Berita gembira kepada para calon yang ingin membuat permohonan dalam pengambilan jawatan MINDEF disember 2023. MINDEF ini adalah merupakan kementerian pertahanan malaysia mempunyai kepentingan dalam pentadbiran dan penstrukturan pertahanan Malaysia.
Terdapat maklumat yang lebih lengkap berkenaan tawaran pengambilan jawatan MINDEF Disember 2023 ini. Kami sediakan beberapa maklumat seperti iklan jawatan kosong, syarat kelayakan, skop tugasan kerja dan cara permohonan.
Berkaitan Pengambilan Jawatan MINDEF Disember 2023
Isi Kandungan
Pihak Kementerian Pertahanan Malaysia telah membuka tawaran kerja untuk mereka yang berminat menjadi sebahagian daripada MINDEF. Berikut adalah maklumat lengkap yang para calon perlu ketahui.
Maklumat | Penerangan |
---|---|
Jawatan | Setaraf Diploma/ STPM (i) Personel MySTEP (Pentadbiran) (ii) Personel MySTEP (Grafik) |
Kementerian | Kementerian Pertahanan |
Lokasi Bertugas | Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur |
Taraf Jawatan | Kontrak (Januari – Disember 2024) |
Kadar Upah | RM 1900.00 termasuk caruman KWSP dan PERKESO |
Kemudahan | Cuti Rehat, Cuti Sakit |
Syarat Lantikan Bagi Pengambilan Jawatan MINDEF Disember 2023
Para calon perlu untuk memenuhi syarat latihan seperti tertera dibawah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 – 35 tahun pada tarikh tutup iklan
- Memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya/ STPM.
Kemahiran yang Diperlukan Dalam Pengambilan Jawatan MINDEF Disember 2023
Bagi para calon yang ingin membuat permohonan perlu mempunyai beberapa kemahiran yang diperlukan. Berikut adalah kemahiran yang diperlukan mengikut jawatan:
- Personel MySTEP (Pentadbiran)
- Berkemahiran dalam penggunaan Microsoft Office (Powerpoint /Excel / Word)
- Berkemahiran dalam penggunaan Microsoft Office (Powerpoint /Excel / Word)
- Personel MySTEP (Grafik)
- Berkemahiran dalam penggunaan Microsoft Office (Powerpoint /Excel /Word)
- Berkemahiran dalam penghasilan infografik & kerja –kerja grafik;
- Mahir menggunakan Adobe Photoshop
Keutamaan diberikan kepada calon yang menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/sekitar bagi jawatan Personel MySTEP (Pentadbiran); dan calon lelaki bagi jawatan Personel MySTEP (Grafik).
Penerangan Skop Kerja Personel MySTEP
Untuk tawaran kerja, terdapat penerangan mengenai tugasan kerja yang perlu dilakukan sekiranya terpilih. Berikut adalah deskripsi tugasan kerja:
- Deksripsi Tugas Personel MySTEP (Pentadbiran)
- Membantu dalam pengurusan hal ehwal sumber manusia/ pentadbiran / aset/ kewangan di Unit Integriti;
- Membantu dalam urusan berkaitan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) Kementerian Pertahanan
- Melaksanakan tugas tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
- Personel MySTEP (Grafik)
- Membantu menyediakan bahan hebahan dasar dan objektif integriti melalui input grafik untuk mempromosi dasar-dasar Integriti;
- Membantu dalam urusan pelaksanaan bengkel/kursus pengukuhan integriti; dan
- Melaksanakan tugas tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Permohonan Pengambilan Jawatan MINDEF Disember 2023
Bagi para pemohon, terdapat cara dan langkah mudah yang anda boleh lakukan bagi memohon jawatan kosong seperti dibawah:
- Anda boleh membuat permohonan melalui borang goggle form.
- Melalui borang tersebut, terdapat beberapa butiran yang anda perlu isi seperti nama, no kad pengenalan dan lain-lain seperti dokumen dan resume.
- Setelah anda mengisi semua butiran, anda boleh sahkan permohonan anda.
Tarikh Tutup Permohonan
Untuk permohonan, dinasihatkan kepada pemohon untuk mengemukakan permohonan dengan segera dan mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan. Permohonan akan ditutup pada 31 Disember 2023, diharapkan para pemohon membuat isian permohonan dengan maklumat yang tepat dan benar.
Proses dan Urusan Temuduga
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahajaakan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh sebulan dari tarikh iklan jawatan ditutup adalah dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh kerajaan.
Makluman Keputusan Permohonan
Untuk makluman kepada para pemohon, keputusan temuduga yang akan akan dimaklumkan terus kepada pemohon. Sekiranya anda tidak dimaklumkan, hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.
Sebarang Pertanyaan dan Persoalan Berkaitan Jawatan Kosong
Bagi anda yang mempunyai sebarang masalah dan pertanyaan berkenaan jawatan kosong dan perkara berkait. Anda boleh merujuk pada maklumat yang anda boleh hubungi sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:
- Puan Nur Diyana binti Rosli
- [email protected]
- 03-40123222
- Encik Ahmad Faiz bin Ahmad Hafiz
- [email protected]
- 03-40123225
- Puan Ruslinawani binti Ibrahim
- [email protected]/
- 03-40126003
- Puan Nurul Nazmy binti Redzuan
- [email protected]
- 03-40126004