Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

OFFICIAL JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2023

RASMI : JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM BAGI TAHUN 2023
JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM

JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM. Terkini Jabatan Akauntan Negara telah pun menerbitkan Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan bagi tahun 2023.

Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023 telah ditetap di dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK.600-1/7/1(15)bertarikh 8 Jun 2021: Cadangan Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 – Tarikh Membayar Gaji dan surat rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1(4) bertarikh 28 Oktober 2022 : Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023.

Inilah Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2023

Picsart 22 12 22 11 01 09 437
JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM

SILA DOWNLOAD :

Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2023

Berdasarkan jadual tarikh pembayaran gaji penjawat awam yang diterbitkan, bulan Januari di dipercepatkan kerana bulan tersebut terdapat Sambutan Perayaan Tahun baru Cina.

Dalam pada itu, pada bulan April juga diawalkan kepada 17 April 2023 kerana Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Untuk bulan-bulan lain pula ia seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu 23, 24, 25 hb kecuali pada bulan Disember 19hb kerana ada sambutan Krismas.

Pembayaran gaji biasanya diawalkan agar kakitangan kerajaan dapat membuat persiapan awal bagi menyambut perayaan masing-masing dengan lebih lancar.

Walaubagaimanapun, perancangan kewangan yang baik mestilah diamalkan agar kita tidak terlebih berbelanja sehingga terpaksa meminjam di hujung bulan bahkan boleh menyebabkan bayaran tertunggak.

gaji kerajaan 2023
JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM

Gaji diawalkan disebabkan beberapa faktor hari peristiwa seperti berikut:

  • Hari Raya Aidilfitri
  • Hari Raya Aidiladha
  • Tahun baru Cina
  • Deepavali
  • Hari Gawai
  • Keamatan
  • Krismas

Baca Juga:

10 Tips Pengurusan Gaji Yang Bijak

1
JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM

1. Jangan Terlalu Amalkan Gaya Hidup Mewah

Bagi sebhagian pihak yang mungkin first time memegang duit hasil titik peluh sendiri, banyak perkara yang ingin dibuat dengan duit gaji sendiri. Banyak perkara yang perlu dipenuhi seperti gajet canggih, kereta baru, pakaian branded atau melancong ke luar negara dengan menggunakan duit sendiri. Jika dahulu tidak mampu miliki perkara tersebut kerana masih belajar, kini boleh dibeli dan menjadi prioriti dalam berbelanja.

Malangnya, jika tidak dirancang dengan baik, ia boleh menyebabkan anda terbeban dengan komitmen bulanan yang tinggi lebih-lebih lagi jika kemahuan untuk berbelanja mewah ini melampaui kemampuan poket sendiri.

2. Membuat Simpanan Kecemasan

JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM
JADUAL PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM

Ramai dalam kalangan anak muda yang baru mula bekerja tidak ada kesedaran untuk menyimpan dan membelanjakan semua wang gaji dengan boros atas alasan waktu muda merupakan masa yang terbaik untuk nikmati sepuasnya dan berbelanja. Namun begitu, berbelanja secara boros tanpa menyimpan boleh mendatangkan kerugian. Pastikan anda peruntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji untuk simpanan atau kegunaan semasa kecemasan.

Paling tidak saving ini dapat membantu anda sekiranya berhadapan dengan situasi kecemasan atau keperluan yang mendesak seperti kos rawatan masalah kesihatan dan sebagainya tanpa perlu meminta pertolongan atau berhutang daripada orang lain.

3. Pastikan Anda Menggunakan Kad Kredit dengan Betul

Untuk pengetahuan, penggunaan kad kredit sangat bagus lebih-lebih lagi jika anda mengamalkan cara penggunaan kad kredit yang betul. Ia bukan sesuatu yang bermasalah masalah jika anda berdisiplin tinggi. Namun begitu, ramai dalam kalangan pengguna yang menggunakan kad kredit tanpa merancang kewangan dan berbelanja melebihi kemampuan. Meskipun secara asasnya kad kredit boleh memudahkan kehidupan anda, pembelian tanpa kawalan boleh menyebabkan anda terjerat dalam hutang jahat dan komitmen bulanan yang tinggi.

Tanpa perancangan kewangan yang baik, anda mungkin tidak mampu membayar hutang kad kredit dan hanya mampu membayar nilai minimum setiap bulan yang pada akhirnya akan menambah bebanan kepada anda kerana jumlah faedah yang semakin bertambah.

4. Tiada Perancangan Perbelanjaan 

Terdapat banyak komitmen dan perbelanjaan yang perlu dipertimbangkan, terutamanya jika anda sudah mempunyai keluarga sendiri. Biasanya, tanggungjawab dan komitmen menjadi lebih besar dan berganda berbanding ketika bujang. Jika dahulu anda hanya perlu memikirkan kos keperluan asas seperti makan dan pakaian, tetapi kini anda juga perlu mengambil kira kos lain seperti bayaran insurans untuk membeli rumah pertama, kos taska, pengasuh dan sebagainya. .

Ramai yang memandang remeh kepentingan merancang perbelanjaan seperti menabung untuk pendidikan anak-anak lebih-lebih lagi apabila mencecah usia 30-an. Ini kerana, mereka berpendapat selagi anak-anak belum besar, menabung untuk pendidikan tidak penting. Tetapi sebenarnya, simpanan perlu dibuat seawal mungkin atau sebaik sahaja anak anda dilahirkan, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai ramai anak. Anda boleh pertimbangkan untuk menyimpan dalam tabung pendidikan anak seperti SSPN, Tabung Haji dan sebagainya.

5. Pupuk Kesedaran Yang Tinggi Tentang Insurans

Bagi individu yang bekerja swasta, kebanyakan syarikat tempat bekerja menawarkan perlindungan insurans berkelompok untuk semua kakitangan sebagai salah satu manfaat ditawarkan syarikat. Oleh sebab itu, ramai yang memilih untuk tidak memiliki insurans nyawa persendirian kerana berasakan ia suatu pembaziran untuk memiliki dua insurans nyawa dalam masa yang sama. Namun begitu, anda perlu mempertimbangkan sekiranya anda berhenti atau diberhentikan kerja, insurans berkelompok yang dicarum oleh majikan akan turut terhenti serta-merta.

Bagi perlindungan insurans kesihatan atau insurans nyawa, anda perlu mendapatkannya seawal mungkin. Ini kerana, harga premium insurans akan menjadi semakin mahal jika usia anda semakin meningkat kerana mengambil kira risiko keperluan tuntutan anda yang lebih tinggi

6. Sentiasa Semak Portfolio Pelaburan 

Portfolio kewangan merujuk kepada aset kewangan dalam bentuk kumpulan yang dimiliki oleh pelabur yang merangkumi saham, bon dan pelbagai instrumen kewangan lain dalam portfolio. Setiap portfolio pelaburan ini mempunyai risiko tersendiri. Dengan kata lain, wang yang dilaburkan boleh menjadi pulangan yang menguntungkan atau kerugian yang tidak dijangka.

Ramai pelabur ingin mengaut keuntungan cepat tanpa pengetahuan yang mencukupi. Walaupun sebagai pelabur anda perlu berani mengambil risiko, anda dinasihatkan untuk mempelajari cara menguruskannya untuk mendapatkan keuntungan yang optimum. Ketahui petua untuk menguruskan risiko bagi portfolio untuk mengelakkan anda daripada menghadapi kerugian.

7. Merancang Merancang Masa Depan

Aspek pelaburan (seperti simpanan ASB, simpanan persaraan KWSP) dan perancangan kewangan (hibah dan insurans takaful) adalah perkara yang perlu dititikberatkan bagi memastikan kehidupan yang lebih sejahtera. Dengan kaedah ini anda dapat memastikan perbelanjaan, simpanan dan komitmen sedia ada bagi membantu anda merangka kewangan anda dengan lebih baik terutamanya apabila tiba usia persaraan.

Selain itu, ia juga boleh dijadikan persediaan untuk kelangsungan hidup anda dan keluarga anda sekiranya anda hilang punca pendapatan akibat ujian yang menimpa seperti kemalangan, kematian dan sebagainya.

8. Jangan Guna Simpanan Persaraan

KWSP mengizinkan pengeluaran sebahagian atau kesemua baki KWSP Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun untuk dipakai sebagai persediaan untuk persaraan anda. Namun begitu, ramai yang menyalahgunakan dana ini dengan membuat perbelanjaan tidak perlu atau membayar yuran pengajian anak-anak di universiti. Meskipun anda boleh buat apa sahaja dengan wang anda, anda seharusnya menggunakan wang ini sebagai persediaan persaraan anda.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, seseorang individu perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM250,000 dalam KWSP untuk perbelanjaan hari tua berdasarkan faktor umur rakyat.

9. Berfikir Panjang Sebelum Membuat Pelaburan

Kes penipuan skim pelaburan atau scammer biasanya mentargetkan golongan dalam usia muda sebegini. Berikutan daripada statistik Jabatan Siatan Jenayah Komersial Bukit Aman, ramai orang sewenang-wenangnya mengeluarkan duit simpanan semata-mata untuk melabur dalam skim pelaburan yang menjanjikan pelbagai pulangan dalam masa yang singkat. Bahkan, ada yang buat pinjaman peribadi daripada bank sehingga mencecah ratusan ribu ringgit demi mengejar keuntungan palsu.

Bagi anda yang menghampiri umur persaraan, anda disarankan untuk menyemak semula portfolio pelaburan dan selidik terlebih dahulu pelaburan ditawarkan sebelum melabur. Berhati-hati sebelum membuat keputusan pelaburan, dan berfikir secara kritikal dan rasional.

10. Jangan Berhenti Bayar Insurans Kesihatan

Secara asasnya, kadar premium insurans kesihatan anda akan semakin meningkat selari dengan usia anda. Jadi, ramai yang membuat pilihan untuk berhenti membayar insurans untuk memberi fokus kepada perbelanjaan atau perkara lain yang lebih penting. Walau bagaimanapun, anda tidak digalakkan untuk membuat kesalahan ini dan mesti meneruskan pembayaran insurans seperti sediakala. Ini bertujuan, semakin berusia umur anda, semakin tinggi risiko anda terdedah dengan pelbagai risiko penyakit seperti diebetes, serangan jantung dan sebagainya. Bahkan, bil rawatan perubatan di hospital juga boleh menjadi semakin mahal.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttp://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati