Inisiatif Rahmah : Menu Rahmah RM5 Dan Lokasi Terkini .Kerajaan perpaduan telah merangka inisiatif untuk rakyat Malaysia di bawah rancangan Malaysia madani. Melalui KPDN telah lancar Menu Rahmah iaitu Program Menu Rahmah khusus untuk golongan miskin tegar yang telah dilancarkan bermula 31 Januari 2023.
Sehubungan itu, Pelancarannya disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan kos sara hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub di Subang Jaya, Selangor. Program ini dijangka mendapat sambutan hangat daripada golongan lapisan masyarakat kerana adanya program berupa tawaran menu harian makanan untuk rakyat Malaysia.Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Menu Rahmah ini untuk makluman bersama.
Jangan terlepas untuk dapatkan info terkini Dan semasa di dalam negara dan luar negara, sertai kami di Telegram:
Isi Kandungan
Menu RAHMAH adalah merupakan makanan tengah hari atau malam yang mana ianya seimbang dan merangkumi nasi, satu pilihan protein seperti ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan iaitu hanya pada harga RM 5.00 sepinggan.
Pelancaran Menu RAHMAH ini adalah salah satu inisiatif baharu bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat, susulan daripada pengelola urus industri yang dilaksanakan pada 26 Januari 2023 bersama wakil-wakil persatuan restoran seperti berikut:
- Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA),
- Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS),
- Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia,
- Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA),
- Bumiputra Retailers Organization (BRO),
- Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan
- Malaysia Retailers Association (MRA).
Melalui tawaran harga menu yang sangat berpatutan ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa sekarang.
Melalui program ini yang merupakan adalah kerjasama sinergi kerjasama kerajaan bersama pengusaha industri makanan dan minuman yang akan diperluaskan diseluruh negara dalam masa terdekat.
Kerajaan bukan sahaja merangka sedikit untuk rakyat selain inisiatif Menu Rahmah, terdapat juga program-program yang akan menyusul seperti :
- Bakul Rahmah – sasar untuk keluarga miskin tegar setiap bulan
- Pakej Rahmah – yang meliputi 12 barang keperluan asas
- Kafe Rahmah – dilaksana di universiti tempatan (bermula di KL dengan sarapan dan makan tengah hari percuma, makan malam dengan diskaun sehingga 50%!)
Pasaraya borong terbesar di Malaysia iaitu Mydin telah melancarkan menu Rahmah dengan harga RM4.90, melalui menu yang telah dicadangkan dah disediakan ini,anda akan dapat set makanan tengahari / malam yang cukup sedap dan istimewa. Walaupun dengan harga bawah RM5 anda dapat menikmati makanan yang seimbang dan cukup untuk mengenyangkan perut anda yang paling utama adalah ia dapat menjimatkan perbelanjaan harian anda.
Berikut dikongsikan kepada anda adalah senarai menu Rahmah yang ditawarkan:-
SET MAKAN TENGAH HARI / MAKAN MALAM DI MYDIN RM4.90/SET
ISNIN
- Nasi putih
- Ayam masak kicap
- Kacang panjang goreng
- Air minuman 500ml
SELASA
- Nasi putih
- Ikan kembung goreng
- Tauge masak lemak
- Air minuman 500ml
RABU
- Nasi putih
- Ayam goreng kunyit
- Bayam goreng
- Air minuman 500ml
KHAMIS
- Nasi putih
- Sambal ikan
- Kubis goreng
- Air minuman 500ml
JUMAAT
- Nasi putih
- Kari ayam
- Tauge goreng
- Air minuman 500ml
SABTU
- Nasi putih
- Ikan masak kicap
- Kangkung goreng belacan
- Air minuman 500ml
AHAD
- Nasi putih
- Ayam sambal
- Kubis goreng
- Air minuman 500ml
Anda boleh dapatkan menu Rahmah ini hanya di Mydin yang terpilih sahaja. Segera dapatkan di bahagian Ready-To-Eat di Pasar Raya Besar MYDIN terpilih! Tular mengenai menu ini mendapat sambutan ramai setelah pelancarannya. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan rakyat marhaen ini.
Makluman daripada Buletin TV3 telah melaporkan bahawa sebanyak lebih 12,500 restoran mamak di seluruh negara sedia menyahut gesaan kerajaan untuk menyediakan Menu Rahmah, yang bernilai RM5 ke bawah khas untuk golongan miskin tegar ini.
Dilaporkan juga, sekitar jumlah 4,000 restoran di bawah Koperasi Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) turut terlibat.
Berikut adalah senarai lokasi menu rahmah terkini:
- Mydin
- Restoran atau premis yang ada pelekat/simbol Menu Rahmah
- 12,500 restoran mamak di seluruh negara yang mana sedia untuk menyahut gesaan kerajaan untuk menyediakan Menu Rahmah, bernilai RM5 ke bawah bagi golongan miskin tegar.
Untuk makluman kepada semua,Senarai penuh premis yang terlibat akan dimaklumkan oleh KPDN dalam masa terdekat ini. Sertai group kami untuk terus dapatkan info semasa dan terkini disini.
Namun terdapat juga beberapa restoran sudah memperkenalkan menu Rahmah bagi inisiatif untuk membantu rakyat yang memerlukan dalam mencari penyediaan makanan yang berpatutan dan murah serta sihat.
Inisiatif Untuk Rakyat Malaysia
Inisiatif kerajaan untuk memulihkan kehidupan rakyat miskin merupakan hal yang sangat penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan membangun masyarakat yang adil dan makmur. Kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua rakyat memiliki akses kepada peluang dan sumber yang sama untuk membangun hidup mereka. Oleh itu, kerajaan memulakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat miskin memulihkan kehidupan mereka.
Salah satu inisiatif yang diterima oleh kerajaan adalah memperkenalkan program-program bantuan kewangan bagi membantu rakyat miskin memenuhi keperluan asas mereka. Inisiatif ini memastikan bahawa rakyat miskin memiliki akses kepada pendapatan dan bahan makanan yang mencukupi. Selain itu, kerajaan juga memperkenalkan pelbagai program pendidikan dan latihan untuk membantu rakyat miskin membangun kemahiran dan meningkatkan pendapatan mereka. Rujuk Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Inisiatif lain yang diambil oleh kerajaan adalah membina perumahan dan memastikan bahawa rakyat miskin memiliki akses kepada perumahan yang selesa dan berpatutan. Inisiatif ini memastikan bahawa rakyat miskin tidak lagi terpaksa hidup dalam keadaan tidak selesa dan membahayakan kesihatan mereka. Permohonan Rumah Mesra Rakyat tahun 2023.
Inisiatif kerajaan untuk memulihkan kehidupan rakyat miskin juga termasuk memperkenalkan program-program kesihatan bagi membantu rakyat miskin mengatasi masalah kesihatan yang mereka hadapi. Inisiatif ini memastikan bahawa rakyat miskin memiliki akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan boleh diakses dengan mudah. Mohon bantuan kesihatan Mysalam
Sebagai kesimpulannya, inisiatif kerajaan Inisiatif Rahmah : Menu Rahmah RM5 Dan Lokasi Terkini adalah untuk memulihkan kehidupan rakyat miskin sangat penting bagi memastikan bahawa semua rakyat memiliki akses kepada peluang dan sumber yang sama untuk membangun hidup mereka. Inisiatif ini juga membantu membangun masyarakat yang adil dan makmur. Oleh itu, kerajaan harus terus memastikan bahawa inisiatif-inisiatif ini diteruskan dan ditingkatkan bagi memastikan kesejahteraan rakyat.