Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Pelitup Muka Di Tempat Tertutup TIDAK LAGI DIWAJIBKAN l Ikuti SOP Terbaru KKM

photo1662544991

Terkini : Pelitup Muka Di Tempat Tertutup TIDAK LAGI DIWAJIBKAN l Ikuti SOP Terbaru KKM. Berita terbaru kepada rakyat Malaysia, baru sahaja sebentar tadi Dato’ Khairy Jamaludin membuat pengumuman terbaru mengenai SOP pemakaian mask di tempat umum negara Malaysia.

Sebelum ini negara kita telah menetapkan kewajipan memakai pelitup muka di tempat orang ramai dan umum. Namun begitu, dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baharu sahaja menggariskan panduan SOP terbaru pasca endemik COVID19 di Malaysia.

Makluman Baru : SOP Terkini Pemakaian Pelitup Muka Berkuatkuasa 7 September 2022

Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) ingin mengumumkan mengenai bahawa pemakaian mask di dalam bangunan (indoor) kini adalah atas pilihan masing-masing(optional).

Namun begitu, pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung dikehendaki wajib memakai mask atau boleh memilih untuk terus memakai mask di premis.

Selain itu orang ramai AMATLAH DIGALAKKAN memakai pelitup muka kerana ia terbukti mampu mengurangkan penularan jangkitan COVID19.

Pengumuman terbaru ini adalah sebagai tanda negara kita sedang menuju endemik secara penuh bagi COVID19. Namun begitu, orang ramai dinasihatkan perlulah peka akan keadaan dan situasi memandangkan COVID19 masih wujud dan tidak terbasmi.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), AMAT DIGALAKKAN kepada orang ramai agar pemakaian pelitup muka terus diamalkan terutamanya apabila dalam situasi atau tempat:

  1. Berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti pasar malam, stadium, gedung membeli belah dan rumah-rumah ibadah;
  2. Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema;
  3. Individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung; dan
  4.  Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

Mengenai keperluan pemakaian pelitup muka di luar bangunan(outdoor) contohnya dan kawasan terbuka adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu TIDAK DIWAJIBKAN. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan untuk terus diamalkan sekiranya:

  • Berada di kawasan ramai orang dan sesak;
  • Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema;
  • Individu berisiko tinggi; dan
  • Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

Bagi merujuk senarai baharu SOP mengenai pelitup muka, anda semua boleh merujuk garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dibawah:

sop terkini pelitup muka 1 768x1091 1
sop terkini pelitup muka 2 768x1082 1
sop terkini pelitup muka 3 768x1091 1
photo 2022 09 07 16 42 59 768x1100 1
photo 2022 09 07 16 43 02 768x1106 1
photo 2022 09 07 16 43 04 768x1115 1
photo 2022 09 07 16 43 06 768x1083 1

Bilakah Tarikh Kuatkuasa SOP Pelitup Muka Terbaru?

Untuk  makluman kepada rakyat Malaysia semua, tarikh kuatkuasa SOP Pelitup Muka Terbaru Berkuatkuasa hari ini bersamaan 7 September 2022.

Mengenai penularan COVID19, Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) akan terus memantau situasi COVID19 dari semasa ke semasa samada di dalam dan luar negara demi memastikan kesiapsiagaan KKM dalam perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang baik dan terbaik bagi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi status mengenai penularan COVID19.

Pesanan umum, Kelonggaran yang diberikan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) ini bukanlah bermakna orang ramai boleh memandang ringan dan tidak serius risiko jangkitan COVID19, nasihat dari kami, tetaplah patuhi SOP walau dimana anda berada kerana COVID19 masih menghuni didalam komuniti masyarakat kita.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati