Join WhatsApp Group Info SGO
SKIM PEMBIAYAAN BELIA PUTRA mensasarkan golongan belia dan lepasan IPMa untuk menyertai perniagaan mikro bagi semua sector seperti :
- Peruncitan
- Pembuatan dan perkhidmatan
Skim ini mengamalkan kadar keuntungan 0% berdasarkan konsep Qardhul Hasan dan menawarkan tempoh bayaran maksima selama 3 tahun bersamaan 36bulan tertakluk kepada jumlah pembiayaan yang dipersetujui.
Had pembiayaan yang dibenarkan adalah sebanyak Rm10,000 dengan skop pembiayaan meliputi belian asset perniagaan atau modal pusingan.
SYARAT KELAYAKAN SKIM PEMBIAYAAN BELIA PUTRA
- Calon mestilah lepasan IPMa (Institut Pendidikan Mara) yang sedang mengikut program incubator atau latihan industry di IPMa.
- Belia/generasi muda yang memiliki perniagaan yang telah beroperasi tidak kurang dari 3 bulan dengan perkembangan yang baik.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun semasa membuat permohonan.
- Wajib melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan.
- Bebas dari senarai hitam MARA.
- Perniagaan yang patuh syariah.
Tiada cagaran tanah atau jaminan diperlukan. Hanya ahli keluarga terdekat perlu sebagai penyokong permohonan pembiayaan sahaja.
Untuk maklumat lanjut pembiayaan dan tatacara permohonan, boleh hubungi atau kunjungi Pejabat Mara berhampiran anda.
Permohonan pembiyaan belia putra