Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Awal Persekolahan RM150 Disalurkan Pada Januari 2023 – PM

IMG 20221225 WA0174

Bantuan Awal Persekolahan RM150 Disalurkan Januari 2023. Dalam pembentangan bajet mini yang lepas di parlimen baru sahaja dibentangkan oleh Perdana menteri Malaysia yang baharu iaitu Datuk seri Anwar Ibrahim yang kini menjawat sebagai ketua Kerajaan baru negara bagi negara kita Malaysia dalam satu penggal pemerintahan kerajaan perpaduan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru saja mengumumkan pada  sidang parlimen mengenai bajet mini untuk tahun 2023, Kerajaan akan menyalurkan bantuan kepada rakyat dari segi bantuan kewangan one-off yang mana kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan bantuan yang dikenali sebagai bantuan awal persekolahan yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini dengan permulaan disalurkan pada fasa 1 bulan depan iaitu bulan Januari atau awal tahun bagi tahun 2023.

Pada anda yang ingin mengikuti lebih lanjut anda boleh ikuti maklumat mengenai pengumuman rasmi daripada kerajaan di parlimen tadi di bawah.

Bagi anda yang berminat menambah maklumat,anda dikehendaki mengikuti perkembangan semasa di dalam negara lagi-lagi dengan pengumuman penting yang baharu daripada kerajaan, bagi memudahkan anda mendapat liputan daripada kerajaan sertai Telegram saluran pantas mengenai pengumuman rasmi kerajaan:

telegram us

Bantuan Awal Persekolahan RM150 Disalurkan Januari 2023

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2023

Apakah Itu Bantuan Awal Persekolahan?

Untuk makluman kepada pembaca,BAP 2023 merupakan bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia khas kepada rakyat, sama bantuan sebelum ini dikenali sebagai BAP juga

Bantuan Awal Persekolahan ini merupakan bayaran secara One-Off kepaea keluarga yang berkelayakan dan mampu mengurangkan beban ketua rumah pada permulaan pembukaan sekolah

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Mengenai Bantuan tunai ini yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari yang sebelum ini ditetapkan untuk bulan Mac tahun depan. Ini  mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh yang dilihat penting untuk membantu rakyat.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk bantuan awal persekolahan tunai tahun 2023 nanti ia akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion

Mengenai Bantuan Awal Persekolahan ini sebelum ini telah dijadualkan akan diberikan pada Januari 2023 tetapi selepas melihat akan keadaan rakyat, Kerajaan telah bersetuju bagi memberikan pada Januari tahun 2023 nanti.

anwar bajet mini 1024x683 1

Kadar Pemberian Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2023 Sesuai Dengan Pelbagai Golongan

Kadar Bayaran BAP

Mengenai kadar bayaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan hasil daripada perutusan rasmi pembentangan bajet mini di parlimen, telah menetapkan kadar pemberian bantuan bagi tahun hadapan bermula Januari adalah berdasarkan kajian dan keperluan kepada pelbagai golongan rakyat.

Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off) pada kerajaan sebelum ini.Dengan inisiatif dan pendekatan terbaru  dan kerajaan baharu telah meneruskan bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Dato Ismail Sabri dengan bayaran Rm150 secara one-off

Tarikh Bayaran Rasmi BTR 2023

Bagi tarikh pembayaran BAP 2023 ia masih belum diumumkan secara rasmi atau tempat bilakah tarikh bayaran dibuat untuk disalurkan kepada rakyat Malaysia. Tetapi apa yang pasti,Kerajaan akan menyalurkan bayaran BAP 2023 pada Januari 2023.

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Sama Dengan Pemberian Bantuan Sebelum Ini?

Berkenaan bantuan akan diberikan kepada rakyat, kini masih tiada data ataupun maklumat lebih terperinci mengenai Bantuan Awal Persekolahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim. sememangnya fokus utama bagi Perdana Menteri adalah untuk membantu mereka yang dalam kesusahan dan terbeban melalui sumbangan atau pemberian bayaran tunai secara one-off kepada mereka yang layak terutama bagi golongan b40.

Walaubagaimanapun bantuan ini telah dibentangkan di parlimen di dalam pembentangan mini bajet 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri. Untuk masa ini, jumlah penuh bagi bayaran dan mengenai kelayakan penerima BAP 2023 tidak diumumkan secara lebih terperinci dalam pembentangan Mini Bajet pada 20 Disember 2022 lalu.

Tetapi, kita difahamkan oleh PM bahawa bantuan tunai ini adalah diteruskan hasil daripada Kerajaan terdahulu, berkemungkinan ianya tidak jauh berbeza dengan pemberian Bantuan Keluarga Malaysia 2022 / 2023 yang telah dibentangkan dalam Bajet 2023 sebelum ini.

Untuk Mengetahui Keseluruhan Inisiatif Rakyat..

Perdana Menteri telah maklumkan bahawa akan ada pembentangan yang lebih terperinci bagi tahun 2023 yang dijangka akan dibentangkan di parlimen pada bulan Februari nanti. Ramai yang tertanya-tanya dan dalam masa yang sama menanti apakah inisiatif dan insentif yang akan diberikan kepada rakyat melalui kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kita semua tahu bahawa beliau seorang yang komited dalam membantu dan membangunkan negara jadi melalui pembentangan bajet tahun 2023 kita akan mempunyai harapan agar ianya adalah satu pembentangan yang terbaik untuk rakyat dari pelbagai golongan

Untuk info tambahan, pemberian bantuan awal persekolahan RM150 ini dihulurkan kepada semua pelajar pelbagai peringkat bagi membantu mengurangkan beban kos belanja barangan sekolah ibubapa kepada anak-anak. Tambahan pula, pada tahun 2023 bantuan tunai sebanyak RM150 secara ‘one-off’ ini akan diberikan tanpa mengira latar belakang keluarga seperti pendapatkan penjaga atau ibu bapa.

Kepada pelajar yang berkelayakan akan menerima bayaran secara one-off pada awal tahun hadapan iaitu bulan Januari pada jumlah bantuan sebanyak RM150 setiap orang. Untuk makluman, bantuan BAP sebelum ini diberikan terhad mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian,menerusi sidang bajet mini 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pengagihan bantuan BAP tahun 2023 akan diberikan tanpa melihat latar belakang keluarga dan syarat khusus kelayakan. Pemberian bantuan tunai ini akan diberikan kepada semua pelajar yang berkelayakan memerlukan pada bulan januari nanti.

Anda juga boleh ikuti Facebook kami dibawah:

likeusfacebook

Kriteria Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan Sebelum Ini

Kerajaan terdahulu telah menetapkan beberapa syarat pemilihan dan kriteria kelayakan yang dibuat bagi memudahkan pemilihan yang layak.

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;

Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

KAEDAH PENYALURAN

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;

Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU

Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Bagi permohonan kali ini kerajaan telah menetapkan pembahagian ini tidak qkan melihat latar belakang keluarga maka terbuka kepada semua rakyat yang memerlukan.

Perlaksanaan dan pemberian inisiatif bantuan BAP RM150 ini akan diagihkan pada awal bulan Januari 2023. Manakala bagi permohonan, ia adalah mengikut ketetapan dari pihak sekolah masing-masing. Untuk semakan bantuan lain yang ada dalam Bajet 2023, anda boleh semak

Semoga rakyat Malaysia sentiasa bersiap sedia dan cakna akan pengumuman penting dari pada kerajaan Malaysia yang sekarang ini komited untuk membantu Rakyat. Bagi mendapatkan info dan maklumat pantas daripada pengumuman rasmi kerajaan, anda boleh sertai telegram salah orang terpantas pengumuman kerajaan yang disediakan di bawah :

telegram us

 

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati