Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

RENEW Lesen Tanpa Pergi Ke Kaunter di Perkenalkan Oleh JPJ Mula 2022

RENEW Lesen Tanpa Pergi Ke Kaunter
RENEW Lesen Tanpa Pergi Ke Kaunter

JPJ Perkenalkan Kaedah Baharu RENEW Lesen Tanpa Pergi Ke Kaunter . Sebelum ini kita rakyat Malaysia kebanyakannya memperbaharui lesen di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setiap kali lesen tamat tempoh. Kini anda tidak perlu bersusah-payah untuk beratur panjang setiap kali memperbaharui lesen kenderaan anda!

JPJ dalam usaha untuk memberi kebaikan dan kemudahan kepada rakyat Malaysia dalam urusan seperti memperbaruhi lesen memandu telah memperkenalkan sebuah portal yang dikenali mySIKAP sebagai pemudahcara bagi rakyat Malaysia untuk membuat urusan secara atas talian di mana-mana sahaja.

JPJ Perkenalkan Kaedah Baharu RENEW Lesen Tanpa Pergi Ke Kaunter

Apakah Itu Portal mySIKAP?

Portal mySIKAP merupakan sebuah portal rasmi daripada JPJ keras untuk penggunaan rakyat Malaysia dalam melakukan urusan beberapa transaksi dan permasalahan dalam urusan dengan pihak JPJ. Portal ini merupakan inisiatif daripada JPJ untuk memudahkan dan menyenangkan mereka yang ingin membuat urusan dengan pihak JPJ secara atas talian.

Apakah Yang Boleh Berurusan Melalui Portal mySIKAP?

phone 4060860 640 2
RENEW Lesen Tanpa Pergi Ke Kaunter

Untuk makluman kepada anda, Portal mySIKAP kita boleh membuat renew lesen JPJ secara online dan juga boleh melakukan banyak lagi transaksi secara dalam talian bagi urusan yang melibatkan kenderaan motor serta pelesenan pemandu.

Antara transaksi yang boleh dilakukan secara online di portal adalah seperti dibawah:

Kenderaan

  • Memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM).
  • Memohon atau membatalkan kenderaan pemohon sementara waktu.
  • Pindah milik secara sukarela.
  • Membatalkan pendaftaran kenderaan untuk berpindah ke negara lain serta mengemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.

Lesen Memandu

  • Pembaharuan lesen boleh dilakukan di portal mySIKAP dan permohonan lain seperti contohnya permit memandu antarabangsa.
  • Boleh mengemukakan rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh.
  • Penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia.
  • Kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh pemohon.

Kesalahan Penalti

  • Semakan boleh dilakukan bagi saman / notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian.
  • Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.

Urusan Profil

  • Pengemaskinian terkini butir-butir peribadi pemohon dan menukar kata laluan.

Perkhidmatan Yang Lain

  • Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj.
  • Kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan PUSPAKOM.
man 7956041 640
RENEW Lesen Tanpa Pergi Ke Kaunter

Bagi mereka yang membuat pendaftaran untuk kali pertama, orang awam boleh mendaftar diri sebagai pengguna Standard tanpa perlu hadir ke JPJ.

Cara Daftar MySIKAP Secara Online

Untuk pemberitahuan kepada anda, terdapat 2 jenis pengguna , iaitu eID Standard dan juga eID Berikut dikongsikan maklumat mengenai 2 jenis pengguna:

1.eID Standard:

  • Tidak perlu lagi membuat pengesahan biometrik (cap jari) dan hanya urusniaga tertentu sahaja boleh dilakukan. TIDAK perlu hadir ke JPJ untuk daftar.
  • Boleh menggunakan 27 daripada 38 perkhidmatan yang disediakan di Portal JPJ Online.

2.eID Advance:

  • Memerlukan pengesahan biometrik (cap jari) dan semua urusniaga yang tersenarai boleh dilakukan. PERLU hadir ke JPJ termasuk juga JPJ UTC untuk mendapatkan no rujukan.
  • Boleh menggunakan kesemua kemudahan 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.

Anda tidak perlu gusar, bagi urusan yang biasa-biasa contohnya ingin renew lesen JPJ online (Lesen Memandu), roadtax (Lesen Kenderaan Motor), tempah no plate kenderaan (Tempah Nombor Pendaftaran), semuanya boleh dilakukan oleh pengguna eID Standard yang tersedia kepada semua.

office 614273 640 5
RENEW Lesen Tanpa Pergi Ke Kaunter

Dikongsikan juga kepada anda, terdapat senarai perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pengguna Standard dan Advance.Sekiranya ingin menjadikan ID tersebut menjadi eID Advance, pelanggan (user) mestilah hadir ke mana-mana Kaunter JPJ dalam Malaysia.

Langkah-Langkah Pendaftaran

  1. Anda boleh layari laman web https://public.jpj.gov.my/
  2. Anda perlu isi butiran yang bertanda * sahaja
  3. Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan
  4. Klik Teruskan
  5. Semak dan sila sahkan maklumat yang telah dihantar
  6. Kemudian, klik Teruskan
  7. Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan
  8. ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.

Pengguna yang telah berjaya mendaftarkan diri (untuk pendaftaran peribadi) atau mengesahkan (untuk pendaftaran syarikat) profilnya di dalam mySIKAP akan menerima e-mel pengesahan yang mengandungi tertera maklumat ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara.

Kita juga boleh gunakan maklumat ini untuk login ke laman web JPJ online.

CARA DAFTAR MASUK MYSIKAP

Berikut dikongsikan cara daftar masuk portal MySIKAP:

  • Anda boleh layari laman web https://public.jpj.gov.my/
  • Sila masukan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara yang diberikan melalui e-mel
  • Masukkan Kata Laluan Sementara, Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu untuk setkan password baru
  • Sila pilih Soalan Sekuriti mengikut keutamaan
  • Masukkan jawapan anda pada semua soalan sekuriti
  • Akhir sekali,Klik Simpan. Selesai.

CARA RENEW LESEN JPJ ANDA SECARA ONLINE!

Berikut dikongsikan cara renew lesen JPN online:

  • Pertama,Anda perlu login ke portal MySikap https://public.jpj.gov.my/
  • Sila pilih menu Lesen Memandu
  • Kemudian,pilih Pembaharuan Lesen Memandu
  • Isikan maklumat pembaharuan lesen
  • Buat bayaran
  • Semak dan buat pengesahan
  • Selesai!

CARA RENEW ROADTAX JPJ ONLINE

Berikut dikongsikan cara renew roadtax JPJ:

  • Pertama,Anda perlu login ke portal MySikap https://public.jpj.gov.my/
  • Sila pilih menu Kenderaan
  • Kemudian,Pilih Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor
  • Isikan maklumat pembaharuan lesen
  • Buat bayaran
  • Semak dan buat pengesahan
  • Selesai!
Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati