Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong Tabung Haji Februari 2024

JAWATAN KOSONG TABUNG HAJI FEBRUARI 2024

Memasuki bulan Februari pihak Tabung Haji umum jawatan kosong Tabung Haji Februari 2024 untuk permohonan segera rakyat Malaysia. Ini adalah merupakan pengumuman penting bagi mereka yang mencari peluang pekerjaan dibawah sektor awam. Seperti kita ketahui, Tabung Haji adalah merupakan agensi yang mempunyai kepentingan dalam pengurusan hal ehwal haji rakyat Malaysia.

Terdapat beberapa maklumat yang perlu anda ketahui mengenai tawaran kerja yang dibuka oleh Tabung Haji. Anda boleh ketahui maklumat seperti iklan, syarat-syarat dan cara permohonan rasmi oleh pihak Tabung Haji.

Berkenaan Permohonan Jawatan Kosong Tabung Haji Februari 2024

Tabung Haji (TH) adalah nama bagi “Lembaga Tabung Haji” atau LTH. Berdasarkan sebelum ini, TH dikenali sebagai “Lembaga Urusan dan Tabung Haji” atau LUTH di Malaysia yang bertanggungjawab untuk menguruskan perjalanan jemaah Haji dari Malaysia pergi ke Makkah pada setiap tahun.

image 76

Bangunan ibu pejabat TH yang dikenali sebagai Menara TH Tun Razak, berlokasi di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Malaysia. Untuk makluman, TH merupakan sebuah Institusi Kewangan yang sentiasa memastikan perjalanan operasi Haji berjalan lancar dan berkesan.

Tabung haji beroperasi berlandaskan tiga aktiviti utama iaitu:

  • Tabungan yang menyediakan Perkhidmatan tabungan untuk umat Islam.
  • Menjalankan aktiviti pelaburan Dana yang terkumpul dan Pengawasan fungsi pelaburan.
  • Menguruskan perkhidmatan Haji tanah air dan di tanah suci untuk rakyat Malaysia.

Tabung Haji kerap membuka peluang kerjaya kepada rakyat Malaysia. Untuk kali ini, anda boleh membuat permohonan berdasarkan senarai jawatan kosong Tabung Haji Februari 2024.

Maklumat Jawatan Kosong Tabung Haji Februari 2024

Kekosongan jawatan kosong Tabung Haji Februari 2024 dibuka untuk pemohon. Dibawah adalah merupakan senarai jawatan kosong di Tabung Haji:

Jawatan KosongMaklumat Jawatan
Pemandu NegeriDitugaskan sebagai pemandu di negeri Kelantan
Pemandu NegeriDitugaskan sebagai pemandu di negeri Terengganu
Pemandu NegeriDitugaskan sebagai pemandu di negeri Sabah
Pemandu NegeriDitugaskan sebagai pemandu di negeri Perlis

Tempoh Buka Permohonan Jawatan

Peringatan kepada para pemohon, jawatan kosong Tabung Haji Februari 2024 dibuka buat masa kini dan akan ditutup pada tarikh tutup 19 Februari 2024.

Oleh itu, pemohon boleh mengambil peluang mohon segera untuk membuat permohonan dengan cara yang betul sebelum tempoh permohonan jawatan tamat. Kerja di Tabung Haji adalah salah satu peluang wajib mohon untuk anda berkhidmat dibawah TH.

Syarat Kelayakan Mohon Kerja di Tabung Haji Februari 2024

Untuk membuat permohonan, anda perlu mengikuti beberapa syarat kelayakan permohonan. Berikut adalah merupkan maklumat syarat-syarat permohonan:

  1. Pemohon mestilah mereka yang berwarganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan keatas semasa membuat permohonan kerja.
  3. Pemohon juga mempunyai kelayakan akademik minima SPM.

Prosedur Mohon Kerja Jawatan Kosong Tabung Haji Februari 2024

Penempatan di TH Negeri Perlis, TH Negeri Terengganu, TH Negeri Kelantan & TH Negeri Sabah
Sebagai Pemandu Negeri, anda bertanggungjawab untuk melaksanakan pemanduan kenderaan TH dengan baik dan selamat.

image 75
Jawatan Kosong Tabung Haji Februari 2024 4

Tugas dan tanggungjawab pemandu negeri merangkumi:

  • Memandu kenderaan TH ke destinasi dengan selamat dan menepati waktu temujanji yang ditetapkan.
  • Memastikan kenderaan TH sentiasa berada dalam keadaan baik, bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.
  • Mengamalkan pemanduan yang cermat dan selamat dengan mematuhi semua peraturan dan undang-undang jalanraya yang berkuatkuasa.

Syarat dan Kelayakan Khusus:

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf.
  • Memiliki lesen memandu kelas D yang dikeluarkan dan disahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
    Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman bekerja sebagai pemandu sekurang-kurangnya 3 tahun.
  • Jujur, bertanggungjawab dan menepati masa.

Cara Permohonan

Bagi permohonan yang berjaya, pemohon akan menerima maklum balas dari pihak pengurusan sumber manusia Tabung Haji untuk urusan seterusnya. Kebiasaannya akan dilalui proses urusan temuduga yang mana pemohon akan ditanya pelbagai soalan berkait dengan jawatan sebagai Pemandu Negeri.

Pemohon boleh membuat beberapa persiapan yang rapi dan baik bagi memastikan permohonan anda melepas saringan yang ditetapkan dan menepati kriteris kelayakan untuk diambil bekerja.

3 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati