Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

INTIPATI SIDANG MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) 2022

INTIPATI SIDANG MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INTIPATI SIDANG MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) 2022. Baru sahaja berlangsung petang tadi sidang media kementerian pendidikan Malaysia yang pertama selepas pembentukan kerajaan perpaduan yang disidangkan oleh Yb Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia yang baharu.

Boleh menyampaikan berkenaan hala tuju pendidikan negara melalui sidang media yang dibuat sebentar tadi dan ia merupakan yang pertama selepas beliau dilantik sebagai menteri pendidikan Malaysia. Sehubungan itu beliau menyampaikan amanat yang penting antaranya adalah dari segi pembelajaran sistem yang akan diperkenalkan dan beberapa perkara lain yang perlu diperkasakan. Dengan didatangkan bersama slogan “Murid Ceria,Guru Bahagia,Sekolah Bitara,Negara Sejahtera”

INTIPATI SIDANG MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) 2022

Penambahbaikan Dalam Sistem Pendidikan Negara Malaysia..

Melalui sidang media yang berlangsung petang tadi kuat fadhlina Sidek telah membentangkan bersama slide pembentangan bagi memudahkan sidang media tersebut berjalan lancar dan para hadirin dapat melihat hala tuju yang akan dibawa oleh menteri Pendidikan Malaysia yang baharu.

Menitikberatkan Pembangunan Adab Dan Integriti Bagi Melahirkan Anak Yang Baik Lagi Cerdik (Abc)

Itu adalah tujuan utama yb fadhlina siddiq mengadakan sidang media di bawah kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam ucapan beliau adalah untuk memastikan pembangunan adab dan juga aktiviti seiring untuk melahirkan anak yang baik akhlaknya dan cerdik dalam fikirannya.

Bawakan ini adalah merupakan salah satu matlamat utama KPM yang baharu dalam menjalankan tugas untuk membina negara Malaysia yang bukan sahaja maju dari segi pendidikan serta akhlak yang baik juga kita akan kehadapan seiring berjalan dengan pembangunan dan penambahbaikan.

Antara jalan-jalan untuk merealisasikan tujuan tersebut adalah:

Tambahbaik proses penyampaian dan perkhidmatan pendidikan.

6e72aaa8 eaf7 4e47 a2b0 878b75e36712 15
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

-KPM berharap akan ada tambah baik dalam proses penyampaian dan perkhidmatan pendidikan ini adalah kerana abdilla proses penyampaian dan perkhidmatan pendidikan diamalkan di dalam ruang lingkup proses pengajaran akan memberi kesan yang positif terutama kepada anak-anak yang akan menerima penyampaian daripada seorang guru.

Setiap perkara yang hendak diputuskan perlu diteliti dan dikaji secara berhemah

-menurut KPM setiap perkara atau arahan yang akan dikeluarkan ia merupakan keputusan selepas membuat penelitian dan kajian secara menyeluruh serta adil. Ia adalah untuk memastikan setiap keputusan yang dikeluarkan atau arahan adalah bertindak mengikut kesesuaian dalam sistem pendidikan negara.

Meneruskan dasar dasar sedia ada

-PPM lantikan baru juga akan meneruskan dasar-dasar yang sedia ada yang dilihat baik untuk pembangunan Pendidikan negara bagi merealisasikan matlamat yang sama seperti kerajaan yang dahulu menginginkan penambahbaikan dalam sistem pendidikan yang baik seiring dengan negara maju.

Mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPKK)

-KPM juga mempertimbangkan untuk mengaktifkan semula MPKK kerana ia dilihat sebagai satu majlis yang baik dalam sistem pendidikan negara.

KPM PERKENALKAN 7 TERAS PENDIDIKAN NEGARA

Melalui YB fadhlina siddiq selaku menteri Pendidikan beliau memperkenalkan 7 teras pendidikan negara untuk memacu sistem pendidikan negara kali ini. Melalui perkenalan 7 teras pendidikan negara ia dilihat kepimpinan dibawah beliau mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas demi kepentingan negara dan bangsa. Ikuti 7 teras pendidikan negara yang diperkenalkan di bawah:

1.MENJADIKAN KOMUNIKASI ANTARA KEMENTERIAN DAN SEKOLAH LEBIH CEKAP DAN TELUS

KPM menyeru untuk menjadikan komunikasi antara kementerian dan sekolah menjadi lebih cekap dan telus dalam jurusan melibatkan aspek pendidikan. Teras menjadikan komunikasi yang lebih baik antara kementerian dan sekolah dilihat akan menjadikan suasana sekolah itu lebih diberi perhatian dan kecaknaan dalam menyelesaikan beberapa masalah yang timbul. Ini juga merupakan berita gembira kepada guru-guru yang mana sebelum ini suara mereka kurang didengari dan melalui pengenalan teras ini diharapkan agar suara guru diendahkan oleh kementerian.

2.MEMBERI PENEKANAN KEPADA ASPEK KARAMAH INSANIAH MELALUI PEMBENTUKAN ADAB, AKHLAK DAN INTEGRITI

KPM juga memberi penekanan aspek pembentukan adab, akhlak dan integriti. Melalui teras kedua ini ia memberi alamat yang jelas bahawa kita memerlukan jiwa yang baik dan akhlak yang terpuji dalam menjalankan urusan hal pendidikan demi bangsa dan negara. Melalui penerapan akhlak dan budi ia akan dapat mencerminkan seseorang itu mempunyai integriti dalam menjalankan tugas. Dalam masa yang sama ia akan dapat menjiwai seseorang untuk menjadi seorang yang lebih beramanah dan menolak “rasuah”.

3.MEMBERI PERHATIAN TERHADAP ISU KEMISKINAN MULTIDIMENSI MURID DARIPADA KELUARGA B40

KPM juga tidak terlepas pandang dalam memberi perhatian terhadap isu kemiskinan yang melanda para murid yang berasal daripada keluarga b40. Isu kemiskinan memangnya wajib untuk pihak berkuasa memberi penekanan dan perhatian yang lebih agar dapat membantu mereka yang hidup dalam keadaan kurang serba serbi dapat merubah nasib mereka. Tidak salah untuk KPM menerima dana yang besar untuk menyelesaikan isu kemiskinan yang melanda murid keluarga b40.

4.MEMBERI PERHATIAN KEPADA ISU KECICIRAN PENDIDIKAN SERTA MASALAH LITERASI DAN NUMERASI

Perhatian juga perlu diberikan dalam isu dan masalah keciciran pendidikan yang mana kita tahu sebelum ini negara kita dilanda dengan penutupan sekolah akibat pendemik Covid19 yang mengakibatkan ramai murid terjejas dalam menerima pendidikan yang setara dengan umur mereka. Selain itu KPM perlu untuk menyemak semula silibus pendidikan yang sebelum ini dilihat agak tidak bersesuaian dengan penerimaan murid-murid. Diharapkan KPM juga dapat menyelesaikan isu beberapa murid yang susah membaca dan juga mengenai nombor bagi golongan awal kanak-kanak.

5.MEMBERI FOKUS KEPADA KEBAJIKAN GURU ADALAH TERAS UTAMA KEBERKESANAN PENYAMPAIAN PENDIDIKAN

Kebajikan para pendidik juga perlu diberi perhatian yang kerap oleh KPM. Itu harus diberi pujian kepada KPM yang baiklah menjadikan teras utama dalam menjaga kebajikan guru sebagai keberkesanan dalam penyampaian pendidikan. Isu masalah guru sememangnya banyak melanda dari tahun ke tahun yang mana kebanyakannya tidak dapat diselesaikan. Diharapkan juga suara guru didengari dan diberi perhatian lebih kerak. Ini kerana guru juga mempunyai fizikal dan mental yang perlu mereka jaga demi memberi perkhidmatan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.

6.MEMBERI TUMPUAN KEPADA USAHA UBAHSUAI DAN NAIK TARAF BANGUNAN SEKOLAH YANG DAIF TERUTAMANYA DI SABAH DAN SARAWAK

Tumpuan yang banyak perlu diberi kepada mereka yang hidup dalam keadaan daif terutamanya di Sabah dan Sarawak KPM perlu menjalankan dan melakukan usaha besar dalam mengubah suai serta naik taraf bangunan sekolah. Kita perlu memberi penekanan dan perhatian yang sama rata dalam hal melibatkan pendidikan. Kementerian wajib meneliti semua aspek pendidikan kerana ianya merupakan kebajikan yang penting perlu dijaga oleh kementerian.

7. MENINGKATKAN KEUPAYAAN PENDIDIKAN DIGITAL DI SEKOLAH

Kita juga perlu memajukan pendidikan negara ke arah yang lebih maju seiring dengan negara-negara besar seperti Amerika syarikat, Jepun dan China yang sini banyak memperkenalkan pendidikan digital di sekolah. Isu pendidikan digital perlu diperhebatkan kerana ia akan dapat memastikan kemudahan dalam proses pengajaran dan penerimaan pendidikan yang lebih mudah dan senang di antara guru serta murid-murid. Diharapkan KPM melakukan tindakan segera agar kita tidak ketinggalan dengan negara-negara lain.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati