
SENARAI PENUH TIMBALAN MENTERI KERAJAAN PERPADUAN . Baru saja pada pukul 8.15 malam tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumum kan secara rasmi senarai timbalan menteri di setiap kementerian.
Sebelum ini Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan senarai penuh Menteri kerajaan perpaduan yang akan mengemudi tampuk pentadbiran bagi kerajaan penggal pasca pilihanraya umum kali ke 15.
Rujuk juga: Senarai penuh barisan menteri kerajaan perpaduan
Untuk makluman, kepada semua barisan menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri kali ini adalah merupakan antara terkecil dalam sejarah kementerian Malaysia. Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan mewujudkan jumlah dan kuantiti menteri yang sedikit adalah untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat serta mengurangkan kos penggunaan wang kerajaan semata untuk memenuhi barisan kabinet yang dianggap sebagai boleh menjimatkan.
Beliau juga telah menegaskan fokus utama adalah untuk membantu dan menjaga kebajikan Rakyat. Beliau juga telah meminta kepada rakyat untuk mendapat tempoh sebanyak dua minggu bagi mengkaji kos sara hidup dan kepentingan Rakyat. Negara yang Malaysia ialah kita bersama-sama mengharapkan apa yang terbaik untuk kerajaan perpaduan bagi memimpin Malaysia ke arah negara yang lebih maju.
SENARAI PENUH TIMBALAN MENTERI KERAJAAN PERPADUAN
Isi Kandungan
- 1 SENARAI PENUH TIMBALAN MENTERI KERAJAAN PERPADUAN
- 1.1 RASMI : Senarai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan Tahun 2022
- 1.1.1 Ahmad Maslan
- 1.1.2 Steven Sim
- 1.1.3 Datuk Hajah Rubiah
- 1.1.4 Datuk Siti Aminah
- 1.1.5 Datuk Haji Hasbi Habibullah
- 1.1.6 Sdr Chan Foong Hin
- 1.1.7 Datuk Hajah Anifah Hajar Taib
- 1.1.8 Akmal Nasrullah
- 1.1.9 Adly Zahari
- 1.1.10 Datuk Seri Abd Rahman Mahammad
- 1.1.11 Datuk Shamsul Anuar Nasarah
- 1.1.12 Sdr Liew Chin Tong
- 1.1.13 Sdr Muhammad Yusuf Bin Afdhal
- 1.1.14 Datuk Arthur Joseph Kurup
- 1.1.15 Sdri Aiman Athirah
- 1.1.16 Sdri Fuziah Salleh
- 1.1.17 Sdr Ram Karpal Singh
- 1.1.18 Datuk Hwang Tiong See
- 1.1.19 Sdri Saraswati Kandasamy
- 1.1.20 Datuk Muhammad Al Amin
- 1.1.21 Sdr Khairul Firdaus
- 1.1.22 Sdri Teo Nee Ching
- 1.1.23 Sdri Lim Hui Ying
- 1.1.24 – Timbalan Menteri Belia dan Sukan
- 1.1.25 Sdr Mustafa Muhammad Yunus
- 1.1.26 Sdr Lukanisman Awang Sauni
- 1.1.27 Datuk Wilson Ugak Kumbong
- 1.1 RASMI : Senarai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan Tahun 2022
- 2 Kerajaan Kali Ini Merupakan Kabinet Terjimat Dalam Sejarah Pembentukan Kerajaan Baharu
RASMI : Senarai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan Tahun 2022
Ahmad Maslan
-Timbalan Menteri Kewangan
Steven Sim
– Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Hajah Rubiah
– Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
Datuk Siti Aminah
– Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi
Datuk Haji Hasbi Habibullah
– Timbalan Menteri Pengangkutan
Sdr Chan Foong Hin
– Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Datuk Hajah Anifah Hajar Taib
– Timbalan Menteri Ekonomi
Akmal Nasrullah
– Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan
Adly Zahari
– Timbalan Menteri Pertahanan
Datuk Seri Abd Rahman Mahammad
– Timbalan Menteri Kerjaraya
Datuk Shamsul Anuar Nasarah
– Timbalan Menteri Dalam Negeri
Sdr Liew Chin Tong
– Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Sdr Muhammad Yusuf Bin Afdhal
– Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
Datuk Arthur Joseph Kurup
– Timbalan Menteri Sains dan Teknologi
Sdri Aiman Athirah
– Timbalan Menteri Wanita & Masyarakat
Sdri Fuziah Salleh
– Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Sdr Ram Karpal Singh
– Timbalan Menteri Undang Undang dan Reformasi Institusi
Datuk Hwang Tiong See
– Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Perubahan iklim
Sdri Saraswati Kandasamy
– Timbalan Menteri Kementerian Usahawan dan Koperasi
Datuk Muhammad Al Amin
– Timbalan Menteri Luar Negeri
Sdr Khairul Firdaus
– Timbalan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Seni dan Budaya
Sdri Teo Nee Ching
– Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital
Sdri Lim Hui Ying
– Timbalan Menteri Pendidikan
Sdr Adam Adli
– Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Sdr Mustafa Muhammad Yunus
– Timbalan Menteri Sumber Manusia
Sdr Lukanisman Awang Sauni
– Timbalan Menteri Kesihatan
Datuk Wilson Ugak Kumbong
– Timbalan Menteri di Jab Perdana Menteri
Kerajaan Kali Ini Merupakan Kabinet Terjimat Dalam Sejarah Pembentukan Kerajaan Baharu
Kuantiti Kabinet Yang Kecil,Namun Kerja Berjalan..
Tahniah diucapkan atas pembentukan kerajaan perpaduan yang mendapat restu daripada agung selepas kemelut sebelum ini mengenai pembentukan kerajaan yang mengambil masa selama tiga hari semasa pilihan raya umum kali ke-15. Penantian selama 12 tahun lamanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri yang ke-10.
Ia merupakan satu perjalanan yang tidak mudah bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana sebelum ini telah bertungkus-lumus dan berkorban jiwa dan raga demi ideologi politiknya iaitu “Reformasi Negara”. Beliau berpandangan bahawa negara Malaysia memerlukan satu gerakan reformasi untuk menjadikan negara Malaysia bersih dan stabil dalam segi pelbagai sektor di dalam masa yang sama kecaknaan kepada rakyat akan diberi tumpuan sepenuhnya.
Dalam hal pentadbiran negara beliau sekali lagi menunjukkan bahawa kredibiliti beliau selaku Perdana Menteri sememangnya adalah terbaik apabila beliau memikirkan kepentingan negara dan rakyat. Oleh itu, beliau telah mengecilkan jumlah kabinet dalam pentadbiran negara untuk memastikan dan penjimatan dalam pentadbiran kerajaan dapat dilakukan. Pemilihan Menteri juga bukanlah diambil secara mudah bakar barisan Menteri kerajaan perpaduan kali ini adalah merupakan mereka yang terdiri daripada golongan intelek dan mempunyai kreadibiliti tersendiri.
Janji Datuk Seri Anwar Ibrahim..
Beliau merupakan seorang insan yang cekal dan berusaha keras untuk mencapai matlamat beliau. Beliau juga telah berjanji jika mendapat puasa beliau akan melakukan yang terbaik bukan untuk dirinya bahkan untuk rakyat semata. Selepas mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri, beliau telah menunaikan janji untuk tidak mengambil sebarang gaji daripada jawatan Perdana Menteri dan akan menjawat jawatan tersebut untuk kepentingan negara dan rakyat.
Tidak mudah bagi seorang yang berjawatan tinggi untuk tidak mengambil gaji yang agak besar dalam negara Malaysia. Sebagai pemimpin negara beliau bertindak dengan mengikut dan berpegang pada janji yang rakyat Malaysia tagih sebelum ini. Semoga dipermudahkan urusan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha untuk menyempurnakan dan menyelesaikan manisfesto yang telah di war-warkan kepada rakyat dalam pilihan raya umum sebelum ini.
Kita semua menanti hasil usaha Perdana Menteri yang dilihat agak positif dari semasa ke semasa dalam perkembangan pentadbiran nya selaku Perdana Menteri. Apa pun rakyat Malaysia sentiasa mendoakan agar Perdana Menteri sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan dalam mentadbir negara.