Cara Mudah Daftar SSM Secara Online (EzBiz)
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum,hari ini kami ingin berkongsi sediki cara-cara mudah untuk mendaftar SSM secara online dan memudahkan anda memohon dimana jua anda berada, semestinya untuk mereka yang baru memulakan perniagaan dan ingin memulakan perniagaan dengan bersungguh-sungguh kini boleh mendaftar perniagaan mereka secara online melalui ezBiz SSM.
Pada masa yang sama,Begini caranya untuk membuka akaun SSM pemilik tunggal atau perniagaan dalam talian sahaja. lebih cepat dan mudah! Ketahui lebih lanjut tentang Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan langkah yang perlu anda ambil untuk mendaftarkan perniagaan anda dibawah yang kami akan paparkan.
Cara-Cara Mudah Daftar SSM Secara Online (EzBiz)
Isi Kandungan
- 1 Cara-Cara Mudah Daftar SSM Secara Online (EzBiz)
- 1.1 Apa itu Suruhanjaya Syarikat Malaysia?
- 1.2 Kenapa perlu daftar SSM?
- 1.2.0.1 1. Menepati Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
- 1.2.0.2 2. Elak Risiko Didenda RM50 000 @ Penjara 2 tahun
- 1.2.0.3 3. Sebagai Bukti dan Kredibiliti Kepada Pelanggan
- 1.2.0.4 4. Meyakinkan Pelanggan Kita Adalah Peniaga Sah
- 1.2.0.5 5. Memudahkan urusan dengan pembekal
- 1.2.0.6 6. Senang nak buat pinjaman bank
- 1.2.1 Syarat Pendaftaran Perniagaan di SSM
- 1.2.2 Garis Panduan/Syarat yang Berkaitan untuk daftar SSM:
- 2 Cara-Cara Register Online Perniagaan di SSM
- 3 Pendaftaran EzBiz Melalui Panggilan Video Dan Pembayaran Dikenakan
Apa itu Suruhanjaya Syarikat Malaysia?
merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002.
Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam. Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.
SSM bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang berikut:
• Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001
• Akta Syarikat 2016 (Akta 777)
• Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197);
• Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (Akta 743)
Kenapa perlu daftar SSM?
1. Menepati Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
Mengikut Akta Perniagaan 1956 sebelum memulakan perniagaan mestilah mendaftarkan perniagaan anda. Tidak mendaftarkan perniagaan adalah satu kesalahan dan boleh di dakwa di mahkamah.
2. Elak Risiko Didenda RM50 000 @ Penjara 2 tahun
Jika dah mendaftar perniagaan di SSM anda terselamat dari risiko denda dari SSM. Bukan sikit-sikit ya denda yang dikenakan.
3. Sebagai Bukti dan Kredibiliti Kepada Pelanggan
Nak bagitahu orang anda berniaga mestilah ada bukti kan? Jadi Sijil daftar niaga SSM tu lah buktinya. Dah ada SSM pelanggan akan lebih percaya.
4. Meyakinkan Pelanggan Kita Adalah Peniaga Sah
Ada SSM mencerminkan perniagaan anda benar dan mesti pelanggan tidak ragu-ragu dengan kita. Kita berniaga ikut undang-undang.. halal dan berkat. InshaAllah boleh bayar zakat boleh bantu orang lain juga dan boleh maju.
5. Memudahkan urusan dengan pembekal
Berniaga ni tak sah kalau tak melibatkan pembekal. Kita mesti nak cari pembekal yang bagi harga terbaik. Pembekal mesti minta SSM dan akaun sebagai rujukan.
6. Senang nak buat pinjaman bank
Sampai masa anda perlukan modal untuk kembangkan perniagaan. Ada SSM dan Akaun Semasa bank akan pandang peniaga yang ada 2 benda asas ni dulu. Jadi mudah untuk anda berurusan dengan pihak bank. Penyata bulanan pada akaun semasa juga adalah bukti kukuh anda mempunyai kewangan yang baik untuk buat sebarang pinjaman. Disebabkan anda tidak mempunyai slip gaji kerana berniaga sendiri penyata bank akaun semasa adalah bahan sokongan.
Perniagaan yang boleh didaftarkan dengan SSM Menurut laman web SSM, perniagaan termasuk apa-apa bentuk perdagangan, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, pekerjaan atau aktiviti lain yang dijalankan untuk keuntungan, tetapi tidak termasuk apa-apa jawatan, pekerjaan, apa-apa kebajikan atau apa-apa perniagaan yang dinyatakan dalam Rancangan di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956).
Pengiklanan Ini bermakna, sebagai tambahan kepada perdagangan menjual barangan atau bahan makanan, antara syarikat yang boleh didaftarkan ialah beberapa perkhidmatan seperti joki atau perkhidmatan bebas.
Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah APP 1956 hanyalah syarikat yang beroperasi di Malaysia Barat, yang meliputi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan, dan bentuk perniagaan adalah seperti berikut:
- Pemilikan Tunggal – perniagaan milik penuh seorang pemilik.
- Perniagaan Perkongsian – Syarikat yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak lebih daripada dua puluh (20) rakan kongsi
Syarat Pendaftaran Perniagaan di SSM
- Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
- Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas
- Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
Garis Panduan/Syarat yang Berkaitan untuk daftar SSM:
- Pendaftaran perniagaan baharu boleh dijalankan untuk tempoh satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun bagi setiap pendaftaran.
- Jenis perniagaan berdaftar mesti mematuhi keperluan undang-undang, keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip etika.
- Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa pendaftaran syarikat melakukan kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
- Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapatkan lesen, permit atau surat kebenaran yang berkaitan daripada pihak berkuasa berkenaan bagi jenis perniagaan/aktiviti yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan berdaftar dengan SSM.
Baca juga:
Permohonan Rumah PPRT Tahun 2023 Rujuk Cara Permohonan
Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 Untuk Keluarga & Bujang Seluruh Malaysia
Cara-Cara Register Online Perniagaan di SSM
Cara register SSM adalah melalui prosedur berikut:
Sila ikuti cara untuk mendaftar SSM secara online
- Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my
- Sila tekan butang SIGN UP untuk pengguna kali pertama.
- Pada ruangan ID TYPE, pilih NRIC iaitu kad pengenalan.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruang ID NO dan isikan nama penuh pada ruang NAME AS PER IC.
- Tekan butang REGISTER.
- Anda kini telah berdaftar sebagai pengguna EzBiz, tetapi belum lagi mendaftar perniagaan di SSM.
- Untuk meneruskan pendaftaran, anda perlu hadir di mana-mana kaunter SSM dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima di emel pengguna.
- Aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat (sekali seumur hidup).
- Setelah ID anda diaktifkan, sila login semula ke laman web tadi.
- Kemudian, untuk daftar SSM online, sila pilih MY BUSINESS SERVICE.
- Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION.
- Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
a) Nama perniagaan
b) Tarikh permulaan perniagaan
c) Alamat utama perniagaan
d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
13.Setelah selesai, buat pembayaran mengikut kaedah yang anda inginkan.
14.Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM.
15.Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dibuat.
Pendaftaran EzBiz Melalui Panggilan Video Dan Pembayaran Dikenakan
Pendaftaran dalam talian EzBiz melalui panggilan video juga disediakan oleh pihak SSM bagi membantu anda dan memudahkan pihak pengurusan untuk lebih jelas dan lebih kenal siapa yang ingin mendaftar SSM
Pengesahan pengguna perkhidmatan EzBiz Online boleh dilakukan melalui panggilan video mulai 4 Mac 2022 berdasarkan pihak pengurusan SSM maklumkan di portal Rasminya
Ini adalah kaedah tambahan untuk pengesahan pengguna perkhidmatan EzBiz Online untuk pendaftaran pengguna baharu.
Yuran Pendaftaran ezBiz SSMY dan yuran/yuran yang dikenakan untuk mendaftarkan syarikat dengan SSM adalah seperti berikut:
- Pemilikan tunggal dengan nama sendiri seperti dalam kad pengenalan – RM30.00
- Perniagaan milikan tunggal atau perkongsian menggunakan nama dagangan – RM60.00
- Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan
- Cetak maklumat perniagaan – RM10.00
Maklumat tambahan bagi anda yang bingung untuk menentukan atau memilih nama bagi syarikat perniagaan anda,kami sediakan panduannya dibawah:
Panduan memilih nama perniagaan dan pendaftaran boleh didaftarkan dengan nama anda sendiri atau nama ‘Tred’.Anda juga boleh menyemak balik sama ada nama perniagaan itu didaftarkan di portal SSM MyData atau tidak lagi.
- Nama sendiri dengan nama yang sama seperti dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh: Kamaru bin Hussin, Ah Mizan Amin, M.Najasamie
- Nama dagangan ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan mesti terlebih dahulu diluluskan oleh Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Contoh: Dobi Kita, Buffey Lucky Star, ABX Superior Enterprise.
- Untuk Ketahui lebih lanjut berkaitan nama perniagaan boleh tekan Di Sini
Sebarang kesulitan anda boleh rujuk terus pada pihak SSM dibawah
MENARA SSM@SENTRAL
No 7, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur.
Pusat Panggilan SSM
Tel: 03-7721 4000
Faks: 03-7721 4001
Emel : [email protected]
Semoga apa yang kami kongsikan ini memberi kemudahan kepada anda untuk memohon dan daftar SSM secara online.Cara-Cara Mudah Daftar SSM Secara Online (EzBiz)