Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bicara guru : CARA PAJAK GADAI EMAS “AR-RAHNU” yang ramai tak tahu.

CARA PAJAK GADAI EMAS

Bicara guru : CARA PAJAK GADAI EMAS “AR-RAHNU” YANG RAMAI TAK TAHU… Sebelum kita pergi lebih jauh jom ambil tahu dahulu apakah itu Ar-Rahnu.

CARA pajak gadai emas Ar-Rahnu adalah satu Skim Pajak Gadai Islam yang berlandaskan syariah.

Jadi kalau anda nak buat apa-apa pajakan barang berharga dan bernilai seperti emas bolehlah berurusan dengan institusi-institusi yang menyediakan skim Ar-Rahnu ini. Ikuti artikle kami secara penuh untuk anda ketahui cara pajak gadai emas ar rahnu.

Bicara guru : CARA PAJAK GADAI EMAS “AR-RAHNU” yang ramai tak tahu.

4 perkara yang anda wajib tahu bila nak pajak emas

Sebelum membuat pajak gadai, ada beberapa cara pajak gadai emas yang anda kena tahu iaitu :

  1. Harga emas
  2. Kadar pinjaman
  3. Kadar upah simpan
  4. Tempoh pinjaman
gold 1369453 1920

PENERANGAN

1. Harga Emas

Harga emas adalah berdasarkan harga semasa dan berbeza mengikut mutu emas. Tapi harga emas tidak sama di setiap tempat Ar-Rahnu/ pajak gadai. Ada yang ambil rendah dan ada juga yang ambil tinggi.

Jenis mutu emas

  • 999
  • 950
  • 916
  • 875
  • 835
  • 750
  • 585

Semakin tinggi ketulenan emas anda, maka lagi tinggi harga emas yang anda akan dapat.

2. Kadar pinjaman

Kadar pinjaman adalah jumlah pinjaman yang anda akan dapat daripada jumlah harga emas yang anda pajak. Setiap tempat pajak tidak sama kadar pajakan. Ada yang bagi 60%, ada yang bagi 70%,80%,90%. Bahkan lebih tinggi pun ada. Semakin tinggi kadar pinjaman, makin tinggi jugalah duit dapat dipinjam.

3. Kadar upah simpan.

Ia adalah caj yang dikenakan sebagai upah bagi pihak mereka yang menyimpan emas kita. Kadar upah simpan juga berbeza-beza mengikut tempat pajak/Ar-Rahnu. Kebiasaannya akan dinilai mengikut nilai emas yang kita pajak. yang berbeza adalah kaedah yang digunakan. Ada yang setiap RM100, ada juga yang guna kaedah peratus. Contoh sepeti dibawah.

Nilai marhun (barang yang digadai) kadar upah upah simpan bukanan bagi setiap RM100 nilai marhun :

  • RM2000 pertama kebawah RM0.70
  • RM2001 hingga RM10000 RM0.75
  • RM10001 keatas RM0.80

Contoh pengiraan, jika nilai marhun (barang yang dipajak) anda RM2000

RM2000÷RM100=20

20 x RM0.70=RM14

Maka, upah simpan anda ada RM14 untuk sebulan

4. Tempoh pinjaman

Tempoh pinjaman adalah “masa” yang diberikan untuk anda membuat bayaran balik pinjaman yang telah anda buat termasuk upah simpan. Tempoh waktu pinjaman juga berbeza-beza mengikut tempat pajak/arrahnu.

Ada tempoh pinjaman yang 6 bulan , Ada yang setahun. Ada juga yang 6 bulan + 6 bulan. Ada juga yang dapat buat 6 bulan + 6 bulan sehingga 5 tahun. Kebiasanya kalau anda mahu + 6 bulan anda perlu membayar terlebih dahulu upah simpan yang asal.

Bagi cara bayaran pula, ada tempat pajak/Ar-Rahnu yang anda boleh bayar bila-bila masa sahaja, atau bayar ansur-ansur. Ada yang boleh bayar bulan-bulan. Ada yang perlu bayar terus sekaligus. Dan ada juga yang memberi pilihan pada anda nak bayar macam mana.

gold 513062 1920

CONTOH PENGIRAAN PINJAMAN YANG ANDA AKAN DAPAT BERDASARKAN SITUASI SEBENAR.

Anda nak pajak/ar-rahnu 10gram jongkong emas anda yang berketulenan 999.

Harga emas 999 hari ini RM280 untuk 1gram

Kadar pinjaman 75%

10gram x RM280 = RM2800

RM2800 x 75 = RM210000

RM210000 ÷ 100 = RM2100

Maka, jumlah pinjaman yang anda akan dapat ialah RM2100

Bagi cara pembayaran pula anda kena bayar jumlah pinjaman + upah simpan. Habis bayar anda akan dapat semula emas anda. Got it?

KELEBIHAN DARI CARA PAJAK GADAI EMAS AR-RAHNU.

  1. Kelebihan membuat pinjaman tanpa ada unsur riba.
  2. Boleh buat pusingan modal atau besarkan peniagaan bagi peniaga tanpa perlu meminjam dengan bank.
  3. Kebanyakan orang memajak emas kerana hendak beli sesuatu. Contoh anda nak beli motosikal berharga RM4000. Nak bayar terus RM4000 mungkin tidak mampu atau bajet bulanan anda lari. Cara terbaik, pajak/ ar-rahnu emas anda, wang dari hasil gadaian anda beli motosikal. Bulan-bulan anda hanya perlu bayar di pajak/arrahnu.
  4. Dapat digunakan pada waktu kecemasan tanpa perlu menyusahkan orang lain.

Kaedah ini jauh lebih jimat berbanding buat pinjaman kedai atau bank, sebab anda perlu bayar faedah yang tinggi. Habis bayar anda dapat TV dan EMAS.-Cikgu Man

Ar-Rahnu Malaysia

Kita sangat-sangat bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia. Negara kita banyak institusi-instusi yang menyediakan produk Ar-Rahnu dan cara pajak gadai emas. Cawangan mereka pula terlalu banyak di merata tempat.

antara syarikat yang menawarkan Ar-Rahnu :

“JAUHI RIBA, HIDUP SELAMAT”

Anda perlu bijak menilai dan membuat perbandingan di setiap tempat arrahnu berdasarkan 4 perkara utama yang disebukan tadi. Kemudian, anda nilailah sendiri tempat yang mana yang lebih berbaloi untuk anda pajak/arrahnu emas anda. semoga perkongisan kami mengenai cara pajak gadai emas ar rahnu memberi pengetahuan baru.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati