Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cukai Pintu Selangor : Kemaskini Nombor Akaun dan Cara Mudah Pembayaran Online

Cukai Pintu Selangor

Cukai pintu selangor merupakan sejenis bayaran tahunan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada penduduk dalam kawasan perbandaran. Duit cukai pintu yang diperoleh oleh PBT digunakan untuk menampung kos penyelenggaraan bandar seperti pengurusan sisa, penjagaan longkang, landskap bandar, bil lampu jalan, penyelenggaraan lampu isyarat, dan lain-lain.

Kadar cukai pintu ditentukan berdasarkan nilai hartanah atau kediaman penduduk. Cukai yang dikenakan di kawasan bandar besar cenderung lebih tinggi berbanding kawasan bandar kecil. Biasanya, kadar cukai pintu berkisar antara 9 hingga 10 peratus daripada nilai hartanah.

Sesuai dengan perundangan, mereka yang enggan membayar cukai pintu boleh dikenakan denda, dan dalam kes-kes terburuk, hartanah mereka boleh dirampas.

Ikuti telegram pelbagai informasi di Malaysia yang patut anda ikuti:

Apakah Perbezaan Cukai Tanah & Cukai Pintu Selangor

Cukai Pintu/Cukai Taksiran

Cukai Pintu atau Cukai Taksiran adalah tertakluk kepada undang-undang Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang berkuat kuasa.

Cukai ini dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di Kawasan Majlis Negeri Selangor. Ini termasuk harta-harta seperti:

  1. Kediaman
  2. Perniagaan
  3. Perindustrian
  4. Tanah Kosong

Cukai Tanah

Cuka tanah ditafsirkan sebagai Cukaisewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1995 sebagai :

  1. apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai Cukaisewa
  2. apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendakladipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah; dan
  3. apa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukaisewa.

Sila ikuti perkongsian kami untuk maklumat terperinci mengenai Cukai Pintu Selangor serta langkah-langkah semakan dan cara untuk membuat pembayaran.

photo 2023 10 25 07 13 13
Perbezaan Cukai Tanah & Cukai Pintu Selangor

Siapakah Yang Bertanggungjawab untuk Membayar Cukai Ini

Para pembayar mesti tahu siapa yang perlu menjelaskan cukai-cukai yang termaktub dalam undang-undang negeri Selangor.

Cukai PintuCuti Tanah
Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah.

“Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana-mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya…”
Selepas perjanjian jual-beli (“Sales and Purchase Agreement”) telah meterai oleh kedua-dua pihak penjual (atau pemaju tanah/perumahan) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pembeli.
Seksyen 146, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171):
“Semua kadar (Cukai Taksiran/Cukai Pintu) hendaklah dibayar oleh orang yang mana adalah pemunya pegangan pada masa itu..”
Semua pemilik berdaftar bagi premis kediaman, perniagaan, perindustrian dan tanah kosong adalah tertakluk kepada Akta di atas.

Seksyen 155 akta yang sama menerangkan bahawa sekiranya penyewa sesuatu premis terpaksa membayar cukai taksiran bagi pihak pemilik berdaftar pegangan maka penyewa tersebut boleh memotong daripada bayaran sewanya selepas saja daripada itu berapa saja amaun yang telah dibayar.

Mengapa Penting untuk Membayar Cukai Pintu/Cukai Taksiran

Setiap individu yang memiliki tanah atau harta adalah bertanggungjawab untuk membayar cukai kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Anda perlu mengambil inisiatif untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri dan cukai harta kepada Pihak Berkuasa Tempatan tanpa menunggu notifikasi atau bil rasmi.

Ini adalah komitmen asas sebagai pemilik harta dan penting untuk memastikan pematuhan undang-undang cukai. Dengan ini, anda memainkan peranan penting dalam menyokong perkhidmatan awam dan pembangunan komuniti setempat. Jangan menunggu pemberitahuan rasmi, kerana membayar cukai dengan sukarela adalah tindakan yang bijak dan memastikan kelancaran pentadbiran cukai serta keberlanjutan projek-projek pembangunan.

Bagaimana dan Bilakah Anda Perlu Membayar Cukai Taksiran

Sekali Setahun Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun 2 kali setahun pada :

  • 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun;
    dan
  • 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.

Implikasi Jika Gagal Menjelaskan Cukai Tanah

Cukai Tanah

Seksyen 100 Kanun Tanah Negara :
Tanah anda akan DIRAMPAS

Cukai Pintu

Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 :
Harta anda akan DISITA

Peringatan

1) Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masing-masing di Pejabat Tanah/Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod dan semakan.

2) Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah/Bil Taksiran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) pada awal setiap tahun boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah/Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.

Langkah-langkah Semak dan Bayar Cukai Pintu Secara Dalam Talian

Kini, proses semakan dan pembayaran cukai pintu Selangor telah dipermudahkan melalui platform dalam talian PBTPay. PBTPay adalah portal rasmi yang dikelola oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memudahkan pembayaran dan semakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Anda boleh mengikuti langkah-langkah mudah berikut untuk melaksanakan semakan dan pembayaran:

  1. Untuk memulakan proses pembayaran, anda perlu mendaftar sebagai pengguna PBTPay di laman web ini: Pautan Pendaftaran. Jika anda sudah mempunyai akaun, log masuk seperti biasa.
  2. Untuk semakan cukai pintu, layari pautan ini: Semakan Cukai Pintu PBTPay.
  3. Masukkan nombor akaun cukai pintu anda dan pilih PBT yang berkaitan. Kemudian, klik butang “Semak.”
  4. Ikuti arahan yang diberikan untuk menjalankan proses pembayaran.

Langkah-langkah ini juga boleh digunakan untuk semakan dan pembayaran bayaran lain seperti kompaun atau sewaan. Dengan kemudahan PBTPay, anda boleh melakukan urusan pembayaran secara efisien tanpa perlu berurusan dengan proses manual.

photo 2023 10 24 07 55 53
Pembayaran Cukai Pintu Selangor

Cara Bayar Cukai Pintu Selangor dengan Pendekatan Manual

Berikut kami sediakan senarai nama dan alamat PBT sebagai rujukan anda semua bagi setiap daearah anda tinggal.

Nama PBTAlamat LengkapCadangan Kod MySMS
Majlis Bandaraya Shah AlamTingkat 1, Wisma MBSA
Persiaran Perbandaran
40706 SHAH ALAM
MBSA
Majlis Bandaraya Petaling JayaTingkat 2, Ibu Pejabat MBPJ
Jalan Yong Shook Lin
46675 PETALING JAYA
MBPJ
Majlis Bandaraya Subang JayaPersiaran Perpaduan,
Jalan USJ 5
47610 SUBANG JAYA
MBSJ
Majlis Perbandaran Ampang JayaMenara MPAJ, Persiaran MPAJ
Jalan Pandan Utama, Pandan Indah
55100 KUALA LUMPUR
MPAJ
Majlis Perbandaran KajangMenara MPKJ
Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih
43000 KAJANG
MPKJ
Majlis Perbandaran KlangBangunan Sultan Alam Shah
Jalan Perbandaran
41675 KLANG
MPKLANG
Majlis Perbandaran SelayangMenara MPS, Persiaran 3
Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES
MPS
Majlis Perbandaran SepangPersiaran Semarak Api
Cyber 1
63200 CYBERJAYA
MPSEPANG
Majlis Perbandaran Hulu SelangorJalan Bukit Kerajaan
44000 KUALA KUBU BHARU
MPHS
Majlis Perbandaran Kuala LangatPersiaran Majlis
Jalan Sultan Alam Shah
42700 BANTING
MPKL
Majlis Perbandaran Kuala SelangorJalan Majlis
45000 KUALA SELANGOR
MPKS
Majlis Daerah Sabak Bernam45300 SUNGAI BESARMDSB

Sebarang Aduan Masalah

Sesiapa mempunyai sebarang permasalahan berkaitan dengan cukai pintu Selangor anda boleh rujuk dibawah untuk sebarang aduan anda kehendaki:

Kategori AduanPejabatLink Aduan
Aduan Awam(Pejabat SUK Selangor/PBT/Jabatan Selangor)Website
Aduan Sampah (iClean)(KDEB)Android
Website
Aduan Jalan Berlubang (Menggunakan Aplikasi Waze)(MBI)Android
IOS
Aduan Integriti(Unit Integriti, Pejabat SUK Selangor)Website

3 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati