Cara Perbaharu Lesen Memandu Secara Online (MyJPJ/MySikap) 2023. Sebelum ini rakyat Malaysia kebanyakannya memperbaharui lesen di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setiap kali lesen tamat tempoh. Kini anda tidak perlu bersusah-payah untuk beratur panjang setiap kali memperbaharui lesen kenderaan anda!
JPJ telah menyediakan satu kebaikan dan kemudahan kepada rakyat Malaysia dalam urusan seperti memperbaruhi lesen memandu telah memperkenalkan sebuah portal yang dikenali mySIKAP dan myJPJ sebagai solusi bagi rakyat Malaysia untuk membuat urusan secara atas talian di mana-mana sahaja.
Ikuti maklumat lanjut berkenaan renew lesen secara online dan cara-cara mudah untuk anda ikuti bagi urusan renew lesen melalui portal JPJ. Ikuti juga telegram rasmi “Sistem Guru Online” untuk dapatkan input terbaru setiap hari :
Channel Telegram Rasmi Pendidikan SGO
Cara Perbaharu Lesen Memandu Secara Online (MyJPJ/MySikap) 2023
Isi Kandungan
Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, dengan bersemangat mengumumkan sebuah langkah progresif bagi pemegang lesen memandu di Malaysia. Mulai dari 8 Mei 2023, pemegang lesen memandu kini dapat memperbaharui lesen mereka untuk tempoh yang lebih lama, sehingga 10 tahun, berbanding lima tahun sebelumnya.
Perubahan ini membolehkan pemegang lesen memandu menikmati kelonggaran dalam memperbaharui lesen mereka, dengan hanya perlu melakukannya sekali dalam tempoh 10 tahun. Bagi memastikan keselamatan dan ketelusan, lesen yang layak untuk pembaharuan 10 tahun harus memiliki tempoh sah laku tidak lebih dari setahun sebelum tarikh permohonan pembaharuan.
Loke menjelaskan bahawa semua warganegara Malaysia berhak untuk memperbaharui lesen memandu mereka antara satu hingga 10 tahun. Namun, hanya mereka yang memilih pembaharuan lesen 10 tahun secara keseluruhan yang akan mendapatkan manfaat fi percuma untuk tahun ke-10.
Sebelum pengumuman ini, pemegang lesen memandu hanya berpeluang memperbaharui lesen mereka setiap tahun atau maksimum lima tahun sekali. Dengan langkah proaktif ini, Loke berharap dapat memberikan kemudahan dan kelonggaran kepada masyarakat Malaysia serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memegang lesen memandu yang sah dan terkini.
Inisiatif ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan proses pembaharuan lesen memandu yang mudah dan memberikan manfaat kepada warganegara Malaysia. Diharapkan perubahan ini akan membawa impak positif dalam mendorong kesedaran tentang keselamatan jalan raya dan pentingnya pemegang lesen memandu yang berkelayakan.
Cara Perbaharu Lesen Memandu Secara Online : Cara Daftar MySIKAP Secara Online
Langkah-Langkah Pendaftaran
- Anda boleh layari laman web public.jpj
- Anda perlu isi butiran yang bertanda * sahaja
- Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan
- Klik Teruskan
- Semak dan sila sahkan maklumat yang telah dihantar
- Kemudian, klik Teruskan
- Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan
- ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
Pengguna yang telah berjaya mendaftarkan diri (untuk pendaftaran peribadi) atau mengesahkan (untuk pendaftaran syarikat) profilnya di dalam mySIKAP akan menerima e-mel pengesahan yang mengandungi tertera maklumat ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara.
CARA RENEW LESEN JPJ ANDA SECARA ONLINE DI MYSIKAP
Berikut dikongsikan cara renew lesen JPJ online:
- Pertama,Anda perlu login ke portal MySikap public.jpj/
- Sila pilih menu Lesen Memandu
- Kemudian,pilih Pembaharuan Lesen Memandu
- Isikan maklumat pembaharuan lesen
- Buat bayaran
- Semak dan buat pengesahan
- Selesai!
Kalau step diatas susah untuk anda ikuti,anda boleh rujuk gambar dibawah dengan App MyJPJ:
Langkah Padu untuk Daftar MyJPJ
Mulai dari 1 Ogos 2023 pada hari Selasa, Pihak JPJ telah mengambil keputusan untuk tidak lagi mengeluarkan roadtax fizikal. Sebagai langkah progresif, Pihak JPJ akan menamatkan penggunaan disk roadtax fizikal yang sedia ada dan secara menyeluruh beralih ke roadtax digital. Untuk memudahkan urusan anda pada masa akan datang, pastikan untuk mengunduh aplikasi MyJPJ yang telah disediakan.
Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk mendaftar di aplikasi MyJPJ:
- Muat turun aplikasi MyJPJ dari kedai aplikasi telefon pintar anda.
Google Playstore
Apple App Store - Daftar masuk sebagai pengguna baharu dengan menyediakan butiran seperti:
- Nombor Kad Pengenalan
- Nama Pemilik Kenderaan
- Nombor Telefon yang boleh dihubungi
- No rujukan: Tinggalkan kosong
- No Siri lesen memandu: Rujuk belakang lesen memandu anda (Jika Pemilik tidak mempunyai lesen memandu, pastikan untuk mengambil no rujukan di Kaunter JPJ sebelum mendaftar)
- Masukkan alamat emel yang aktif – Pastikan emel aktif kerana password sementara akan dihantar melalui emel tersebut.
- Jawab soalan keselamatan (terdapat 3 soalan)
- Setelah berjaya mendaftar, semak emel anda untuk mendapatkan password sementara.
- Kembali ke aplikasi MyJPJ dan masukkan nama pengguna (username) dan password sementara yang diberikan. Ikuti arahan seterusnya untuk menukar kepada password baru.
- Setelah berjaya log masuk, anda boleh mula menggunakan aplikasi untuk semak butiran saman JPJ, status Lesen Memandu, dan roadtax kenderaan secara online.
Selamat mencuba dan berpenggunaan! Anda juga boleh merujuk kepada panduan bergambar di bawah ini untuk membantu anda dalam proses pendaftaran MyJPJ yang mudah dan lancar.
Cara Renew Roadtax Di MySikap
Berikut dikongsikan cara renew roadtax JPJ
- Pertama,Anda perlu login ke portal MySikap public.jpj.
- Sila pilih menu Kenderaan
- Kemudian,Pilih Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor
- Isikan maklumat pembaharuan lesen
- Buat bayaran
- Semak dan buat pengesahan
- Selesai!