Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

5 Resepi Popia Goreng Yang Mudah dan Ranggup

5 Resepi Popia Goreng Yang Mudah dan Ranggup
5 Resepi Popia Goreng Yang Mudah dan Ranggup 7

Resepi Popia Goreng! Siapa boleh tahan dengan sedapnya sekeping popia goreng rangup dalam genggaman? Resipi popia goreng rangup memang penuh dengan jawapan untuk kenyang dan senang. Bila gigit, popia ni bukan main sedap dan kriuk lagi dengan gabungan rasa gurih yang mengancam.

Tambahan pula bulan puasa ni ramai orang yang sedang mencari popia goreng. Kadang tu banyak yang tidak menepati rasa dan kurang kualiti. Namun tak kiralah nak makan masa berbuka puasa atau dalam suasana makan yang formal, resepi popia goreng rangup tahan lama ni memang boleh buat gempak perut dan hati.

Resepi Popia Goreng Yang Sedap dan Mudah

1. Popia Sayur

5 Resepi Popia Goreng 1
5 Resepi Popia Goreng Yang Mudah dan Ranggup 8

Ramuan

  • 1 pack kulit popia
  • 1/2 biji sengkuang saiz besar
  • 1 batang carrot
  • 10 batang sosej
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada
  • 1 sudu stok ayam

Cara Memasak

  1. Sagat ubi sengkuang dan carrot. Sosej di belah 4. Kemudian potong kecil.
  2. Masukkan garam dan lada serta stok ayam. Masukkan sosej ke dalam sayur. Gaul sekata.
  3. Kemudian balut bahan dengan kulit popia. Sedia untuk di goreng.

2. Popiah Berprotein Tinggi

5 Resepi Popia Goreng 2
5 Resepi Popia Goreng Yang Mudah dan Ranggup 9

Ramuan

  • Inti Ayam
  • 400 g isi ayam cincang
  • 1 biji bawang besar, dicincang
  • 3 ulas bawang putih, dikisar halus
  • 1 biji telur
  • 2 tangkai daun sup, dicincang
  • 1 batang daun saderi, didadu kecil
  • 1 sudu kecil rempah five spice
  • Secukup rasa garam dan lada hitam
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 3 sudu besar tepung ubi

Bahan-bahan lain

  • 1 pek kulit popiah
  • 15 biji telur puyuh, direbus dan dibelah dua

Gam pelekat

  • 3 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 cawan air

Cara Memasak

  1. Gaul semua bahan inti sehingga sebati.
  2. Letakkan inti secukupnya. Letak telur puyuh yang dibelah.
  3. Gulung kulit popiah dan gamkan supaya tak terbuka. Ulang sampai habis inti dan telur puyuh
  4. Gorengkan sehingga keemasan. Popiah belum digoreng, boleh dibekukan.
  5. Sedia dihidang untuk berbuka atau sahur.

3. Popia Cabonara Mudah

5 Resepi Popia Goreng 3
5 Resepi Popia Goreng Yang Mudah dan Ranggup 10

Ramuan

  • 1-5 batang crab stik
  • 2 batang sosej
  • 7 biji cendawan butang
  • 1/2 tin cabonara jenama prego
  • 1 peket kulit popia

Cara Memasak

  1. Sediakan semua bahan dan rebus sosej,crab stik dan cendawan butang.
  2. Setelah rebus cincangkan semua bahan rebusan dan satukan dalam mangkuk dan tuang 1/2 tin cabonara prego,gaul hingga rata
  3. Kemudian ambil kulit popia saiz
  4. besar dan masukkan inti ke delamnya,gulung ia dan lekatkan hujung dengan air sejuk
  5. Panaskan minyak dan gorengkan popia sehingga kekuningan dan angkat,bila sejuk boleh dihidangkan.

4. Popia inti mix Vege + sosej

5 Resepi Popia Goreng 4
5 Resepi Popia Goreng Yang Mudah dan Ranggup 11

Ramuan

  • 1 paket kulit popia
  • 1 paket mix vege
  • 4 batang sosej – belah 2 Dan hiris halus
  • 2 ulas bawang putih- hiris
  • 1 biji bawang merah – hiris
  • 1 kiub ayam maggi
  • Secubit serbuk lada hitam
  • secukupnya Minyak masak untuk menumis Dan menggoreng
  • Air sedikit sebagai gam – boleh guna telur

Cara Memasak

  1. Sediakan ke semua bahan2 terlebih dahulu.. hiris bawang2, sosej Dan cuci bersih mix vege.. ketepikan sebentar.
  2. Panaskan Kuali, tuang minyak masak sedikit untuk menumis. Tumis bawang merah Dan putih sehingga Naik wangi.
  3. Bila dah wangi, letakkan sosej Dan Gaul rata.. bila dah agak masak tambahkan mix Vege Yang telah dibersihkan tadi.. Gaul sekali lagi.. Tambahkan kiub ayam Dan serbuk lada hitam.. Gaul Dan bila dah sebati. Tutup api Dan angkat.. biarkan sejuk terlebih dahulu..
  4. Cara sediakan popia: Mula2 ambil 1 helai kulit popia, kemudian Sudukan inti mix Vege + sosej. Lipat Dan gulung, bahagian hujung gamkan dengan air atau telur. Buat sehingga habis.. (jika kulit popia terkoyak, tambah lagi selapis)
  5. Panaskan minyak masak untuk menggoreng popia.. bila minyak panas, masukkan popia Dan goreng sehingga keperangan.. minyak panas api sederhana, kemudian angkat Dan toskan.. buat sehingga habis.. Popia mix Vege + sosej siap dihidangkan..

5. Popia Carbonara Beef Pepperoni, Sosej & Cendawan

5 Resepi Popia Goreng 5
5 Resepi Popia Goreng Yang Mudah dan Ranggup 12

Ramuan

  • 30 keping kulit popia
  • Secukupnya minyak zaitun
  • 100 g beef pepperoni
  • 4 batang sosej (potong nipis, bulat-bulat)
  • 1 tin cendawan butang (cincang kasar)
  • 1 biji bawang holland (didadu)
  • 1 labu bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu makan tepung gandum (dibancuh dengan air)
  • 5 keping cheddar cheese
  • Sedikit dried parsley
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Sedikit capsicum campuran warna
  • Garam, gula, perasa (sesuai rasa)

Cara Memasak

  1. Goreng beef pepperoni sehingga kekuningan dan crispy jika suka. Ketepikan.
  2. Gorengkan sosej sehingga kekuningan. Ketepikan.
  3. Dalam kuali yang sama, tambahkan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang holland sehingga kekuningan. Kemudian masukkan cendawan butang dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga bahan masak dan layu.
  4. Masukkan bancuhan tepung gandum dan masak sampai mendidih. Perasakan dengan garam, gula dan perasa. (Cheese dah sedikit masin, berhati2 tambah garam)
  5. Masukkan cheese. Kacau rata sehingga cheese mencair.
  6. Masukkan pepperoni dan sosej tadi. Masukkan juga capsicum. Kacau rata dan masak sehingga inti kering tapi masih moist ok. Sejukkan inti carbonara.
  7. Bentangkan kulit popia. Sudukan inti. Gulung kemas dan lipat. Sapukan bancuhan tepung jagung dihujungnya untuk lekatkan gulungan dengan lebih kemas.
  8. Masukkan dalam bekas atau plastik untuk frozenkan.
  9. Goreng popia dalam minyak panas api sederhana sehingga kekuningan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati