Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

SMART PSU 3.0 PAKEJ PERMAI : PERKESO

PAKEJ PERMAI
PAKEJ PERMAI

PAKEJ PERMAI : PSU 3.0 adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan yang menggaji pekerja tempatan yang bergaji Rm4000 dan ke bawah. Pakej Bantuan ini di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO.

Permohonan untuk PSU 3.0 telah pun dibuka pada 19 Januari 2021 yang lalu dan tarikh akhir bagi permohonan ini adalah pada 30 Jun 2021.

Majikan akan menerima bantuan selama 1 bulan sahaja berkuatkuasa pada 19 Januari 2021.

MAKLUMAT PERUSAHAAN DAN BILANGAN PEKERJA YANG LAYAK :

PP1 768x380 1
PAKEJ PERMAI

PSU 3.0 menetapkan kadar bayaran sebanyak Rm600 bagi seorang pekerja.

SYARAT KELAYAKAN PAKEJ PERMAI

  1. Kedua-dua majikan dan pekerja mestilah mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021
  2. Majikan wajib berdaftar dengan SSM atau PBT sebelum 1 Januari 2021
  3. Penurunan pendapatan perniagaan sebanyak 30% atau lebih, bulanan 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada 2019 sebelum PKP
  4. Hanya untuk pekerja yang bergaji Rm4000 ke bawah sahaja
  5. Majikan mestilah mengekalkan pekerja yang bergaji bawah Rm4000 tetapi dibenarkan untuk memendekkan waktu bekerja atau pengurangan gaji selepas rundingan dengan pekerja tersebut
  6. Permohonan hanya layak bagi perusahaan yang di negeri dalam PKP sahaja

CARA MEMBUAT PERMOHONAN :

  • Layari https://prihatin.perkeso.gov.my/
  • Tekan bahagian permohonan dan semakan di ruangan PSU
  • Klik permohonan baru 3.0
  • Pilih negeri perusahaan anda beroperasi dan klik halaman seterusnya
  • Lengkapkan semua maklumat yang diminta dengan tepat
  • Muat naik dokumen sokongan:
  1. Senarai nama pekerja
  2. Maklumat akaun bank majikan (Salinan penyata bank,muka depan shj)
  • Maklumat BRN yang didaftarkan semasa pembukaan akaun bank (pastikan anda telah merujuk dengan pihak bank untuk memastikan nombor BRN anda tepat)
  1. Salinan SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan
  2. Akaun pengisytiharan PSU 3.0
  • Klik hantar

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati