Bantuan Cakna Suri 2023 :RM200 One-off Untuk Surirumah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Alhamdulillah syukur hari ini admin dapat lagi untuk berkongsi kepada semua pembaca sistem guru online, hari ini ingin berkongsi satu Skim bantuan kepada semua pembaca itu skim untuk ibu suri rumah
Sukacita dimaklumkan permohonan bantuan one off kepada surirumah telah dibuka untuk surirumah sepenuh masa lagi-lagi yang mana isi rumah suami sangat rendah akan lebih diutamakan!
Skim ini sebagai tanda penghargaan buat suri rumah dengan memberikan sumbangan kepada suri rumah secara one-off RM200.
Berikut dikongsikan lebih lanjut berkenaan skim ini untuk makluman semua yang ingin memohon. ayat
Bantuan Cakna Suri 2023 :RM200 One-off Untuk Surirumah
Isi Kandungan
Apakah Skim Cakna Suri 2023?
Pihak kerajaan negeri Kelantan selalu mengambil cakna akan kebajikan Rakyat lagi-lagi kepada keluarga yang berpendapatan rendah disamping juga dengan isteri yang tidak berkerja jadi pihak kerajaan negeri telah menyediakan satu skim untuk surirumah secara penuh masa untuk membantu mengurangkan beban kewangan keluarga.
Kerajaan negeri juga nenyedari bahawa suri rumah merupakan satu profesion yang sangat penting,perlu dihormati, disanjung tinggi dalam aspek pembentukan sahsiah dan akhlak keluarga yang Mawaddah lalu selari dengan Dasar Keluarga Mawaddah, maka pelbagai program termasuk Skim Cakna Suri ini diperkenalkan.
Pendaftaran Skim Suri Cakna Siri 1 bermula pada tahun 2020 oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan ia merupakan satu skim istimewa sempena Sambutan 3 Dekad Membangun Bersama Islam.
Pada awalnya, skim ini khusus diwujudkan untuk menghargai jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh suri rumah bersempena dengan Sambutan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan 2020, dan ia masih diteruskan bagi tahun 2023.
Syarat Kelayakan
Umum bahawasanya bantuan ini adalah merupakan satu alternatif kerajaan negeri kepada rakyat Kelantan untuk membantu suri rumah untuk ada duit poket
Pendaftaran Suri Cakna Siri 1 2020 merupakan satu skim istimewa sempena Sambutan 3 Dekad Membangun Bersama Islam.Ia khusus diwujudkan untuk menghargai jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh suri rumah bersempena dengan Sambutan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan 2020. Sumbangan ini terhad untuk 150 orang suri di setiap DUN.
Menyedari bahawa suri rumah merupakan satu profesion yang sangat penting dan perlu dihormati dalam membentuk keluarga Mawaddah yang selari dengan Dasar Keluarga Mawaddah, maka pelbagai program cakna Suri termasuk Suri Cakna ini diperkenalkan.
Baca juga:
Bantuan Barangan Dapur RM300 Sebulan
Program lnsentif Belia Ternak JPVNJ 2023
Syarat Kelayakan
Diminta kepada sesiapa yang ingin berminat untuk memohon bantuan skim ini anda boleh ikuti dahulu syarat kelayakan yang diinginkan oleh kerajaan negeri Kelantan.
Antara syarat kelayakan menerima bantuan skim ini adalah :
- Suri rumah sepenuh masa
- Berumur 54 tahun dan ke bawah
- Mempunyai 2 orang anak atau lebih di bawah tanggungan
- Rakyat Negeri Kelantan
- Pendapatan Isi Rumah sebanyak RM2,000 dan ke bawah
- Bukan penerima Skim Cakna Suri 2022
Maklumat Penting:
- Kepada pemohon yang memohon bantuan ini diminta untuk sentiasa mengambil perhatian akan respon daripada kerajaan adakah anda layak atau tidak
- Anda juga dikehendaki menyemak terlebih dahulu syarat kelayakan anda supaya permohonan anda diterima dengan mudah dan jayanya
- Jikalau syarat kelayakan anda tidak lengkap maka permohonan anda akan ditolak dan tidak diterima dengan itu hati kan dah betul-betul terlebih dahulu sebelum anda memohon bantuan suri rumah.
Cara Permohonan
Borang permohonan boleh dimuat turun pada link berikut :
Anda juga boleh memuat turun melalui imej JPEG di bawah
Borang hendaklah DISERAHKAN ATAU POS sebelum atau pada 31 Januari 2023 (Selasa) kepada:
Pusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan (Mawaddah Centre),
Stesen Bas Kota Bharu, Lot 259, Seksyen 11, Jalan Pendek,
15000 Kota Bharu, Kelantan
No Telefon Mawaddah Centre : 09-743 0497
Tarikh Permohonan Skim Cakna Suri 2023
Tarikh untuk isi borang dan penghantaran bermula 23 Januari 2023 (Isnin) dan tamat pada 31 Januari 2023 (Selasa)
Sesiapa yang ada masalah dengan permohonan dan cara minta anda boleh rujuk untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Unit Pembangunan Keluarga di saluran berikut:
Facebook : Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita
Telefon : 013-983 6915 / 013-983 5912 / 09-747 6568 / 09-747 6569
Laman web:
Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan
Aras 2, Blok 2, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel : 013-983 6915 / 013-983 5912 / 09-747 6568 / 09-747 6569
Bantuan Suri Rumah Yang Bernilai RM200
Diharapkan juga dengan inisiatif kerajaan 2023 Bantuan Cakna Suri 2023 :RM200 One-off Untuk Surirumah Diteruskan ini bakal menjadi medium yang penting untuk membantu negara didalam menghadapi situasi pemulihan ekonomi negara. Selepas ini harapnya ekonomi Malaysia bakal dirancakkan dengan lagi dengan pelbagai transaksi transaksi didalam mahupun dari negara.
Kesimpulannya, bantuan skim suri rumah ini bakal dimanfaatkan sebaiknya oleh suri rumah yang sepenuh masa dan mereka akan menerima sebanyak RM 200 gadis suri rumah. Manakala pembayaran akan dibuat pada tarikh permohonan anda memohon Itu selepas 31 Januari.
Maklumat Tambahan:
pendapatan anda. Jadi, anda hanya terhad dengan jumlah ini dan tak mungkin belanja lebih.
4. Bayar Kad Kredit Sebelum Deadline
Walaupun anda mungkin ada bajet, anda masih boleh terjebak dalam overspending oleh sebab kad kredit. Anda ingat kad kredit adalah satu cara untuk “bayar nanti” atau “bila gaji seterusnya masuk”. Tapi mindset ini sangat bahaya.
Kad kredit adalah satu kemudahan untuk anda lakukan sebarang transaksi dengan lebih selamat berbanding kad debit. Anda juga boleh bina skor kredit untuk pinjaman masa depan jika perlu. Kad kredit BUKAN untuk anda berbelanja dengan sewenang-wenangnya.
Satu tips untuk mengelakkan overspending dengan kad kredit adalah pastikan anda terterakan setiap transaksi kad kredit dalam bajet anda. Ini supaya anda boleh lihat berapa anda telah belanja dan berapa wang yang tinggal untuk bulan tersebut.
5. Bayar Balik Hutang Lain
Seperti kad kredit, hutang lain yang anda ada juga akan dikenakan kadar faedah. Ini bermakna anda perlu bayar lebih daripada nilai asal.
Lagi lama anda selesaikan hutang, lagi tinggi kadar faedah dan lagi banyak anda perlu keluarkan wang.
Jadi, jika nak jimat perbelanjaan, anda perlu selesaikan hutang secepat mungkin.
Kalau ikut bajet, anda sepatutnya sisakan pendapatan untuk bayar hutang. Pembayaran hutang boleh termasuk dalam kategori keperluan mahupun simpanan. Yang penting anda asingkan dana hutang terlebih dahulu sebelum melakukan perbelanjaan untuk barang keinginan anda.
Kami faham, anda mungkin jauh ke dalam genggaman hutang. Rasa macam susah nak bayar balik setiap bulan ataupun tarikh akhir pembayaran begitu lama untuk tercapai. Ataupun anda tiba-tiba mengalami kesusahan yang memaksa anda untuk berhutang.
Rasa macam tak mungkin boleh jimat perbelanjaan untuk percutian ataupun untuk mencapai kebebasan kewangan.