Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pendaftaran MRSM Tingkatan 1 dan 4 Bagi Sesi 2024

Pendaftaran MRSM Tingkatan 1 & 4 Bagi Sesi 2024
Pendaftaran MRSM Tingkatan 1 dan 4 Bagi Sesi 2024

Perkhabaran baik untuk ibu bapa, pelajar, dan penjaga Pendaftaran MRSM Tingkatan 1 dan 4 Bagi Sesi 2024.

Sebagai makluman, pendaftaran ke MRSM sejak tahun 2021 telah memperkenalkan satu syarat iaitu Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menilai potensi dan minat calon. Ujian ini melibatkan mata pelajaran seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, serta penilaian aspek keperibadian.

Bagi ibubapa dan penjaga ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan bahan belajar, info terkini pendidikan dan pelbagai maklumat tentang pendidikan di Malaysia. Anda boleh ikuti pautan telegram yang kami sediakan dibawah

Maklumat Lengkap Mengenai Pendaftaran MRSM Tingkatan 1 dan 4 Bagi Sesi 2024

Pengenalan Tentang MRSM

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan institusi pendidikan menengah yang ditubuhkan untuk memberikan pendidikan dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang memiliki potensi akademik yang tinggi. MRSM merupakan satu sekolah atau instituti yang berperanan untuk mengembangkan lagi potensi intelektual pelajar serta menyediakan pendidikan berkualiti dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik).

Dasar Penerimaan Pelajar

Kerajaan telah menetapkan satu keputusan untuk membolehkan pelajar dari pelbagai aliran sekolah unutk cuba memohon belajar ke MRSM. Secara dasarnya pengambilan ini adalah seiring dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang melambangkan kepelbagaian kaum diraikan.

Cadangan perubahan yang sebelum ini diumumkan, telah ditarik balik setelah perbincangan dengan wakil Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengenai syarat kemasukan MRSM dikembalikan seperti syarat yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu Sekolah Agama (Bantuan Kerajaan), SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) juga boleh memohon ke MRSM.

Pelan Program Yang Ditawarkan Di MRSM

Pendaftaran MRSM Tingkatan 1 dan 4 Bagi Sesi 2024
Pendaftaran MRSM Tingkatan 1 dan 4 Bagi Sesi 2024

MRSM menawarkan pelbagai program pendidikan berteraskan STEM yang mana semua pelajar boleh memilih program yang anda sukai atau berdasarkan kelayakan.

Berikut pelan program yang ditawarkan di MRSM:

PROGRAMTAWARAN DIBERIKAN
PremierMenawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan kurikulum MARA yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan dan modul PREMIER kemahiran insaniah.
BitaraProgram Bitara menawarkan korikulum kebangsaan berteraskan STEM untuk pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelaiar.
Ulul AlbabGabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran
IGCSEMenawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM
IB MYP (Middle Years Programme)Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM
TeknikalMengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM

Maklumat Tambahan Mengenai Program Tawaran

Kepada ibubapa/pelajar yang masih keliru dan tidak jelas mengenai program yang ditawarkan anda boleh ikuti Syarat & Pemilihan Program MRSM secara lebih lanjut dan sempurna

Tarikh Permohonan Pendaftaran MRSM Tingkatan 1 dan 4 Bagi Sesi 2024

borang 2
Pendaftaran MRSM Tingkatan 1 dan 4 Bagi Sesi 2024

MARA membuka peluang kepada calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, kecemerlangan akademik, dan aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk memohon bagi Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM). Permohonan secara dalam talian akan dibuka mulai 15 September 2023 hingga 20 Oktober 2023.

Syarat Umum Kemasukan MRSM

Untuk memohon ke MRSM, calon perlu memenuhi beberapa syarat umum seperti berikut:

  • Calon warganegara Malaysia.
  • Ibu dan/atau bapa kandung juga warganegara Malaysia.
  • Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online).
  • Calon yang tidak menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) tidak akan dipertimbangkan.
  • Calon perlu sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
  • Tarikh lahir calon hendaklah memenuhi kriteria sesuai dengan tingkatan yang dipohon.
  • Ibu bapa/penjaga tidak boleh disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Lokasi MRSM

Jawatan Kosong Perpustakaan Negara Malaysia
Pendaftaran MRSM Tingkatan 1 dan 4 Bagi Sesi 2024

Terdapat 54 lokasi MRSM di seluruh negara yang menyediakan pelbagai program pendidikan. Pemohon boleh memilih lokasi MRSM yang sesuai dengan pilihan program yang mereka inginkan.

PROGRAMPENEMPATANKEMASUKAN TINGKATAN
PremierJohor, Perak, Perlis, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Kedah, Kelantan, Sarawak, Negeri SembilanTingkatan 1 & Tingkatan 4
Ulul AlbabTerengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Sabah, Perak, PahangTingkatan 1 Sahaja
BitaraPerak, Melaka, KelantanTingkatan 4 Sahaja
IGCSEJohor, Perak, Selangor, Sabah, Kedah, Kelantan, Sarawak, Negeri Sembilan, Pahang, MelakaTingkatan 1 Sahaja
TeknikalPahangTingkatan 1 Sahaja

Nota : Untuk maklumat penuh bagi setiap penempatan MRSM di Negeri-negeri boleh rujuk Lokasi MRSM Seluruh Malaysia

Cara Permohonan MRSM 2023 Bagi Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Dikehendaki untuk Muat Turun Buku Panduan Permohonan MRSM

Kebenaran Solat Terawih
Pendaftaran MRSM Tingkatan 1 dan 4 Bagi Sesi 2024
  1. Calon seharusnya merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum memulakan proses permohonan secara dalam talian.
  2. Pastikan bahawa calon memahami dengan jelas semua maklumat yang terdapat dalam buku panduan tersebut. Pada masa yang sama, calon sepatutnya membuat perakuan bahawa mereka telah memahami semua ketetapan dan keperluan permohonan MRSM.
  3. Semua calon harus mengambil tanggungjawab penuh dalam mengisi maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan. Sebarang kesilapan dalam pengisian borang permohonan adalah di bawah tanggungjawab masing-masing calon.
  4. Selain itu, pemohon perlu mengisi keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan membawa salinan keputusan tersebut semasa menghadiri Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
permohonan mrsm 1536x1536 1
Pendaftaran MRSM Tingkatan 1 dan 4 Bagi Sesi 2024 7

Cara Permohonan MRSM 2023

Suka kami kongsikan langkah-langkah mudah untuk membuat permohonan MRSM bagi setiap calon berkelayakan dan yang berminat.

  1. Kunjungi laman web rasmi MARA di [PORTAL RASMI MARA]
  2. Pastikan anda telah membaca dan memahami semua syarat dan Program MRSM sebelum memulakan permohonan.
  3. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program MRSM, sila baca dengan teliti DISINI.
  4. Bagi memulakan proses permohonan, klik pada pilihan “Permohonan Tingkatan 1” atau “Permohonan Tingkatan 4” mengikut kelayakan anda.
  5. Jika anda belum pernah mendaftar sebelum ini, klik pada pilihan “Daftar Pengguna” untuk membuat akaun pengguna baru.
  6. Setelah anda mendaftar, anda akan menerima mesej pengesahan yang menandakan bahawa pendaftaran anda berjaya.
  7. Log masuk ke akaun anda menggunakan maklumat yang telah didaftarkan.
  8. Sila isi dengan lengkap semua maklumat yang diperlukan, termasuk Maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program, dan Pilihan Pusat Ujian di ruang yang telah disediakan.
  9. Di bahagian Perakuan, tandakan kotak pengesahan (✔) bagi pemohon dan juga bagi ibu bapa/penjaga untuk mengesahkan bahawa maklumat yang dimasukkan adalah tepat.
  10. Setelah selesai, klik butang “Hantar” untuk menghantar permohonan anda.
  11. Anda akan menerima mesej pengesahan yang menandakan bahawa permohonan anda telah berjaya dihantar.
  12. Akhirnya, klik pada pilihan “Cetak” untuk mencetak borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap.

Dokumen Yang Diperlukan Ketika Menghadiri Ujian

Calon yang dijemput untuk menghadiri ujian UKKM perlu membawa dokumen-dokumen berikut:

  • 2 salinan Surat Panggilan Menduduki UKKM /
  • Ujian Khas Ulul Albab / Ujian Teknikal / Ujian Khas IGCSE.
  • Kad Pengenalan calon (MyKad / MyKid).
  • 1 salinan slip gaji ibu bapa / penjaga terkini atau borang pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang disahkan (jika tiada slip gaji / bekerja sendiri / lain-lain).
  • 1 salinan keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi subjek Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris yang disahkan.
  • Alat tulis (pensil 2B atau pensil BB), pemadam, dan pengasah pensil.
  • Kalkulator saintifik (bagi subjek Matematik untuk calon Tingkatan 4 sahaja).

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Semua calon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). UKKM merangkumi subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sains, dan Keperibadian. Ujian ini akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan. Calon akan dimaklumkan berkaitan UKKM melalui SMS dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.

Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki UKKM.

Subjek UKKM Yang Terlibat Dalam Ujian Tahun 2023

Subjek UKKM yang terlibat dalam ujian tahun 2023 adalah:

  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • Sains
  • Keperibadian (format soalan objektif)

Maklumat Lanjut Permohonan MRSM 2024

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan ke MRSM sesi 2024, calon boleh mengunjungi portal rasmi MARA di PORTAL RASMI MARA. Terdapat pautan permohonan online, maklumat program MRSM, dan maklumat hubungan MARA yang boleh dihubungi jika terdapat pertanyaan lanjut.

ALAMAT MAJIKAN
Talian utama MARA: 03-261 32000
E-mel: [email protected]

Sila pastikan anda memahami semua syarat-syarat dan proses permohonan sebelum memohon ke MRSM sesi 2024. Ini adalah peluang yang baik untuk mendapatkan pendidikan berkualiti dalam bidang STEM di MRSM. Jika anda masih ada sebarang masalah anda boleh klik pautan anda disini.

Bolehkah ibubapa bukan warganegara untuk mengisi permohonan kerana ruang kad pengenalan memerlukan 12 digit?

Boleh, salah seorang mestilah warganegara. Jika pemohon menggunakan nombor passport anda dikehendaki melengkapkan 12 digit pada ruangan tersebut lalu menambahkan digit kosong (0) di belakang nombor passport. Contoh AG3215670000.

Jika permohonan dalam talian telah isi, adakah saya perlu hantar salinan permohonan semula kepada pihak MRSM?

Tidak perlu untuk hantar salinan permohonan, cukup permohonan atas talian sahaja.

Adakah dibolehkan untuk saya buat kemaskini kembali permohonan setelah saya hantar permohonan tersebut?

Dibolehkan untuk anda kemaskini semula sehingga tarikh tutup permohonan pada 20 Oktober 2023.

Boleh ke saya tahu bagaimana untuk memastikan permohonan saya sah dihantar kepada pihak MRSM?

Para pemohon akan menerima “pop up” bermaksud telah berjaya dihantar setelah menekan butang hantar dan anda dikehendaki untuk mencetak permohonan untuk simpanan bagi rujukan calon dan ibu bapa

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati