Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan MADA Februari 2024 Tetap dan Kontrak

Pengambilan Jawatan MADA Februari 2024

Pengambilan Jawatan MADA Februari 2024 ini adalah satu peluang yang harus diketahui segera. Kami berikan maklumat kali ini adalah maklumat berkenaan tawaran kerja, syarat-syarat dan cara mohon.

Selain itu, para calon dialukan untuk menyemak terlebih dahulu iklan lengkap jawatan kosong yang dilampirkan dibawah.

Bagi mohon pengambilan jawatan MADA Februari 2024 boleh dibuat kini yang mana telah dibuka. Makluman baharu untuk para calon yang berminat dan rasa ingin membina kerjaya di bawah MADA Malaysia. Ikuti dengan lebih lanjut.

Berkenaan Permohonan Pengambilan Jawatan MADA Februari 2024

Ditubuhkan pada tahun 1970, Penubuhan MADA telah diluluskan oleh Parlimen di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, Tahun 1972. Dibawah Akta tersebut, tugas-tugas MADA telah ditetapkan seperti berikut :-

image 131
Pengambilan Jawatan MADA Februari 2024 Tetap dan Kontrak 4
  • Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan projek pembangunan ekonomi dalam Kawasan Muda;
  • Merancang dan mengusahakan dalam Kawasan Muda apa-apa Kemajuan Pertanian mengikut sebagaimana yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak berkuasa negeri bagi negeri Kedah dan Perlis;

Dua matlamat utama dibentuk oleh MADA, yang diasaskan kepada aspek-aspek kemanusiaan dan komoditi. Matlamat-matlamat tersebut ialah :-

  • Memajukan kesejahteraan hidup sebilangan besar penduduk desa
  • Melebihkan hasil untuk keperluan Negara

MADA sentiasa memerlukan mereka yang rajin dan sudi bekerjsama dengan MADA untuk mencapai matlamat. MADA membuka banyak peluang pekerjaan untuk bulan Februari untuk dimohon.

Maklumat Pengambilan Jawatan MADA Februari 2024

Ada banyak pengambilan jawatan MADA Februari 2024 dibuka yang calon boleh dibuat permohonan dengan kadar segera melalui maklumat lengkap yang Kami sediakan. Dibawah adalah merupakan senarai jawatan kosong di MADA:

Dengan ini bersama-sama disertakan iklan kekosongan jawatan di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda :-

KumpulanJawatan Kosong
Kumpulan Pengurusan dan ProfesionalPegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
Pegawai Pertanian Gred G41
Jurutera Gred J41
Kumpulan PelaksanaPenolong Jurutera Gred JA29
Penolong Akauntan Gred W29
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
Juruaudio Visual Gred N19
Pembantu Kemahiran Gred H19
Pengawal Keselamatan Gred KP1I
Pemandu Kenderaan Gred H11 (Lesen E, F, G, H & I adalah satu kelebihan)
Pembantu Awam Gred H11

Tempoh Sah Permohonan Jawatan Kosong

Pengambilan jawatan MADA Februari 2024 dibuka dari 16 Februari dan akan ditutup pada tarikh tutup 28 Februari 2024.

Calon boleh mengambil peluang mohon segera untuk membuat permohonan dengan pantas sebelum tempoh permohonan jawatan tamat. Kerja di MADA adalah salah satu cara untuk anda tingkatkan kualiti kerja.

Syarat Kelayakan Mohon Kerja di MADAFebruari 2024

Berikut adalah merupakan beberapa syarat untuk pengambilan jawatan MADA Februari 2024 yang anda perlu ketahui:

  • Calon mestilah mereka yang berwarganegara Malaysia.
  • Calon mestilah berumur 18 tahun dan keatas semasa membuat permohonan kerja.
  • Calon juga mempunyai kelayakan akademik minima SPM, Diploma, Ijazah dan keatas.

Panduan Mohon Kerja MADAFebruari 2024

Semakan Iklan Rasmi di Laman MADA

image 132

Sebelum membuat permohonan, kami sarankan kepada anda untuk membuat rujukan berkenaan iklan pengambilan jawatan MADA Februari 2024 bagi mengelakkan anda daripada ketidaktahuan lebih lanjut berkenaan tawaran kerja yang dibuka. Berikut adalah merupakan pautan iklan untuk anda:

Cara Mohon Jawatan Kosong yang Dibuka MADA

Bagi membuat permohonan jawatan kosong MADA seluruh Malaysia bulan Februari 2024 ini para calon boleh melalui secara online sahaja. Sila pastikan bahawa para calon membuat semakan terlebih dahulu iklan jawatan rasmi diatas.

Untuk membuat permohonan, berikut adalah cara mohon kerja di MADA:

  • Layari laman portal rasmi MADA, e-Perjawatan MADA.
  • Sila log masuk dengan mendaftar akaun baharu terlebih dahulu.
  • Apabila berjaya log masuk, anda boleh meneliti senarai tawaranan kerja.
  • Buat permohonan dengan isian online. Masukkan beberapa maklumat butiran diri dan dokumen yang diperlukan.
  • Sahkan permohonan anda.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan online dan calon perlu melampirkan beberapa dokumen dan maklumat dikehendaki. Permohonan kerja di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda ini akan ditutup pada 28 Februari 2024 dan para calon perlu mengemukakan dengan kadar segera. Selamat maju jaya.

8 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati