
Kenapa baru sekarang saya jumpa petua cara hilangkan batuk bayi yang paling berkesan? bagi orang dewasa macam kita, kita boleh minum air masak banyak-banyak, rawatan untuk bayi pula, jika nak bagi produk, sangat bahaya! Sebab kebanyakkannya mengandungi kapus barus. Hal ini menyebabkan timbul kerisauan pada hati seorang ibu.
Untuk ibu-ibu jangan sedih dan susah hati, kali ini admin akan kongsikan cara hilangkan batuk bayi yang paling berkesan, cepat dan mujarab.
7 Cara Hilangkan Batuk Bayi yang Paling Berkesan!
Isi Kandungan
Terdapat cara mudah untuk bantu menghilangkan batuk untuk bayi anda. Berikut adalah cara hilangkan batuk bayi yang mudah serta menjimatkan kos anda:

1. Susu Badan Ibu
Susu badan merupakan cara hilangkan batuk bayi yang paling berkesan. Selain itu, bayi yang batuk berkahak memerlukan penjagaan yang ekstra kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesukaran bernafas. Selain daripada memberikan cecair yang mencukupi, susu ibu atau susu formula juga boleh membantu meredakan batuk berkahak pada bayi di bawah umur 6 bulan.
Anda perlu menyusu bayi sekerap yang mungkin kerana susu badan ibu mengandungi antibodi yang dapat membantu melindungi bayi daripada jangkitan dan susu ibu juga merupakan cara paling berkesan hilangkan batuk berkahak pada bayi. Oleh itu, kaedah ini dilakukan supaya lendir di saluran udara cepat dicairkan sehingga lebih mudah ditelan masuk ke perut atau dikeluarkan melalui mulut.

2. Mandian Lemon
Selain memberikan susu badan, mandian lemon juga merupakan cara paling berkesan hilangkan batuk berkahak pada bayi.
- Pertama, anda boleh mandikan anak anda dengan mandian lemon,
- Hiris lemon nipis-nipis, masukkan ke dalam mangkuk mandian yang berisi air suam,
- Kemudian perah sedikit didalam air untuk dapatkan jusnya. Oleh kerana bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus anak.

3. Minyak bawang putih
Minyak bawang putih dapat digunakan untuk meredakan batuk dan selsema pada bayi. Berikut adalah cara membuat minyak bawang putih:
- Ambil lima hingga enam ulas bawang putih dan jangan buang kulitnya,
- Kemudian bakar bawang putih di atas dapur gas sehingga ia bertukar kehitam-hitaman.
- Lenyekkan bawang putih yang sudah dibakar dan masukkan ke dalam bekas kosong,
- Tambahkan sedikit minyak (minyak zaitun, minyak masak, minyak kelapa atau minyak jenis lain).
- Sapukan dibahagian badan bayi terutamanya tapak kaki, belakang badan, dada dan leher, sapukan selepas mandi.
- Ulang sapuan selepas satu jam atau setengah jam.
Pastikan untuk permulaan guna dalam kuantiti yang sedikit dulu untuk melihat keserasiannya dengan bayi, Jika terdapat perubahan selepas penggunaan, teruskan sapuan dan ulangi sehingga sembuh dan membaik. Kaedah ini sememangnya telah diyakini bahawa ia merupakan cara hilangkan batuk bayi yang paling berkesan.

4. Minyak herba asmak
Minyak Herba Asma merupakan salah satu cara rawatan untuk batuk berkahak bayi yang berkesan dan efektif. Minyak herba Asma sangat selamat dan tidak panas serta sesuai untuk digunakan pada bayi seawal sehari sebagai minyak telon.
Selain itu, minyak Herba Asma lebih mudah disapu pada kulit dan tidak melekit serta cepat meresap ke kulit berbanding krim dan ia mengandungi habbatussauda dan minyak kelapa dara yang memberikan kesan yang lebih baik dalam memberikan kelegaan kepada bayi dan minyak herba asmak juga diyakini oleh orang ramai bahawa ia adalah cara hilangkan batuk bayi yang paling mudah dan cepat.

5. Tepuk percussion
Seterusnya, cara hilangkan batuk bayi adalah tepuk percussion yang berfungsi untuk melonggarkan kahak, melegakan pernafasan serta tidak menyakitkan.Berikut adalah caranya:
Langkah 1: Bedung bayi dan tepuk dada kiri atau kanan dengan tangan membentuk cup. Lakukan dalam 2-3 minit.
Langkah 2: Tepuk belakang dada kiri atau kanan, lakukan dalam 2 hingga 3 minit.
Langkah 3: Mengiringkan bayi dan buat tepukan percussion di dada kiri dan kanan.

6. Tidurkan bayi dengan meninggikan bahagian kepala
Tidur bayi akan terganggu apabila diserang batuk dan selsema dan cara hilangkan batuk bayi adalah tidurkan bayi dengan meninggikan bahagian kepala, ibu boleh tinggikan kepala bayi dari kebiasaan semasa tidur untuk membantu bayi bawah 2 tahun bernafas lebih baik dan sempurna.

7. Terapi stim
Umum ketahui menggunakan wap daripada bawang putih adalah cara hilangkan batuk bayi yang paling mudah, sangat berkesan!
- Sediakan air 200 ml sehingga 300 ml
- Kemudian lenyekkan bawang putih dan masukkan bawang putih yang telah dilenyek itu ke dalam air yang mulai mendidih.
- Biarkan sampai benar-benar mendidih, lalu tuangkan ke dalam bekas yang tahan panas,
- Pertama, bedung si kecil agar tangan tidak mengganggu ketika di wap, kemudian halakan muka bayi ke permukaan wap pada jarak 30cm atau 40cm,
- Lakukan selama 5 -10 minit, sekiranya si kecil menangis. Biarkan sahaja kerana ia membantu kahaknya keluar.
Pastikan anda sentiasa memantau anak anda dan menggunakan teknik yang sesuai dengan keadaan kesihatannya, jika masalah terus berlanjutan atau berulang. Segeralah berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut.