Jawatan Kosong Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN) Terkini 2023. Salam sejahtera buat warganegara Malaysia terutama rakyat Kelantan. Tahun 2022 telahpun melabuhkan tirainya dengan meninggalkan kita, telah datang tahun baru 2023 dengan pelbagai sambutan. Dan terkini Majlis Sukan Negeri Kelantan juga telah menyambut anda dengan membuka satu peluang kerjaya bersama Majlis Sukan Negeri Kelantan ini bagi tahun 2023.
Peluang kerjaya yang dibuka oleh MSN Kelantan ini adalah peluang keemasan bagi seluruh rakyat Malaysia terutama penduduk negeri Kelantan dengan tawaran yang begitu menarik dan amat menyenangkan dengan kadar gaji dan bonus mengikut keadaan ekonomi sekarang serta kenaikkan gaji yang begitu lumayan. Oleh itu SPA amatlah menyarankan mereka yang mempunyai kelayakan dari segi sijil seperti SPM, Ijazah agar segera mengisi borang permohonan jawatan ini dengan sebaik yang mungkin.
Jawatan Kosong Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN) Terkini
Isi Kandungan
Untuk makluman anda semua, sebagai langkah persediaan untuk mereka yang berminat ataupun ingin mencuba mengisi borang permohonan jawatan kosong yang ditawarkan ini, anda disarankan mengambil tahu sedikit sebanyak maklumat mengenai MSN Kelantan sebagai langkah persediaan seandainya ditanya soalan mengenai MSN Kelantan semasa sesi temuduga.
Untuk pengetahuan anda, MSN Kelantan sebelum ini pernah berada di bawah penguasaan UMNO kemudian pada 14 Januari 2019 Majlis Sukan Negeri Kelantan telah kembali semula ke pangkuan dibawah kerajaan negeri. Pada tarikh tersebut telah berlangsung majlis serah tugas mantan Pengerusi MSN Dato’ Rosmadi Ismail kepada Ustaz Wan Roslan Wan Hamat sebagai Pengerusi baharu MSN Negeri.
Wan Roslan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO berharap pengurusan lepas dapat memberi sumbangan bagi meningkatkan lagi pembangunan sukan di Kelantan. Beliau berkata, kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung dalam sektor tersebut sangat penting bagi merealisasikan hasrat itu.
“Kita harap bekas pengarah MSN Dato’ Mohamad Noordin Awang dan Dato’ Rosmadi dapat memberikan sumbangan berterusan kepada pengurusan baharu.
“Kakitangan lama juga kita kekalkan, dengan harapan supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik khusus kepada pembangunan sukan di Kelantan,” katanya selepas majlis penyerahan MSN Kelantan di sebuah hotel di sini.
Turut hadir Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Ahmad Robert Abdul Rahim; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Zuraidin Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Abdul Rashid Yaakub. – sumber rujukan HARAKAHDAILY 14/1/2019
Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN) | Maklumat Jawatan Kosong
Apakah Maklumat Jawatan Kosong Yang Telah Ditawarkan?
Buat pengetahuan para calon dan para pemohon yang berminat dengan jawatan kosong yang ditawarkan, anda perlulah menyemak maklumat jawatan yang ditawarkan ini supaya kerjaya ini mengikut kelayakan anda dalam mengisi borang permohonan tersebut. Berikut adalah maklumat mengenai jawatan kosong yang diiklankan:
- Majikan: Majlis Sukan Negeri
- Lokasi Jawatan Kosong: Kota Bharu, Kelantan
- Jawatan Kosong Yang Ditawarkan: PEMBANTU OPERASI GRED N11
- Status Jawatan: Kontrak
- Gaji Yang Ditawarkan: .Minimum RM1,216.00 sehingga Maksimum RM2,983.00
Apakah Syarat Kelayakan Untuk Permohonan Jawatan Ini?
Buat makluman para pemohon semua, untuk anda berjaya dapatkan jawatan ini, anda perlulah melihat dari segi syarat kelayakan untuk memohon jawatan ini supaya borang permohonan anda tidak ditolak oleh majikan.
*Perhatian, segala syarat-syarat kelayakan di berikan adalah rasmi dari majikan sendiri. Anda boleh merujuk link iklan yang kami berikan.
- SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Calon hendaklah merupakan warganegara Malaysia;
(b) Calon adalah merupakan seorang lelaki
(c) Calon adalah berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak lebih 31 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(d) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau
(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)). (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).
- Syarat Kelayakan Bahasa Melayu Bagi Calon
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Syarat Kelayakan Tambahan Buat Calon:
- Keutamaan akan diberikan kepada atlet dan aktif dalam sukan
- Berketerampilan yang baik;
- Semangat yang tinggi dalam bekerja secara kumpulan;
- Sihat tubuh badan dan aktif bersukan: 5. Ciri-ciri jati diri yang cemerlang dan;
- Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.
Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN) | Cara Memohon & Tugas
Untuk makluman semua para calon, anda dinasihatkan dan disarankan untuk meneliti cara permohonan dan tugasan yang diiklankan oleh majikan dengan baik. Supaya anda tidak tersalah langkah dalam membuat permohonan dan sudah tahu langkah-langkah serta tugasan yang diberikan oleh majikan agar urusan anda dimudahkan.
Ini Adalah Deskripsi Tugas Untuk Jawatan Ini:
- Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.
- Memandu dan menyenggara kenderaan yang memiliki lesen memandu Kelas B2 atau B atau D atau E2 atau E1 atau E.
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam Majlis Sukan Negeri Kelantan.
Bagaimanakah Cara Untuk Membuat Permohonan?
- Menghantar borang permohonan dengan mengemukakan Resume Lengkap beserta sijil/dokumen dengan melampirkan surat berkaitan yang telah disahkan dan dialamatkan kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan, Wisma Sukan Jalan Telipot, 15150 Kota Bharu Kelantan Atau;
- Menghantar borang permohononan melalui alamat email [email protected] dengan menyatakan tajuk permohonon Pembantu Operasi Gred N11.
- Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga secara dalaman dan diikuti dengan penilaian tugasan yang akan diberikan kepada calon;
- Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawatan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Sumber Rujukan dan Borang Permohonan Anda Boleh dapatkannya DI SINI
Bilakah Tarikh Dibuka Permohonan dan Ditutup Permohonan Jawatan Ini?
Untuk makluman para pemohon yang berminat, tarikh dibuka permohonan bagi jawatan kosong ini iaitu 2 Januari 2023, anda disarankan supaya segera mengisi borang permohonan jawatan ini sebelum tiba tarikh tutup permohonan seperti yang diiklankan iaitu 12 Januari 2023.
Semoga segala urusan anda untuk memohon jawatan kosong ini dipermudahkan dan direzekikan oleh Allah kejayaan.
Jangan lupa follow Telegram Rasmi Sistem Guru Online untuk dapatkan info terkini dan maklumat terbaik mengenai bantuan kerajaan, jawatan kosong kerajaan dan lain-lain isu semasa yang sentiasa diupdate