Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Barangan Dapur RM300 Sebulan

Bantuan Barangan Dapur RM300 Sebulan
Bantuan Barangan Dapur RM300 Sebulan

Bantuan Barangan Dapur RM300 Sebulan. Untuk meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan, kerajaan dengan tekadnya memperkenalkan pelbagai skim bantuan untuk mereka yang memerlukan. Begitu juga dengan bantuan barangan dapur sebanyak RM300 ini.

Bantuan barangan dapur sebanyak RM300 yang bakal diberikan setiap bulan kepada keluarga yang layak. Untuk sedia maklum, program bantuan kehidupan sejahtera selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS adalah merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri.

Program Bantuan Barangan Dapur RM300 Sebulan

ikan bakar 1

Program bantuan barang dapur ini adalah inisiatif yang telah disediakan pada tahun sebelum ini. Pada sidang belanjawan negeri, Menteri Besar Selangor iaitu Y.A.B Dato’ Seri Amirudin2 Bin Shaari telah mengumumkan. Bahawa bantuan BINGKAS ini akan diteruskan pada tahun 2023.

Perkara ini adalah salah satu bukti keprihatinan kerajaan negeri. Hal ini bagi membantu mereka yang memerlukan dan bantuan barang dapur ini masih relevan bagi membantu rakyat.

Matlamat utama bantuan khas ini masih dilanjutkan adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang sentiasa menjaga hal elwal tanggungan keluarga bagi mendidik dan membesarkan anak.

Dalam ketika ekonomi negara yang kurang stabil dan pasca pendemik yang masih tidak pulih sepenuhnya ini, bantuan khas ini amat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Perlaksanaan program BINGKAS barang dapur ini bagi meluaskan capaian dan menambahbaik program seperti kasih ibu smart Selangor (KISS) dan program bantuan (KISS IT) untuk golongan ibu tunggal. Perkara ini bagi memberi manfaat kepada mereka yang berkeluarga.

Berapa Bantuan Barangan Dapur RM300 Sebulan ?

air asam
Bantuan Barangan Dapur RM300 Sebulan 4

Kadar bantuan akan diagihkan kepada hampir 30,000 keluarga yang layak dengan kadar jumlah bantuan adalah sebanyak RM300 sebulan dan automatif amaun dimasukan setiap bulan. Bantuan ini boleh digunakan dengan cara pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan di pasaraya berdaftar.

Apakah Syarat Kelayakan Bantuan Barangan Dapur RM300 Sebulan?

Kepada mereka yang hendak membuat permohonan bantuan barangan dapur RM300 Sebulan BINGKAS ini, sila semak syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pemohon merupakan Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan isi rumah dibawah RM3,000
  • Mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun dan kebawah
  • Lahir di negeri Selangor atau sudah menetap melebihi 10 tahun di negeri Selangor
  • Pemilih berdaftar di Selangor.

Bagaimana Cara Mohon Bantuan Barangan Dapur RM300 Sebulan?

Untuk permohonan bantuan khas ini, sila klik butang “Mohon disini” – kemudian anda perlu isi masukkan maklumat peribadi yang diperlukan. Sediakan dokumen penting dan hantar permohonan secara online.

MOHON DISINI

Baca juga:

Apakah itu BINGKAS?

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau lebih dikenali sebagai BINGKAS adalah merupakan bantuan kewangan yang memfokuskan kepada penduduk Negeri Selangor. Sewaktu dalam Belanjawan yang telah dibentangkan pada 26 November 2021, Kerajaan Negeri Selangor telahpun mempublikasikan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS.

Apakah Tujuan Wujudnya BINGKAS?

Tujuan wujudnya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun BINGKAS adalah berusaha untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan bagi penduduk-penduduk berkeluarga yang menetap di Selangor dan menguatkan lagi kecekalan keluarga agar dapat mengurangkan lagi pendedahan terhadap cabaran ekonomi di masa kini, apalagi sewaktu pasca pandemik COVID-19, BINGKAS bakal menyampaikan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk di Negeri Selangor.

Sewaktu pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2023, kata Dato’ Seri Amirudin bin Shari(Dato’ Menteri Besar Selangor) “Program BINGKAS akan diteruskan pada tahun 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM 108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak…”.

Oleh demikian itu, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor(BINGKAS) akan berusaha sebaik mungkin dalam meringankan beban kewangan rakyat dan akan menolong ketua-ketua keluarga dalam membeli barangan keperluan asas termasuklah alatan pendidikan untuk pelajar supaya nilai kualiti hidup rakyat negeri Selangor terus aman damai dan makmur.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati