Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Login MyKKP : Daftar, Semakan OYK dan FYK Serta Panduan Guna Sistem Jabatan Kesihatan Pekerja Malaysia (JKKP)

Login MyKKP Daftar, Semakan OYK dan FYK Serta Panduan Guna Sistem Jabatan Kesihatan Pekerja Malaysia (JKKP)

Sebarang urusan yang melibatkan pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) adalah kerajaan salurkan melalui sistem MyKKP. Portal MyKKP ini adalah salah satu inisiatif untuk memberi kemudahan sistem maklumat kepada para pekerja serta pihak yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan seluruh malaysia.

Sistem ini menawarkan login melalui ID yang telah diberikan secara khusus untuk mereka yang terlibat sahaja. Untuk penggunaan MyKKP ini adalah diterangkan lebih lanjut serta cara daftar dan lain-lain yang boleh anda rujuk di bawah.

Sistem MyKKP Kemudahan Pengurusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP)

Apakah Itu MyKKP?

Screenshot 2023 12 07 213724

Melalui pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(JKKP) atau Dipartment Of Occupational Safety And Health (DOSH) telah memperkenalkan portal MyKKP untuk memberi kemudahan bagi individu Orang Yang Kompetan(OYK) bagi mendaftar di bawah pihak JKKP. Untuk dapatkan kelayakan menjadi OYK itu mestilah menamatkan latihan tertentu dan hendaklah melepasi ujian yang telah ditetapkan oleh JKKP.

Selepas selesai sahaja kesemua ujian individu yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak JKKP. Individu tersebut boleh mendaftarkan nama dan kelayakan mereka pada portal ini untuk membolehkan mereka menerima kelayakan sebagai OYK.

Apakah Itu Orang Yang Kompeten (OYK)?

OYK adalah merujuk kepada ‘Orang Yang Kompeten’ yang merupakan seorang yang pakar dalam bidang yang diceburinya. Mereka ialah seseorang individu yang memiliki keistimewaan yang tidak ada pada orang lain dan menjadi rujukan untuk orang lain. Oleh itu, masa depan amat memerlukan orang yang kompeten dalam sesuatu bidang.

Ia juga selaras dengan pelan Industri Kecil Sederhana(IKS) 2020 untuk meningkatkan bilangan OYK.

Senarai Orang Yang Kompeten (OYK)

Terdapat senarai orang yang kompeten yang telah diiktiraf di bawah JKKP. Berikut adalah antara senarai yang orang yang kompeten (OYK):

  1. Pegawai keselamatan dan kesihatan
  2. Penguji gas bertoliah dan penyelia kemasukan
  3. Operator kren menara bergerak serta derik
  4. Drebar enjin stim gred 1 dan gred 2
  5. Drebar enjin pembangkaran dalam gred satu dan gred 2
  6. Pengendali perancah asas pertengahan dan tertinggi
  7. Penyelia tapak bina
  8. Serta banyak lagi

Panduan Pengguna Sistem MyKKP

Cara Mendaftar Akaun di Sistem MyKKP

Cara Mendaftar Akaun di Sistem MyKKP

Seandainya anda telah mengikuti latihan serta melepasi kesemua ujian yang telah disyaratkan bagi kelayakan menjadi OYK, anda kini boleh mendaftar di portal ini dengan hanya beberapa langkah.

Berikut adalah cara untuk daftar akaun di MyKKP:

  1. Sila layari portal MyKPP.
  2. Di bahagian menu anda boleh klik ‘pendaftaran’.
  3. Sila masukkan kesemua maklumat yang dikehendaki seperti yang diminta.
  4. Kemudian, selepas selesai mengisi kesemua maklumat di dalam borang anda boleh klik pada butang seterusnya.
  5. Sila lengkap customer maklumat pada halaman yang berikut seperti yang diminta.
  6. Kemudian masukkan login id dan password yang ingin digunakan
  7. Kemudian klik butang ‘daftar’ dan anda boleh melengkap ke pengesahan akaun dengan hanya klik pautan yang dihantar pada e-mel yang telah didaftarkan oleh anda.

Panduan Login MyKKP

Bagi mereka yang telah menyelesaiakn proses daftar akauan baharu. Pengguna boleh membuat log masuk ke dalam sistem dengan cara yang mudah. Berikut adalah cara log masuk akaun MyKKP:

  • Pergi ke laman MyKKP
  • Klik butang ‘Log Masuk’.
  • Sila masukkan maklumat Log ID dan Kata Laluan anda.
  • Klik semula log masuk dan anda berjaya memasuki paparan utama.

Cara Membuat Semakan OYK dan Semakan FYK Di MyKKP

Bagi pengguna yang suda mempunyai akaun rasmi, anda boleh memuat semakan secara atas talian berkenaan OYK dan FYK. Berikut adalah 2 cara semakan bagi OYK dan FYK:

Cara Semakan OYK MyKKP

Cara Semakan OYK MyKKP
  • Layari ke laman semakan OYK.
  • Paparan semua senarai Orang Yang Kompeten (OYK) dipaparkan.
  • Klik senarai nama bagi mendapatkan maklumat profil lebih lanjut.

Cara Semakan FYK MyKKP

Cara Semakan FYK MyKKP
  • Sila layari ke laman semakan FYK.
  • Paparan semua senarai Firma Yang Kompeten (FYK) dipaparkan.
  • Klik senarai nama firma bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Kemudahan semakan ini adalah sangat membantu anda sekiranya anda ingin membuat pengesahan status OYK atau juga mencari seseorang OYK bagi melakukan kerja-kerja tertentu berdasarkan kelayakan mereka di kilang-kilang, premis atau untuk projek anda.

Isu dan Masalah Berkenaan Sistem

Anda boleh segera mendapatkan bantuan untuk permasalahan yang dihadapi oleh anda dengan menghubungi pihak JKKP yang menguruskan bahagian sistem portal ini. Untuk masalah seperti masalah ID, lupa kata laluan dan sebagainya boleh rujuk talian dibawah.

Segera hubungi talian berikut:

No Telefon : 03-8886 6496 / 03-8886 6497
Emel : mailto:[email protected]

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati