik Swasta dan Kerajaan

Terdapat perbezaan di antara harga braces gigi yang dikenakan di antara klinik swasta dan kerajaan. Pemakaian braces adalah dicari-cari oleh mereka yang berkehendak untuk membetulkan gigi mereka.

Berikut adalah perbezaan harga braces klinik kerajaan dan klinik swasta.

Jenis KlinikHarga Braces Gigi
Klinik KerajaanHarga untuk rawatan braces di klinik kerajaan adalah sekitar RM700. Kebiasaan Klinik Kerajaan adalah mengutamakan pesakit yang berusia 18 tahun ke bawah.
Klinik SwastaHarga keseluruhan bagi braces gigi di klinik swasta adalah bermula di antara RM5000 sehingga RM 10000. Pembayaran untuk klinik swasta adalah secara ansuran bulanan.

Prosedur Menggunakan Braces Gigi

Kepada anda yang tertanya-tanya bagaimanakah prosedur braces dilakukan dan bagaimana ia akan dijalani untuk mengenakan braces.

Berikut adalah prosedur yang anda akan jalani sekiranya anda ingin memakai breses gigi:

  • Sesi consultation dan moulding – Anda akan diberi penerangan oleh doktor berkenaan jenis braces serta acuan gigi anda bagi mengetahui rawatan apakah yang sesuai.
  • Dapatkan xtray gigi anda – pesakit akan dapatkan dua jenis x-ray bagi pemasangan braces untuk tujuan diperiksa oleh doktor bagi urusan lebih lanjut.
  • Gigi anda dicabut atau tampal – bagi kiss gigi yang perlu dicabut atau ditambal gigi anda akan dicabut atau ditambal dahulu sebelum pemasangan braces dilakukan.
  • Sesi scalling dan polishing – semasa hari pemasangan braces doktor akan cuba memastikan keadaan mulut dan gigi anda adalah bersih daripada segala kotoran sisa makanan dan lain-lain lagi sebelum memberi laluan proses pemasangan braces.
  • Pemasangan Braces – selepas selepas melalui semua prosedur sublet ini pemasangan breses gigi anda akan dilakukan. Selepas sahaja pemasangan braces gigi anda akan disarankan oleh doktor untuk hadir ke klinik setiap bulan untuk pemeriksaan secara bulanan di klinik yang anda berurusan.

Memakai braces adalah salah satu inisiatif untuk mengatur dan menyusun gigi pada posisi yang sepatutnya. Seperti kita tahu kecantikan gigi juga mempengaruhi penampilan seseorang serta keyakinan untuk berhadapan orang ramai. Walaubagaimanapun kurniaan gigi pada kita adalah satu anugerah daripada tuhan yang perlu kita syukuri.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati