Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Peluang Kerjaya KPM Bulan Oktober Tahun 2023

Peluang Kerjaya KPM
Peluang Kerjaya KPM Bulan Oktober Tahun 2023 3

Peluang Kerjaya KPM kini kembali membuka peluang kepada individu yang berminat untuk bersama kementerian yang menguruskan perihal pendidikan. Jika anda mencari peluang kerjaya yang menjanjikan dan berpotensi, inilah masanya untuk anda memohon Peluang kerjaya KPM. Jangan lepaskan peluang ini, serta sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan dan keluarga yang mungkin berminat sertai KPM.

KPM, atau Kementerian Pendidikan Malaysia, merupakan salah satu Kementerian kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sistem pendidikan negara Malaysia. Mereka bertanggungjawab dalam menyelaras dasar-dasar pendidikan, menyediakan bimbingan dan sokongan kepada sekolah-sekolah, serta memastikan kualiti pendidikan yang berkualiti tinggi di seluruh negara.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai pihak pengurusan KPM, maklumat lanjut mengenai cara untuk memohon jawatan akan diberikan di bawah. Teruskan dapat liputan untuk mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil.

Peluang Kerjaya KPM Bulan Oktober Tahun 2023

Peluang Kerjaya KPM
Peluang Kerjaya KPM Bulan Oktober Tahun 2023 4

Kerjaya KPM Buka Ambilan Lepasan SPM

Pihak KPM dengan ini telah mengumumkan bahawa terdapat pelbagai jawatan kosong yang kini dibuka untuk dipohon. Jawatan adalah dibuka mengikut kapasiti keperluan dan boleh dimohon oleh semua golongan. Peluang ini terbuka untuk semua warganegara yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Tempoh Sah Laku Permohonan

Untuk memastikan permohonan anda diterima, elakkan daripada memohon lambat hingga tarikh tutup permohonan. KPM hanya akan mempertimbangkan permohonan yang diterima sebelum tarikh tamat yang telah ditetapkan. Untuk permohonan adalah kini boleh dimohon segera dan perlu mohon sebelum 9 Oktober 2023.

Jawatan Kosong yang Dibuka Bulan 10

Permohonan kali ini dibuka oleh pihak KPM dengan pengambilan jawatan yang melibatkan bahagian pengurusan perkeranian.

JawatanGred
Pembantu TadbirN19

Permohonan untuk setiap jawatan mempunyai ketetapan dan keperluan tersendiri yang perlu dipatuhi.

Kriteria Kelayakan Permohonan

Perlulah dipenuhi oleh para calon kriteria yang disenaraikan dibawah. Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang biasanya diperlukan untuk memohon Peluang Kerjaya KPM:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan keatas
  • Mempunyai pendidikan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya
  • Memenuhi syarat umur yang ditetapkan
  • Kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris
  • Berkemahiran menggunakan microsoft word
  • Mempunyai kemahiran teknikal atau pengalaman berkaitan bagi jawatan tertentu

Info Lengkap Permohonan Kerja di KPM

Makluman Peluang Kerjaya KPM

Sebelum memohon, adalah penting untuk merujuk iklan rasmi jawatan kosong KPM. Iklan ini akan menyediakan maklumat terkini mengenai jawatan yang tersedia, syarat-syarat kelayakan, dan proses permohonan. Pastikan anda membaca iklan dengan teliti sebelum membuat permohonan.

KPM memudahkan proses permohonan dengan membolehkan pemohon membuat permohonan secara atas talian melalui portal rasmi mereka. Pastikan anda mengikuti panduan yang diberikan dalam iklan jawatan untuk menghantar permohonan anda dengan betul.

Langkah-Langkah Permohonan Kerja di KPM

Hanya calon yang disenaraikan sebagai calon pendek akan dijemput untuk menghadiri sesi temuduga. Permohonan peluang kerjaya KPM rasmi berserta resume terkini hendaklah dihantar melalui emel ke pihak KPM dengan subjek emel “Permohonan MyStep – Bahagian Pengurusan Sumber Manusia”.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Oktober 2023 (Isnin) sebelum jam 3.00 petang. Untuk sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila hubungi Puan Norzalika binti Md Sulaiman di talian 03-8880 5042.

Penerangan Jawatan Pembantu Tadbir N19

Skop Kerja di Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM)

Skop kerja bagi seorang Pembantu Awam N19 melalui peluang kerjaya KPM atau dalam konteks kerajaan Malaysia secara umumnya adalah seperti berikut:

  1. Pentadbiran dan Pengurusan Rekod, bertanggungjawab untuk mengendalikan rekod-rekod penting seperti fail pegawai, data pelajar, dan dokumen penting lain. Ini termasuk penyelenggaraan, penyimpanan, dan pengemaskinian rekod-rekod ini mengikut prosedur yang ditetapkan.
  2. Perkhidmatan Pelanggan,Pembantu Awam N19 akan berhadapan dengan orang ramai atau staf lain dalam memberikan perkhidmatan pelanggan. Ini termasuk melayani panggilan telefon, menjawab emel, dan memberikan maklumat yang berkaitan dengan jabatan atau unit mereka.
  3. Penyediaan Laporan. Perlu menyediakan laporan berkala atau ad-hoc kepada penyelia atau pengurusan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti jabatan.
  4. Pengurusan Logistik termasuk menguruskan keperluan peralatan pejabat, pembelian-belian kecil, pengagihan bekalan, dan urusan berkaitan logistik.
  5. Pengurusan Jadual yang perlu bertanggungjawab untuk menguruskan jadual temuduga, mesyuarat, atau acara-acara lain yang melibatkan pegawai atau staf dalam jabatan atau unit mereka.

Pengetahuan yang Diperlukan Jika Menjadi Pembantu Tadbir N19

Sebagai Pembantu Tadbir N19, pengetahuan asas mengenai pentadbiran dan pengurusan pejabat adalah penting. Ini termasuk pemahaman tentang pengendalian rekod, penyusunan fail, pengurusan logistik pejabat, dan pematuhan terhadap prosedur-prosedur biasa dalam pejabat.

Kemahiran berkomunikasi yang baik adalah asas dalam kerja sehari-hari. Seorang Pembantu Tadbir N19 perlu berinteraksi dengan orang lain secara lisan dan bertulis. Ini termasuk menjawab panggilan telefon, menghantar dan menerima emel, serta memberikan maklumat dengan jelas dan berkesan.

Penggunaan komputer dan perisian produktiviti seperti Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint) adalah lazim dalam tugas harian. Pembantu Tadbir N19 perlu mahir dalam menghasilkan dokumen, laporan, dan carta menggunakan perisian ini.

Kemahiran dalam menguruskan jadual, merancang aktiviti, dan menguruskan masa adalah penting untuk menjalankan tugas harian dengan berkesan. Ini membantu dalam menjaga kelancaran operasi pejabat. Oleh itu, kepada para calon yang berminat untuk mohon peluang kerjaya KPM perlu cakna maklumat yang kami sediakan ini. Selamat maju jaya!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati