Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Tahun 2021

Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Tahun 2021
Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Tahun 2021

Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 ini merupakan program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar sahaja yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.

Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini merupakan program baharu hasil daripada kesinambungan program yang sama pada sebelum ini. Program ini diperkenalkan bagi menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang telah dilaksanakan suatu ketika dahulu pada tahun 2008 sehingga 2018.

Menerusi pembaharuan yang dilakukan dalam program ini, rebat bil elektrik RM20 yang dibuka kepada semua pengguna domestik telah dihadkan kepada kumpulan sasar berstatus miskin tegar dengan nilai rebat bil elektrik yang lebih tinggi sehingga RM40 sebulan. Penerima yang layak adalah Ketua Isi Rumah yang tersenarai dan disahkan di bawah kategori miskin tegar dalam Sistem eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Sehubungan itu, bagi makluman semua, mulai 2 Januari 2021 sistem eKasih telah menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang telah diumumkan oleh kerajaan pada Julai 2020 dalam membuat kemas kini penentuan status kemiskinan terkini.

Oleh hal yang demikian, Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini hanya layak kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan bulanan di bawah pendapatan purata nasional RM1,169. KIR yang tergolong dalam kategori miskin bagi tahun 2020 (berdasarkan PGK 2016) akan diklasifikasikan secara automatik sebagai miskin tegar bagi tahun 2021 berdasarkan PGK 2019.

ec2b56d9 fca7 4b18 b4e4 cede158e6b1c 8

Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Tahun 2021

Syarat-syarat Rebat Bil Elektrik RM40

Berikut merupakan syarat-syarat yang ditetapkan bagi pemberian rebat elektrik ini, antaranya ialah:

  1. Pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam sistem eKasih.
  2. Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember 2021
  3. Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut.
  4. Hanya satu akaun bil elektrik sahaja yang layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih.
  5. Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja.
  6. Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar).
  7. Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2019
  8. Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemaskini nombor akaun dan;
  9. Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.

Semakan Kelayakan Rebat Elektrik

c8d089b9 533d 479f ac63 be83a9008605 2

Bagi mana-mana individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas, anda boleh melakukan semakan dengan mengisi 12 digit nombor Kad Pengenalan menerusi pautan di bawah. Hanya pengguna di bawah kategori miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih akan menerima bantuan di bawah Program Rebat Bil Elektrik RM40.

Sekiranya belum berdaftar dalam sistem eKasih, individu/orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui telefon, surat atau e-mel rasmi, atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

Mekanisme Pembayaran Rebat Elektrik

  • Rebat sehingga RM40 akan diterima oleh KIR sepanjang 2021 dan akan ditolak terus dalam bil selepas mengambil kira semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar).

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ingin membuat sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini, boleh dilakukan menerusi saluran berikut:

  • MyGCC : 03-8000 8000
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB) : 1-300-88-5454
  • Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) : 088-515000 15454
  • Sarawak Energy Berhad (SEB) : 1-300-88-3111

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian 30 Skim Bantuan Zakat Ditawarkan MAIWP ataupun Panduan Lengkap Tuntutan Covid-19 mySalam.

Secara keseluruhannya, semoga perkongsian artikel Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Tahun 2021 ini dapat memberi pendedahan kepada semua golongan masyarakat yang terlibat untuk turut serta dalam program ini. Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat ini kepada ahli keluarga, kenalan ramai, atau sesiapa sahaja yang layak.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati