Pesta Air Negeri Kelantan sempena perayaan ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-54 akan menjadi peristiwa besar yang dinantikan oleh penduduk negeri ini. Dengan semangat menyemarakkan perayaan ini, Pesta Air Negeri Kelantan akan menjadi satu pengalaman yang tak terlupakan untuk orang ramai yang hadir.
Berlangsung pada 19 Rabiul Awal 1445H, pada 05 Oktober 2023, pada hari Khamis, Pesta Air Negeri Kelantan menjanjikan sejumlah aktiviti menarik yang memukau dan bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dan semangat sukan dalam kalangan rakyat.
Dengan sambutan kali ini, bersempena ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan akan dapat meningkatkan dan memupuk semangat rakyat bersama sultan. Penganjuran ini juga akan memberi kesan baik kepada rakyat Kelantan. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh teruskan pengisian dibawah.
Pesta Air Negeri Kelantan 2023
Isi Kandungan
Pengenalan Program Sukan untuk Rakyat Kelantan
Program Sukan Rakyat yang digerakkan sempena Pesta Sukan Air Negeri Kelantan adalah satu acara yang dinanti-nantikan oleh penduduk negeri ini. Dalam usaha untuk merayakan ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-54 pada tahun 2023, program ini direka khas untuk memberi peluang kepada rakyat Kelantan untuk bersama-sama mengecapi kegembiraan sukan, memperkukuhkan perpaduan, dan menyambut semangat kemeriahan pesta kali ini.
Melalui sukan ini, rakyat juga akan kembali aktif dan cergas. Beriadah bersama sultan dan pimpinan kerajaan negeri akan menimbulkan suasana mesra diantara rakyat.
Tentatif Lengkap Pesta Air Negeri Kelantan 2023
Dengan pelbagai aktiviti sukan yang menarik dan pertandingan air yang mengujakan, Pesta Sukan Air Negeri Kelantan pastinya akan menjadi peristiwa yang tak terlupakan bagi semua yang hadir. Rujuk dibawah untuk aktiviti dan tentatif lengkap:
Masa | Aktiviti |
---|---|
Sesi Pagi (8.30 pagi) | Pagi itu akan dimeriahkan dengan pelbagai pertandingan sukan rakyat yang menarik. Beberapa daripadanya termasuk lari dalam guni berpasukan, tarik pelepah upih, dan isi air dalam botol. |
Sesi Pagi – Tengahhari | Sesi pagi – tengahhari akan meneruskan semangat pertandingan dengan acara seperti tarik tali, panjat tiang licin, pukul bantal, terompah gergasi, dan kukur kelapa. |
Pertandingan Pesta Air Negeri Kelantan | Acara utama Pesta Air Negeri Kelantan adalah pertandingan air yang memukau. Pelbagai jenis perlumbaan perahu akan diadakan, termasuk lumba perahu koci, lumba perahu panjang, dan lumba perahu panjang. |
Sesi Petang (5.30 Petang) | Persembahan khas oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia. Ini adalah peluang yang baik untuk masyarakat tempatan memahami peranan penting yang dimainkan oleh penguatkuasa maritim dalam menjaga keselamatan pesisir pantai. |
Lokasi Pesta Air Negeri kelantan
Untuk edisi kali ini, pesta air diadakan di Pantai Kemayang, Bachok. Keadaan pantai tenang dan menarik pemandangannya akan memberi seri pesta dan aktviti sukan rakyat yang diadakan. Untuk para pengunjung,anda boleh menyelusuri terus ke pantai Kemayang dengan kenderaan motorsikal atau kereta.