Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Kewangan Khas RM350 Agihan Bulan Januari 2023

Bantuan Kewangan Khas RM350 Agihan Bulan Januari 2023

Bantuan Kewangan Khas RM350 Agihan Bulan Januari 2023.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh,Alhamdulillah hari ini Allah subhanahu wa ta’ala masih lagi memberikan kesempatan untuk bernafas dan bagi lagi nikmat untuk membaca artikel ini. Ini admin ingin berkongsi satu info bantuan daripada kerajaan, bantuan ini yang berjumlah 350 kepada kategori-kategori yang kita akan sebut di bawah.

Sebagaimana kita ketahui,Kerajaan Malaysia telah bertungkus lumus serta telah berusaha segala kudrat dan sedaya upaya bagi membantu mereka yang memerlukan lagi-lagi rakyat yang ada masalah beban kewangan B40 dan miskin tegar, dengan pelbagai inisiatif jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan pada tahun 2023 ini sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Kerajaan juga telah menyediakan dengan kepelbagaian bantuan yang berdasarkan keadaan semasa serta ia mengikut situasi rakyat Malaysia dari segi ekonomi, pekerjaan, kewangan dan lain-lain perkara yang menjadikan kategori bantuan tersebut layak diterima untuk rakyat. Dan yang terkini untuk bulan Januari tahun 2023, antara bantuan yang sudah pun mula dijalankan adalah Bantuan Musim Tengkujuh 2023(BMT), Bantuan Awal Persekolahan(BAP) dan juga Sumbangan Tunai Rahmah(STR) juga sudah dibahagikan secara berkala sekarang.

Berikut ialah butiran bantuan.

Bantuan Kewangan Khas RM350 Agihan Bulan Januari 2023

Bantuan Khas Kewangan (BKK) membabitkan peruntukan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350..akan dibayar dalam tiga fasa bermula bulan ini hingga Mac depan.

  • Tarikh Yang Diberikan Untuk Menerima Bantuan
  • Jumlah Wang Bantuan BKK yang diterima
  • Apakah Syarat Kelayakan Untuk Terima Bantuan
  • Semakan Kelulusan BKK
  • Maklumat Lanjut BKK

Makluman, segala info dan maklumat yang telah disampaikan ia berdasarkan sumber rujukan rasmi dari kerajaan sendiri. Sekiranya terdapat sebarang perubahan ataupun kesilapan ianya adalah diluar kawalan dan akan di segera memperbaikinya.

Kepada pembaca yang ingin mengetahui berkaitan dengan info info kerjaya atau bantuan daripada kerajaan atau maklumat rasmi daripada kerajaan Malaysia Anda boleh ikuti telegram kami di bawah:

telegram us

Bantuan Kewangan Khas Bulan Januari Tahun 2023

Tarikh Yang Diberikan Untuk Menerima Bantuan

Untuk makluman semua, Bantuan Kewangan Khas (BKK) adalah ia membabitkan peruntukan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350 di seluruh negara, akan dibayar dalam tiga fasa bermula bulan ini hingga Mac depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350.

Katanya, Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” katanya pada pembentangan Bajet Mini di sini, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2023.

Akta berkenaan akan membenarkan perbelanjaaan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023 antaranya termasuk bagi tujuan pembayaran emolumen penjawat awam.

Jumlah Wang Bantuan BKK Yang Diterima

  1. RM700 bagi penjawat awam gred 56 ke bawah
  2. RM350 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen

Syarat Kelayakan Bantuan

bantuan khas kewangan 17 januari 2023 3
Surat Edaran : JPA

Berikut dikongsikan syarat kelayakan BKK:

  • Warganegara Malaysia
  • Bagi pesara kerajaan yang menerima pencen termasuk penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen KWSP yang bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan pada atau sebelum 17 Januari 2020 3 akan dibayar sebanyak RM350 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) manakala veteran berpencen dan tidak berpencen oleh Kabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV)
  • Pesara rujuk pada 3 point 3 dan faktor lain yang dilantik semula secara lantikan tetap sementara serta kos dan masih berkhidmat pada 17 januari 2023 layak dibayar sebanyak RM700 walaubagaimanapun pembayaran sebanyak RM350 akan dibuat oleh JPS atau JHEV dan bakinya sebanyak RM350 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.
  • Penerima Pencen Terbitan
  • Pesara Perkhidmatan Awam Skim KWSP(pesara apabila mencapai option umur persaraan)
  • Veteran berpencen dan Tidak Berpencen

Semakan Kelulusan BMT

Pembayaran akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank yang masih aktif yang telah didaftarkan oleh penerima semasa permohonan dibuat.

Semakan kelulusan boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem BKK

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan persoalan mengenai BKK, anda boleh menghubungi:

Jabatan Perkhidmatan Awam

[email protected]

Jabatan Hal Ehwal Veteran(JHEV) ATM

03-20508131

[email protected]

Baca juga:

Senarai Penerima Bantuan BMT RM800 Januari 2023

Bantuan e-Wallet Bingkas RM300 Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan Kewangan Khas Adalah Bantuan Untuk Rakyat 

Soalan Lazim yang akan selalu ditanya,disini admin kongsikan soalan tersebut dibawah.

Bagi PESARA KERAJAAN
  •  Siapakah pesara yang layak dibayar BKK Tahun 2023?

Pesara Kerajaan yang menerima pencen dibawah undang-undang pencen/PeraturanPeraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982 yang bersara pada atau sebelum 17 Januari 2023 bagi semua gred di dalam:

  1. Perkhidmatan Awam Persekutuan(termasuk Polis Diraja Malaysia) dan
  2. Negeri Perkhidmatan Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan
  3. Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia; dan
  4. Pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara mengikut opsyen umur persaraan sahaja (55 tahun, 56 tahun,58 tahun atau 60 tahun).
  • Siapakah penerima pencen yang layak dibayar BKK Tahun 2023?

Penerima pencen yang layak adalah penerima pencen perkhidmatan, pencen hilang upaya, pencen terbitan dan pencen tanggungan, pencen orang tanggungan, elaun tanggungan, elaun bersara dan elaun bersara terbitan sehingga 17 Januari 2023.

  •  Adakah penerima pencen terbitan layak dibayar BKK Tahun 2023?

Penerima pencen terbitan layak dibayar BKK Tahun 2023.

  • Adakah penerima pencen terbitan yang lebih daripada seorang turut layak dibayar BKK Tahun 2023?

Layak dan akan dibayar berasaskan pembahagian sama rata mengikut akaun penerima pencen.

  •  Adakah pegawai yang bersara selepas 17 Januari 2023 layak menerima BKK Tahun 2023?

Layak dibayar dengan kadar Penjawat Awam sebanyak RM700.00.

  •  Adakah pesara/penerima pencen yang tidak bermastautin di Malaysia layak menerima BKK Tahun 2023?

Pesara/penerima pencen yang tidak bermastautin di Malaysia layak menerima BKK Tahun 2023.

  • Siapakah pesara/penerima pencen terbitan yang tidak layak menerima BKK Tahun 2023?

Pesara/penerima pencen terbitan yang tidak layak adalah:

  1.  Perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen atau Anggota Pentadbiran;
  2. Perkhidmatan sebagai Setiausaha Politik;
  3. Perkhidmatan sebagai Hakim;
  4. Penerima pencen Skim Pencen Balu dan Anak Yatim (Semenanjung, Sabah danSarawak);
  5. Penerima bayaran Ex-Gratia Bencana Kerja di bawah 1PP:WP6.3 – Pengurusan Wang Awam; Penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen/Peraturan Peraturan Angkatan Tetap (Pencen,Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982 kerana kematian pegawai dalam perkhidmatan selepas 17 Januari 2023;dan
  6. Pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan(BBDS).
  • Adakah pesara yang bersara atas dasar penswastaan atau pengkorporatan layak dibayar BKKTahun 2023?

Layak sekiranya mereka adalah penerima pencen.

  •  Adakah pesara (merujuk kepada soalan no. 26) yang meninggal dunia sebelum 17 Januari 2023 layak diberi BKK Tahun 2023?

Layak dan dibayar kepada penerima pencen terbitan.

  •  Adakah pesara (merujuk kepada soalan no. 26) atau penerima pencen terbitan yang meninggal dunia pada17 Januari 2023 layak diberi BKK Tahun 2023?

Pesara atau penerima pencen terbitan yang meninggal dunia pada 17 Januari 2023 layak diberi BKK Tahun 2023 sebanyak RM350.00.

  •  Adakah pesara/veteran berpencen dan tidak berpencen yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 17 Januari 2023 layak dibayar Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023?

Pesara yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 17 Januari 2023 layak dibayar BKK Tahun 2023 sebanyak RM700.00. Walau bagaimanapun,pembayaran sebanyak RM350.00 akandibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA)/Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV)dan bakinya RM350.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.

  •  Sekiranya pesara mempunyai rekod di JPA dan JHEV, jabatan manakah yang akan membuat bayaran BKK Tahun 2023 kepada pesara tersebut?

BKK Tahun 2023 akan dibayar oleh JPA sebanyak RM350.00.

Moga-Moga Allah Sentiasa Merahmati Kita

Semoga dengan perkongsian maklumat dan info mengenai Bantuan Kewangan Khas RM350 Agihan Bulan Januari 2023 ini sedikit sebanyak ia dapat membantu anda dan mereka-mereka yang lain yang memerlukan bantuan ini kerana ia adalah bantuan yang sangat menjadi keutamaan terutama golongan yang tidak berkemampuan. Semoga anda dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. Jangan lupa kongsikan info ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Semoga ada pahala buat kita semua di atas perkongsian ini.

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati