Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

UPSR DAN PT3 BAKAL DIKEMBALIKAN SEMULA – MENTERI PENDIDIKAN

UPSR DAN PT3 BAKAL DIKEMBALIKAN SEMULA - MENTERI PENDIDIKAN
UPSR DAN PT3 BAKAL DIKEMBALIKAN SEMULA

UPSR DAN PT3 BAKAL DIKEMBALIKAN SEMULA – MENTERI PENDIDIKAN . Kementerian Pendidikan memutuskan untuk memperkenalkan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan melalui bergantung kepada keputusan pembentangan pada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2025 (PPPM 2025) yang akan ditetapkan kemungkinan dalam masa tiga tahun lagi.

Melalui Menteri Pendidikan , Puan Fadhlina Sidek telah berkata sebarang keputusan untuk memperkenalkan semula bagi kedua-dua peperiksaan perlu untuk merujuk kepada fakta dan data yang dikaji dan ikumpul sepanjang PPPM 2025 dan ia bukannya kepada penetapan yang sedia ada.

button 2076 640
UPSR DAN PT3

UPSR DAN PT3 BAKAL DIKEMBALIKAN SEMULA – MENTERI PENDIDIKAN 

KPM memahami mengenai kebimbangan ibu bapa selepas pemansuhan peperiksaan UPSR,PT3 dan sebenarnya isu pemansuhan ini telah melalui proses yang panjang dengan pelbagai pihak berkepentingan, ibu bapa dan guru sebelum menetapkan keputusan memansuhkan UPSR itu dibuat.

Oleh itu, Menurut KPM kena bentangkan terlebih dulu hasil dari laporan PPPM 2025 bagi melaksanakan penambahbaikan sistem pendidikan negara. Menurut KPM semasa sidang media selepas bertemu penduduk Nibong Tebal di pusat Yb Fadhlina Sidek.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bertindak Dan Membuat Keputusan Dengan Teliti

assist 4582129 640
UPSR DAN PT3 BAKAL DIKEMBALIKAN SEMULA

Menurut pihak KPM, pendirian semasa kementerian adalah untuk memperkasakan dan menguatkan sistem pembelajaran berasaskan sekolah bagi pelajar meningkatkan, memajukan dan mengembangkan potensi mereka dan bukannya pendekatan berasaskan peperiksaan kerana pembangunan holistik untuk kanak-kanak tidak boleh tertumpu kepada satu aspek sahaja.

“Pendirian semasa kementerian adalah untuk memperkasakan pembelajaran berasaskan sekolah sedia ada melalui ujian akhir akademik dan bukan seperti UPSR atau PT3,” katanya.

Dalam isu berasingan, Fadhlina berkata kementerian komited untuk memastikan sesi persekolahan yang ditunda sehingga Mac tahun lalu dikembalikan kepada jadual asal iaitu pada Januari tidak lama lagi, akan tetapi tidak dapat dilaksanakan tahun depan kerana beberapa justifikasi diperlukan, dalam mengikut Akta Pendidikan 1996.

Beliau juga berkata sebarang perubahan pada sesi persekolahan adalah perlu mengambil kira jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), bersama-sama faktor ekonomi tempatan dan keadaan banjir pada akhir tahun.

Mengenai Sesi Persekolahan

child 1307653 640
UPSR DAN PT3

Bagi sesi persekolahan 2022/2023 telah ditukar kepada bermula pada Mac 2022 berikutan penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Ketika itu perubahan terpaksa dilakukan akibat penyebaran wabak covid19 yang melanda seluruh dunia ketika itu. Hal itu telah merubah kebiasaan pembelajaran bagi guru-guru dan anak-anak yang menyebabkan kesukaran dalam penyampaian dan pembelajaran yang sebelum ini terbiasa dengan secara berdepan.

Ketika itu pembelajaran secara online telah diterapkan kerana kita semasa itu punya ikut karangan untuk hadir ke sekolah bagi menghadapi penularan wabak covid yang boleh membahayakan kesihatan manusia.

Untuk sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula pada 10 atau 11 Mac ini bergantung kepada negeri masing-masing. – Bernama

Baca juga :

Kerajaan Perlu Berganding Bahu Selesaikan Kemelut Sistem Pendidikan Negara

Isu Utama Pendidikan Perlu Diketengahkan

Tidak dinafikan sistem pendidikan negara perlu disemak dan dikaji semula dari semasa ke semasa melalui pandangan pelbagai aspek bagi menyelesaikan pelbagai masalah dan isu dalam sistem pendidikan negara yang perlu diselesaikan dengan segera.

Negara perlu mempunyai sistem pendidikan yang stabil ini adalah kerana ia perlu kepada penelitian dan pengkajian yang mendalam sebelum membuat keputusan.

Kerajaan Jangan Tersilap Langkah Mengambil Keputusan

Sebelum ini negara kita kerap bertukar-tukar dengan sistem pendidikan yang mana ia memberi kesan kepada sekolah, guru dan anak-anak murid. Kota Kinabalu dahulu kita pernah bertukar daripada Peperiksaan Menengah Rendah(PMR) kepada PT3. PT3 banyak menerima kritikan daripada pelbagai pihak kerana dianggap tidak seiring dan menyusahkan kerana punyai banyak yang perlu diperkemaskan dan diambil-kira pelbagai faktor.

Sama juga dengan sebelum ini Kerajaan telah memansuhkan UPSR yang banyak memberi kesan lagi-lagi kepada anak-anak yang tidak bersungguh dengan pembelajaran kerana tiada peperiksaan bagi mengukur pencapaian di sekolah rendah. Hal ini juga membuat kesukaran untuk pemilihan di sebuah sekolah yang sebelum ini dinilai melalui pencapaian UPSR.

Prihatin Isu Guru

Berkenaan guru juga perlu untuk pihak kementerian Pendidikan Malaysia mengambil kira Dan memberi perhatian yang lebih kerana isu guru sudah berlarutan bertahun-tahun dan pelbagai masalah bercabang yang perlu KPM cakna selalu. Rungutan guru juga jarang didengari dan diendahkan kerana kemungkinan pangkat guru itu rendah di sisi sekolah. Ramai guru yang makan hati dengan penempatan yang menyebabkan jauh daripada keluarga serta anak-anak. Isu ini perlu diketengahkan dan perlu membuat kajian semula mengenai isu penempatan guru di Sekolah.

Adalah penting untuk memastikan emosi guru tidak terganggu dalam menyampaikan pendidikan yang terbaik kepada anak murid di sekolah. Guru perlu dibeli dan dijaga kerana besok sekolah untuk melahirkan generasi yang akan memimpin negara di masa hadapan.

Penting Untuk KPM Mendengar Luahan Para Guru

KPM boleh menjalankan kerjasama dengan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPKK) lepas mengaktifkan semula fungsi majlis tersebut melalui sidang media khas oleh YB fadhlina Siddiq yang menyaksikan beliau banyak membawa pembaharuan dalam sistem pendidikan negara bagi tahun 2023 mengikut perancangan KPM nya.

Baca juga INTIPATI SIDANG MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Diharapkan juga melalui majlis tersebut suara guru didengari dan diambil peduli keluh-kesah mereka setelah sekian lama menanggung derita dan duka. Kita tidak tahu ramai guru yang dalam tidak sedar mengalami kemurungan dan kita berharap agar KPM sentiasa mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Antara isu yang perlu diketengahkan adalah:

  1. Isu penempatan guru
  2. Isu duka lara
  3. Isu gangguan seksual ditempat kerja
  4. Isu lambakan perkeranian sekolah

Daripada isu yang disenaraikan di atas itu adalah merupakan isu yang antara perlu diselesaikan segera dan ditangani oleh KPM kerana ianya boleh dilihat menjadi lebih serius dari semasa ke semasa dengan keadaan ketidakstabilan sistem pendidikan negara. Kesaksamaan dan keadilan perlu dibentuk dalam komuniti guru bersama dengan pihak atasan kerana kita perlu bersatu padu dan seiring sejalan dengan tujuan dan matlamat yang sama iaitu untuk melahirkan generasi anak-anak yang terbaik untuk membina dan memajukan negara di masa hadapan.

Pengambilan Guru Bersasar

Berkenaan pengambilan guru perlu diteruskan seperti yang dilakukan oleh kerajaan lepas yang mengambil pengambilan guru secara one-off dan besar-besaran. Melalui itu ia dilihat menyelesaikan isu lambakan guru dan pelbagai Guru yang masih belum diposting ke mana-mana tempat sekolah. Oleh itu diharapkan KPM segera bekerja dan bergerak untuk memastikan kelangsungan pendidikan negara terus subuh seiring dengan negara maju.

Semoga segala usaha KPM untuk terus memperbaiki dan memulihkan yang sedia ada dipermudahkan.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati