Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Kewangan BKPKK RM3,920.00 Untuk Pelajar Tahun 2023

Bantuan Kewangan BKPKK

Bantuan Kewangan BKPKK RM3,920.00 Untuk Pelajar Tahun 2023. Bantuan BKPKK tahun terkini tahun 2023. Di situasi ekonomi kini, adalah merupakan satu cabaran yang cukup besar bagi rakyat Malaysia terutama bagi pelajar-pelajar Malaysia yang telah memasuki sama ada Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), atau Kolej Komuniti yang mungkin ada beberapa pelajar tidak lahir dari keluarga yang senang pasti akan terkesan dengan keadaan ekonomi di masa kini.

Bagi pelajar-pelajar yang telah memasuki Kolej Komuniti sama ada melalui Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), kini Kementerian Pendidikan Malaysia Telah membuka ruang dan peluang untuk para pelajar Yang terdiri daripada golongan sama ada B40 dan M40 ataupun yang ibu bapa atau penjaga yang mempunyai RM3000 ke bawah supaya memohon bantuan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Bantuan Kewangan BKPKK RM3,920.00 Untuk Pelajar Tahun 2023

Bantuan yang disediakan ini amatlah penting dan sangat berguna bagi pelajar-pelajar dalam kalangan B40 dan M40 kerna mereka inilah anak muda yang akan menjadi penyambung harapan membangunkan Negara Malaysia. Berikut adalah beberapa perkara secara umum yang perlu diketahui.

  • Syarat Kelayakan Pelajar Untuk Dapatkan Bantuan BKPKK
  • Jumlah Bantuan Kewangan Yang Disediakan BKPKK Untuk Pelajar
  • Pelajar Boleh Menerima Bantuan Dari Agensi Lain?
  • Pelajar Manakah Yang Layak Untuk Terima Bantuan BKPKK
  • CGPA Pelajar Adakah Ia Diambil Kira?

Untuk makluman semua, segala perkongsian maklumat dan info yang diberikan ia adalah berdasarkan dan merujuk kepada sumber rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri. Jika sekiranya terdapat sebarang perubahan ataupun kesilapan ia adalah diluar kawalan. Dan akan segera diperbaiki maklumat. Sertai Telegram Rasmi Info Bantuan Kerajaan untuk anda dapatkan lebih banyak lagi bantuan terkini atau info bermanfaat. Saluran terpantas pengunguman kerajaan.

telegram us

Info Bantuan Kewangan BKPKK Tahun 2023

Bantuan Kewangan:

(A) PELAJAR KOLEJ KOMUNITI (BKPKK)

1. APAKAH SYARAT-SYARAT DAN KRITERIA UNTUK MELAYAKKAN PELAJAR MENDAPAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI?

Syarat-syarat dan kriteria yang melayakkan pelajar mendapat BKPKK ialah:

  1. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  2. BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  3. Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  4. Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  5. Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan
  6. Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program

2. BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN KEWANGAN YANG AKAN PELAJAR TERIMA SEPANJANG TEMPOH PENGAJIAN?

Pelajar akan menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti hanya untuk dua (2) semester sahaja.  Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan dan pelajar layak untuk mendapat RM300/sebulan atau RM1, 800.00 sepanjang satu semester.

3. ADAKAH PELAJAR BOLEH MENERIMA TAJAAN/ BIASISWA DARIPADA AGENSI LAIN SEKIRANYA PELAJAR MENERIMA BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA?

Pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti di bawah KPM.

4. SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MENERIMA BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI INI?

Pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3, 000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.

5. ADAKAH CGPA BAGI PELAJAR DIAMBIL KIRA DALAM MEMOHON BANTUAN KEWANGAN DAN SEKIRANYA ADA BERAPAKAH MINIMUM CGPA YANG DIPERLUKAN BAGI PELAJAR UNTUK MENCAPAINYA?

Mengikut maklumat yang disampaikan Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa pelajar tersebut layak untuk menerima bantuan kewangan ini sepanjang setahun atau dua semester pengajiannya namun syaratnya adalah pelajar itu wajib mendapat CGPA minimum 2.0 bagi melayakkan dirinya untuk mendapatkan bantuan kewangan di semester kedua akan datang.

Namun seandainya CGPA bagi pelajar tersebut tidak mencapai minima 2.0 pada semester pertama, maka secara automatik pembiayaan bagi bantuan kewangan untuknya akan diberhentikan serta merta.

(B) PELAJAR 12 PUSAT ASASI UNIVERSITI AWAM (UA)

1. APAKAH SYARAT-SYARAT DAN KRITERIA UNTUK MELAYAKKAN PELAJAR MENDAPAT BANTUAN KEWANGAN ASASI?

Syarat-syarat dan kriteria untuk memohon Bantuan Kewangan Asasi ialah:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  2. Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
  3. Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya; dan
  4. Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. BERAPAKAH BANTUAN KEWANGAN YANG AKAN PELAJAR TERIMA SEPANJANG TEMPOH PENGAJIAN?

Pelajar akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM 3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian. Pecahan kepada bantuan kewangan sebanyak RM3,920.00 adalah seperti berikut:

  • (i)Elaun Wang Saku : RM 2,500.00 setahun
  • (ii)Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan : RM1,420.00 setahun
  • (iii)Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

3. ADAKAH PELAJAR BOLEH MENERIMA TAJAAN/ BIASISWA DARIPADA AGENSI LAIN SEKIRANYA TELAH MENERIMA BANTUAN KEWANGAN ASASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA?

Pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM. Pelajar perlu membayar balik kepada KPM sejumlah wang yang telah diberikan kepada pelajar sekiranya menerima tawaran tajaan/biasiswa lain ataupun pelajar perlu menolak tajaan/biasiswa lain sekiranya pelajar menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPM.

4. SEKIRANYA PELAJAR MENERIMA BANTUAN KEWANGAN ASASI DAN GAGAL UNTUK MENAMATKAN PENGAJIAN DENGAN JAYANYA, ADAKAH PELAJAR PERLU MEMBAYAR SEMULA BANTUAN YANG TELAH DITERIMA SEPANJANG PENGAJIAN?

Ya. Pelajar perlu membayar balik jumlah perbelanjaan sebenar yang telah ditaja oleh KPM kepada pelajar sekiranya pelajar gagal menamatkan pengajian dengan jayanya.

Cara Mohon Dan Semak Bantuan Kewangan BKPKK Tahun 2023

Bagaimanakah Cara Untuk Membuat Semakan Dan Tawaran Permohonan Bantuan Kewangan Ini Sama Ada Diluluskan Atau Tidak?

Untuk semakan dan tawaran bantuan pelajar boleh buat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa Dan Pembiayaan,KPM. Untuk dokumen tawaran, pemohon perlu mencetak dan menyemak sendiri dokumen tawaran seperti berikut :

Untuk semakan dan tawaran bantuan pelajar boleh buat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa Dan Pembiayaan,KPM. Untuk dokumen tawaran, pemohon perlu mencetak dan menyemak sendiri dokumen tawaran seperti berikut :
  •  
Surat tawaran;
Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
Borang penyata kewangan penjamin;
Panduan mengisi borang perjanjian;
  •  
Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; dan
  •        
Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.
Pemohonan perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar UA masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.

Untuk info dan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di link yang telah disediakan Laman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Akhir Kata 

Semoga dengan perkongsian segala maklumat mengenai Bantuan Kewangan BKPKK RM3,920.00 Untuk Pelajar Tahun 2023 ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar diluar sana untuk memohon. Semoga Allah permudahkan urusan anda.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati