Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

SPA Beri Tindakan Tatatertib Buang Kerja Pegawai Gred 41 Kes Palsukan Sijil Sakit (MC)

SPA Beri Tindakan Tatatertib Buang Kerja Pegawai Gred 41 Kes Palsukan MC
SPA Beri Tindakan Tatatertib Buang Kerja Pegawai Gred 41 Kes Palsukan Sijil Sakit (MC)

Tidak menghadirkan diri untuk bertugas dengan memalsukan sijil sakit (MC) bukan 1 kesalahan ringan dan tindakan tatatertib pasti menanti jika tertangkap. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah menyatakan bahawa kesalahan seperti ini adalah 1 kesalahan berat apatah lagi ianya dilakukan oleh seorang pegawai kerajaan yang sepatutnya mencerminkan teladan yang baik kepada staff bawahan.

KES TIDAK HADIR BERTUGAS DAN MEMALSUKAN SIJIL SAKIT

Hari ini pihak admin ingin kongsikan 1 kisah nyata yang benar-benar berlaku di dalam masyarakat kita iaitu melibatkan kes yang sangat berat tetapi sebenarnya agak kerap kita dengar. Kes tersebut ialah melibatkan penipuan atau pemalsuan sijil sakit (MC). Terdapat 2 watak yang kita akan kongsikan di dalam kes ini iaitu watak pegawai dan watak ketua jabatan yang bertindak menjaga tatakelakuan dan pengurusan tatatertib pegawai.

Penyataan Kes

Bantuan Aidilfitri RM700
SPA Beri Tindakan Tatatertib Buang Kerja Pegawai Gred 41 Kes Palsukan Sijil Sakit (MC)

Puan S adalah seorang pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memegang jawatan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di Jabatan V. Pegawai ini telah tidak hadir bekerja tanpa cuti atau kebenaran terlebih dahulu, dan tiada sebab yang munasabah diberikan untuk ketiadaan tersebut.

Selain itu, terdapat juga penemuan bahawa pegawai ini telah memalsukan sijil sakit serta mencatatkan kehadiran pada kad perakam waktu antara Januari hingga Mac 2007 tanpa mendapat pengesahan daripada penyelia. Selain itu, pegawai ini juga tidak mematuhi peraturan dengan tidak menghadiri kursus yang diperlukan.

Jabatan telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pegawai ini sebagai tindakan disiplin. Pegawai tersebut telah memberikan respons dan jawapan dalam surat seperti berikut:

  • Pegawai tidak berniat untuk melanggar peraturan;
  • Pegawai mengambil cuti sakit disebabkan oleh penyakit resdung, tetapi salinan Sijil Sakit telah hilang dalam simpanan;
  • Pegawai tidak mengetahui keperluan untuk mencatat kehadiran dalam kad perakam waktu dengan mendapatkan pengesahan daripada penyelia; dan
  • Pegawai menghadapi masalah peribadi yang mempengaruhi ketidakhadiran.

Penentuan Kes

Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2), yang mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman selain daripada buang kerja atau turun pangkat, di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib yang dilakukan adalah serius dan patut dikenakan tindakan tatatertib dengan matlamat untuk buang kerja atau turun pangkat, seperti yang ditetapkan dalam peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993
Download Peraturan 1993 (Kelakuan dan Tatatertib)

Jadi, kes pegawai ini telah dirujukkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Wujud atau Tidak Wujud Kes Prima Facie

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, yang merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, setelah menimbangkan kes pegawai ini di bawah peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpuas hati bahawa terdapat kes prima facie dalam perkara ini.

Pertuduhan

Pegawai ini telah dikenakan empat (4) pertuduhan iaitu:

Pertuduhan Pertama

Bahawa Puan S (KP: 000000-00-0000), semasa menjalankan tugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di Jabatan V, telah melakukan perbuatan memalsukan sijil sakit yang dikeluarkan oleh Klinik X yang terletak di 3, Jalan M, Taman N, Selangor untuk tempoh dari 19.1.2007 hingga 21.1.2007.

Perbuatan Puan boleh diertikan sebagai tindakan yang tidak jujur, tidak amanah, dan tidak bertanggungjawab, yang bercanggah dengan tatakelakuan pegawai awam di bawah peraturan 4(2)(f) dan peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti yang berikut:

“4(2) Seseorang pegawai tidak boleh –
(f) tidak jujur atau tidak amanah;
(g) tidak bertanggungjawab.”

Pertuduhan Kedua

Bahawa Puan S (KP: 000000-00-0000), semasa menjalankan tugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di Jabatan V, telah tidak hadir bekerja tanpa cuti atau tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu, atau tanpa sebab yang munasabah pada 19.1.2007 hingga 23.1.2007.

Perbuatan tersebut membolehkan tindakan tatatertib diambil terhadap Tuan sejajar dengan peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, dan boleh dianggap sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab, yang bercanggah dengan peraturan 4(2)(g) peraturan yang sama seperti yang berikut:

“4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh –
(g) tidak bertanggungjawab.”

Pertuduhan Ketiga

Bahawa Puan S (KP: 000000-00-0000), semasa bertugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di Jabatan V, telah mencatat kehadiran dalam Kad Perakam Waktu menggunakan pen sendiri tanpa mendapatkan pengesahan daripada penyelia pada tarikh 26.1.2007 hingga 30.3.2007.

Perbuatan Puan boleh dianggap sebagai satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, dan boleh diertikan sebagai tindakan yang tidak jujur, tidak amanah, dan tidak bertanggungjawab, yang bercanggah dengan tatakelakuan pegawai awam, seperti yang dinyatakan dalam peraturan 4(2)(f) dan peraturan 4(2)(g) Peraturan-Peraturan yang sama seperti yang berikut:

“4(2) Seseorang pegawai tidak boleh –
(f) tidak jujur atau tidak amanah;
(g) tidak bertanggungjawab.”

Pertuduhan Keempat

Bahawa Puan S (KP: 000000-00-0000), semasa bertugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di Jabatan V, telah tidak menghadiri kursus Jati Diri yang dianjurkan oleh Unit Latihan, Jabatan V dengan kerjasama Biro Tatanegara di Kem Bina Negara Ulu Sepri Rembau, Negeri Sembilan pada 12.3.3007 hingga 16.3.2007.

Perbuatan Puan boleh diertikan sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah, atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan secara munasabah sebagai ingkar perintah. Ini bercanggah dengan tatakelakuan pegawai awam, seperti yang dinyatakan dalam peraturan 4(2)(g) dan peraturan 4(2)(i) Peraturan-Peraturan yang sama seperti yang berikut:

“4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh –
(g) tidak bertanggungjawab;
(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara
yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai
ingkar perintah.”

Representasi Pembelaan Diri Pegawai

Pegawai berhak untuk mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta-fakta tersebut, seperti yang ditetapkan di bawah peraturan 37(2)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Walau bagaimanapun, Pegawai tidak mengemukakan representasi terhadap pertuduhan yang dihadapkan.

Ulasan Ketua Jabatan

Ketua Jabatan, dalam ulasannya, mengesahkan bahawa Pegawai tidak mengemukakan sebarang representasi diri. Ketua Jabatan bersetuju dan menyokong apa-apa keputusan yang akan dijatuhkan berhubung kes ini.

Keputusan Lembaga Tatatertib

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, setelah menimbangkan kes Pegawai, telah membuat keputusan bahawa Pegawai didapati bersalah atas pertuduhan tersebut dan telah dikenakan hukuman ‘buang kerja’ mengikut peraturan 38(g), Peraturan-Peraturan yang sama.

Asas-asas pertimbangan yang mendasari keputusan ini adalah:

  • Pegawai tidak mengemukakan sebarang representasi pembelaan diri; dan
  • Pegawai telah didapati bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.

FAQs KES PEMALSUAN MC & TIDAK HADIR BERTUGAS

Apa Maksud Prima Facie?

“Prima facie” adalah frasa Latin yang bermaksud “pada pandangan pertama” atau “pada pandangan awal.” Ia digunakan dalam konteks undang-undang dan penilaian untuk merujuk kepada bukti atau fakta yang mencukupi untuk membina kes yang kuat atau membenarkan tindakan tertentu diambil, pada pandangan awal atau tanpa perlu melibatkan pemeriksaan mendalam.

Dalam konteks kes ini, “kes prima facie” merujuk kepada situasi di mana terdapat bukti awal atau fakta yang cukup untuk memulakan atau meneruskan tindakan tatatertib atau undang-undang, tetapi ia masih perlu dikaji lebih lanjut atau dibuktikan dalam proses yang lebih terperinci.

Apakah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993?

Peraturan yang mengatur tatakelakuan dan tindakan tatatertib bagi pegawai awam Malaysia. Ia memastikan integriti, ketelusan, dan kepatuhan dalam perkhidmatan awam dengan merangkumi disiplin, peraturan kerja, hak-hak pegawai, dan hukuman pelanggaran tatatertib.

Siapakah yang dimaksudkan sebagai Ketua Jabatan?

Dalam konteks organisasi awam, “ketua jabatan” ialah individu yang memegang jawatan tertinggi dalam sebuah jabatan atau agensi atau organisasi tersebut. Jawatan “ketua jabatan” boleh mempunyai pelbagai gelaran, seperti Ketua Pengarah, Pengarah, atau jawatan seumpama yang serupa.

Apakah tugas Ketua Jabatan?

Tugas seorang Ketua Jabatan melibatkan pengurusan dan pengawasan operasi harian, pembangunan dasar, komunikasi dengan pihak atasan, pengurusan pentadbiran dan kewangan, penyelarasan dengan matlamat kerajaan, penilaian keberkesanan organisasi, hubungan luar, kepimpinan pasukan, pematuhan undang-undang, dan memastikan keberkesanan dan keefisienan dalam penyampaian perkhidmatan dan program.

Jika pegawai dibuang kerja, adakah layak menerima pencen?

Tidak layak. Penjawat awam yang telah dijatuhkan hukuman tatatertib dengan hukuman ‘Buang kerja’ tidak melayakkannya untuk dipertimbangkan sebarang faedah persaraan.

Apakah yang menyebabkan penjawat awam yang dikenakan hukuman tatatertib ‘buang kerja’ tidak layak menerima faedah persaraan?

Tidak semua yang bergelar penjawat awam layak dipertimbangkan faedah persaraan. Faedah persaraan bukanlah hak mutlak kepada penjawat awam yang dilihat sebagai satu pampasan apabila penjawat awam berkenaan meninggalkan perkhidmatan awam.
Berdasarkan seksyen 3 Akta Pencen 1980 (Akta 227) menjelaskan bahawa:

” Tiada seorangpun pegawai yang boleh mempunyai hak mutlak untuk mendapat pampasan bagi perkhidmatan yang lepas atau mendapat apa-apa pencen, ganjaran atau lain-lain faedah di bawah Akta ini “

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati