Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Program lnsentif Belia Ternak JPVNJ 2023

Program lnsentif Belia Ternak JPVNJ 2023
Program lnsentif Belia Ternak

Program lnsentif Belia Ternak JPVNJ 2023. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Hari ini admin ingin berkongsi berkaitan dengan satu program yang telah diwujudkan oleh Jabatan veterinar negara Negeri Johor berkaitan dengan bantuan belia ternak.

Khabar gembira bagi rakyat Malaysia bahawasanya dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor (JPVNJ) telah membuka seluas-luasnya permohonan bagi program Bantuan Transformasi Belia Ternak untuk tahun 2023.

Pemohon yang mencukupi syarat-syarat yang telah ditetapkan anda dialu-alukan untuk membuat permohonan sesegera mungkin.

Jom hayati perkongsian program insentif belia dan juga untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan ini boleh rujuk di bawah.

 Belia Ternak JPVNJ 2023

Untuk makluman semua, atas dasar kecaknaan pihak kerajaan kepada golongan memerlukan terutama belia yang ingin menternak. Program bantuan khas ini bakal dilanjutkan pada tahun 2023 untuk rakyat Malaysia B40.

  • Apakah Tujuan Bantuan Belia Ternak
  • Apakah Syarat Kelayakan Bantuan Belia Ternak
  • Cara Mohon Bantuan Belia Ternak

Untuk makluman semua, segala perkongsian maklumat dan info yang diberikan ia adalah berdasarkan dari sumber rasmi laman web kerajaan sendiri.

Jika sekiranya terdapat sebarang perubahan ataupun kesilapan maklumat yang telah disediakan ia adalah diluar kawalan dan akan segera diperbaiki.

Tujuan Program lnsentif Belia Ternak 

Apakah Tujuan Bantuan Belia Ternak?

Program Bantuan Belia Ternak merupakan salah satu inisiatif buget dibawah Kerajaan Negeri Johor yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor dibawah Program RJ5T yang bertujuan untuk menggalakkan dan membantu belia dan beliawanis dalam memperkembangkan serta memantapkan aktiviti ternakan atau pun berasaskan sumber daripada ternakan terutama pada mereka yang telah sedia ada menjalankan aktiviti tersebut. Bantuan ini meliputi pembangunan industri ternakan ruminan dan bukan ruminan, ternakan ternusu dan produk berasaskan tenusu, produk-produk industri hiliran yang mendatangkan nilai tambah dan pelbagai lagi jenis bantuan. Antara imput bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk peralatan bagi tujuan pemprosesan dan membantu aktiviti ternakan, kajian nutrisi makanan, bahan binaan, bekalan ternakan, dan lain-lain bantuan yang diberikan.

Kepada yang berminat untuk mengikuti maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan jawatan kosong terbaru info-info bantuan daripada kerajaan atau info semasa anda boleh ikuti telegram maklumat terpantas di bawah:

telegram us

IMG 20230125 101255 272Syarat-Syarat Permohonan Bantuan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Individu berumur antara 18 hingga 40 tahun.
  • Boleh membaca, mengira dan menulis.
  • Mempunyai pendaftaran ID premis.
  • Mengikuti program latihan yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan agensi lain yang diiktiraf.
  • Keutamaan diberikan kepada belia yang telah menjalankan projek atau projek yang telah diusahakan oleh keluarga (ibu/bapa)
  • Permohonan daripada lepasan pelajar IPTA /IPTS perlu mengemukakan salinan pencapaian akademik.
  • Permohonan daripada kakitangan awam perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan daripada Ketua Jabatan. Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak dibenarkan untuk memohon.
  • Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima.
  • Projek sedia ada melbihi tempoh setahun beroperasi dan berdaya maju untuk diperluas kapasiti.
  • Hantar borang permohonan lengkap sebelum atau pada 2 Februari 2023

Cara Mohon

Borang permohonan boleh didapati di pautan berikut :

Download Borang Permohonan

Baca juga:

Bantuan Kredit Ewallet RM100 & RM200 Januari 2023 Diteruskan

Bantuan Kasih Suri Sebanyak RM480 ​​Setahun

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon juga dikehendaki untuk sertakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Bil Air atau Elektrik terkini
  • Salinan penyata gaji (jika ada), Pengesahan Pendapatan Penghulu atau Ketua Kampung
  • Salinan Sijil Pendaftaran SSM (jika ada)
  • Salinan kebenaran bagi status penggunaan tanah atau premis
  • Salinan sijil menghadiri kursus ternakan / penghasilan produk
  • Borang permohonan jenis bantuan yang diperlukan
  • Gambar projek ternakan / perusahaan perniagaan

Borang yang telah lengkap diisi serta dokumen sokongan perlulah dihantarkan ke mana-mana Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah terdekat untuk diproses.

Maklumat Penting:

Untuk keterangan lanjut mengenai Program Transformasi Belia Ternak, sila hubungi Pejabat Veterinar Daerah berdekatan :

Pejabat Veterinar Daerah Nombor Telefon

Johor Bahru 07-2443842

Kota Tinggi 07-8831514

Pontian 07-6871452

Kluang 07-7721080

Mersing 07-7991482

Batu Pahat 07-4342287

Muar 06-9521058

Segamat 07-9312131

Kulai 07-6631388

Tangkak 06-9781330

Bantuan Belia Ternak Untuk Belia

Diharapkan juga dengan Program lnsentif Belia Ternak JPVNJ 2023 Diteruskan ini bakal menjadi medium yang penting untuk membantu negara didalam menghadapi situasi pemulihan ekonomi negara. Selepas ini harapnya ekonomi Malaysia bakal dirancakkan dengan lagi dengan pelbagai transaksi transaksi didalam mahupun dari negara.

Kesimpulannya, bantuan insentif belia ternak ini bakal dimanfaatkan oleh belia b40 dan m40 yang akan memerima sebanyak yang telah ditetapkan oleh kerajaan sekarang bagi tujuan membantu belia-belia yang ingin membuat ternakan sendiri. Manakala permohonan ini akan di tapis oleh pihak majikan dan anda seharusnya dan dikehendaki meneliti sebaik mungkin syarat kelayakan dan rekod dokumen yang penting supaya permohonan anda diterima dengan jayanya oleh pihak majikan.

Info Tambahan

Sejarah

Asal-usul penubuhan JPV bermula dengan penubuhan Jabatan Veterinar seawal 1888, di Pulau Pinang dengan penempatan Doktor Veterinar bertauliah di Jabatan Perubatan. Tugas utama Doktor ketika itu ialah memeriksa ternakan yang diimport dari luar negara terutamanya Siam dan Kedah. Bagi melindungi Pulau Pinang daripada penyakit bawaan haiwan yang diimport ketika itu, sebuah pusat kuarantin telah dibina pada 1896 dan pusat ini merupakan pusat kuarantin yang pertama di Malaysia.

Perkhidmatan Veterinar mula berkembang di negeri-negeri lain dengan penubuhan Cawangan Veterinar di Jabatan Perubatan dengan penempatan Doktor Veterinar dan Pemeriksa Veterinar. Semua Perkhidmatan Veterinar berada di bawah bidang kuasa Ketua Pegawai Perubatan yang berpusat di Singapura sehingga 1930.

Tugas utama pegawai yang dilantik ketika itu ialah mengawal wabak penyakit haiwan. Sebuah unit telah ditubuhkan di Jabatan Polis di bawah kawalan ketua polis negeri, yang juga ditugaskan untuk memusnahkan anjing-anjing liar dalam usaha menghapuskan penyakit anjing gila dan menjadi saksi untuk melaporkan sebarang kejadian penyakit haiwan. Walaubagaimanapun, unit ini kemudiannya dimasuhkan dan digantikan dengan atendan haiwan.

Pada tahun 1930, Perkhidmatan Veterinar telah dipisahkan dari Jabatan Perubatan. Pemisahan ini merupakan asas kepada penubuhan Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kemudiaan Jabatan Perkhidmatn Haiwan juga ditubuhkan di Majlis Kerajaan Tempatan seperti di Pulau Pinang dan Melaka. Pada tahun 1934, ibu pejabat jabatan Perkhidmatan Haiwan telah dipindahkan dari Singapura ke Kuala Lumpur dan seterusnya pembentukan sebagai Jabatan berasingan di bawah kelolaan Pengarah Penyelidikan Veterinar dan Penasihat Veterinar, sehingga Perang Dunia II. Semasa zaman pemerintahan British, Jabatan Perkhidmatan Haiwan disusun semula dan menjadi asas organisasi sehingga kini.

Pada 16 November 1957, Allahyarham Johari Daud telah dilantik menjadi anak watan pertama menerajui Jabatan selepas kemerdekaan negara. Peranan serta fungsi jabatan telah diperluaskan demi memenuhi aspirasi rakyat dalam sebuah negara merdeka sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Pada 24 Mei 2008, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dinamakan semula sebagai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dengan perasmiannya disempurnakan YB Dato’ Mustapa Mohamed, mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati