Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biodata Abdul Wahab Pegawai J-KOM

biodata abdul wahab

Nama Abdul Wahab kini sedang trending di dalam media sosial kerana itulah berkenaan sebuah video yang dikatakan yang dikaitkan dengan Agus Yusoff. Ramai mencari-cari siapakah Wahab yang sebenarnya dan apakah perkaitannya dengan Agus Yusof serta J-KOM.

Berikutan nama Abdul Wahab sedang naik, terdapat beberapa maklumat berkenaan Abdul Wahab yang merupakan seorang penolong pegawai di J-KOM.

Maklumat Berkenaan Abdul Wahab

Biodata Ringkas Abdul Wahab

biodata abdul wahab

Nama penuhnya adalah Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, beliau ialah seorang penolong pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang berumur 33 tahun. Beliau baru sahaja menjawat jawatan tersebut selama 2 minggu. Untuk maklumat beliau sudah mendirikan rumah tangga dan memiliki empat orang anak.

Walaubagaimanapun, info lengkap mengenai beliau tidak dapat ditemui dan dijumpai kerana sebab-sebab tertentu.Beliau bukanlah seorang artis, influencer atau apa-apa dalam dunia alam maya.

Penjelasan Mengenai Abdul Wahab di Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM)

Berikutan tular di media sosial mengenai beliau dikaitkan dengan Dr.Agus, bekas pengarah J-KOM berkenaan satu video tular. Penyebaran video tersebut trending di media sosial yang mana ia menjejaskan nama baik belia serta Mohammad Agus.

Walaubagaimanapun, pihak Wahab dan Agus segera membuat sidang media untuk memberi penjelasan sebenar mengenai video yang tular tersebut. Ramai ahli media hadir untuk mendapatkan penjelasan serta menanyakan beberapa soalan berkenaan video tular itu.

Penjelasan Agus dan Wahab Berkenaan Video Tular

Sidang Media Agus dan Wahab

sidang media agus dan abdul wahab

Pihak Wahab dan Agus telah tampil untuk mengadakan sidang media bagi menjelaskan isu kekeliruan serta kontroversi video yang tular. Demi membersihkan nama dan memberi penjelasan sebenar, menurut Wahab beliau mengaku merekod perbualan video berdurasi selama 3 minit yang telah dikaitkan dengan bekas ketua pengarah JKM iaitu Dr Mohammad Agus Yusoff.

beliau yang selaku seorang penolong pegawai JKM yang baru sahaja bertugas selama 2 minggu menerima arahan daripada “Mr.H”. Menurut Agus pula, beliau mengatakan bahawa Mr.H ini telah menawarkan jawatan tinggi kepada Wahab sekiranya dia berjaya menjatuhkan Agus.

Abdul Wahab Dakwa Dipergunakan

Wahab telah berkata penyebaran fitnah tersebut menjejaskan maruah dan juga imej beliau serta reputasi bersama Agus Yusoff. Dia menjelaskan bahawa dia telah diarah oleh individu berpengaruh bagi membuat satu rakaman perbualan video bersama Agus Yusoff untuk mendapatkan bukti bahawa beliau terlibat dengan aktiviti songsang dan juga tidak bermoral.

Arahan itu beliau terima daripada Mr.H. Wahab kini sedar bahawa beliau telah dipergunakan dan tidak lebih sekadar kambing hitam oleh pihak tersebut dalam masa sama menjatuhkan Agus Yusoff. Beliau juga tegaskan bahawa beliau menyangka beliau adalah merupakan sebahagian daripada pihak yang benar yang sebenarnya ingin membersihkan J-KOM daripada segala unsur negatif namun dirinya adalah insan yang dipergunakan di dalam usaha untuk memfitnah Agus Yusof.

Video Tular Antara Abdul Wahab dan Agus Adalah Video Suntingan

Menurut Wahab beliau menegaskan bahawa kandungan audio di dalam video tersebut adalah sebenarnya palsu, direka serta tidak benar. Beliau terkejut apabila mendapati rakaman video tersebut juga telah disebarkan oleh penama Facebook Che’gu Bard.

Tambah beliau lagi mengejutkan apabila rakaman video tersebut telah disunting serta diedit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan teknik voice-over untuk menunjukkan seolah-olah Wahab dan Agus Yusof telah terlibat di dalam aktiviti yang jelek serta tidak bermaruah.

Siapakah Mr.H?

Ramai netizen sedang mencari-cari siapakah Mr.H yang sebenarnya seperti didakwa oleh Wahab dan Agus Yusoff sebagai dalang utama untuk menjatuhkan mereka berdua. Kini sedang tular di media sosial mengenai tuduhan sosok sebenar Mr.H adalah Muhammad Hakim Ramlee, Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan J-KOM.

Dengan nama yang bermula huruf “H”, Hakim telah dituduh dan dikaitkan dirinya sebagai Mr.H. namun tuduhan ini disangkal oleh Hakim dan mengatakan ini adalah sebagai niat jahat. Beliau juga turut memberi kenyataan bahawa beliau bukanlah Mr.H dan beliau sendiri mengaku tiada kena-mengena diantara mereka berdua yang sedang dalam kontroversi.

Jadi, misteri siapakah sebenarnya Mr.H masih belum dirungkai dan diketahui secara umum. Apa yang kita boleh lakukan sebagai netizen adalah kita perlu menyemak dan memastikan kesahihan sesuatu benda terlebih dahulu kerana isu ini kita patut serahkan kepada pihak berkuasa sahaja. Apabila pihak berkaitan telah memberi klarifikasi dan penjelasan, barulah kita boleh menerima berita tersebut kerana ianya adalah sahih daripada pihak berkuasa.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati