Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Kerajaan Setuju Potong Gaji Menteri Sebanyak 20% – Datuk Seri Anwar Ibrahim

Kerajaan Setuju Potong Gaji Menteri Sebanyak 20% - Datuk Seri Anwar Ibrahim
Kerajaan Setuju Potong Gaji Menteri

Kerajaan Setuju Potong Gaji Menteri Sebanyak 20% – Datuk Seri Anwar Ibrahim. Makluman terbaru diterima dari Petaling jaya, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk memotong gaji bulanan mereka sebanyak 20%, kata PM, Anwar Ibrahim.

Melalui sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pertama, perdana menteri  telah berkata, dasar itu akan diperiksa semula selepas ekonomi negara kembali pulih.

Menurutnya lagi, ini bagi menunjukkan kerajaan perpaduan pimpinannya prihatin akan dengan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

“(Potong gaji) sehingga ekonomi pulih, mungkin tiga tahun kita akan kaji semula. Potong gaji ini memang tidak wajar, tetapi saya berterima kasih terhadap kesediaan mereka (menteri) melakukan sedikit pengorbanan. – Sumber FMT

job 4131482 640 2
Kerajaan Setuju Potong Gaji Menteri

Kerajaan Setuju Potong Gaji Menteri Sebanyak 20% – Datuk Seri Anwar Ibrahim

“Ada orang kata Anwar tak ambil gaji perdana menteri, dia ambil gaji menteri kewangan…tak betul, gaji ini satu saja,” katanya yang menegaskan tidak akan menerima sebarang gaji.

Selepas melihat bebanan yang dihadapi rakyat, Anwar dalam kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15) lalu  telah berjanji tidak akan mengambil gaji sebagai perdana menteri, jika Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan baharu. Ia merupakan satu contoh pemimpin yang menjiwai rakyat.

Manakala,ketua Penerangan PH dan PKR, Fahmi Fadzil telah turut berjanji tidak akan mengambil gaji sekiranya gabungan itu menang PRU15. Beliau dilantik menteri komunikasi digital di bawah Jemaah Menteri kerajaan perpaduan dibawah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Potong Gaji Menteri Adalah Jalan Yang Patut Dilakukan Ataupun Tidak?

Menteri setuju potong gaji
Kerajaan Setuju Potong Gaji Menteri

Potong gaji Menteri adalah jalan yang patut dilakukan ataupun tidak sebenarnya?. Sememangnya gaji seorang menteri adalah merupakan antara gaji yang terbesar diterima jika menjawab sebarang menteri dalam pelbagai bidang. Bahkan gaji Menteri boleh diklasifikasikan sebagai gaji bertaraf T20. Dan persoalannya mengapakah gaji menteri boleh mencapai sebesar itu?

Peranan Menteri Amatlah Besar Serta Berat Tanggungjawab

Sinonimnya jawatan seorang Menteri sememangnya apa tugas yang berat serta besar tanggungjawabnya iaitu untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran dalam urusan negara ataupun negeri serta perlu memberi tumpuan kepada pelbagai cabang-cabang yang perlu dan penting para menteri tekan-tekan.

Berkenaan tugas besar mereka adalah untuk memastikan rakyat dalam keadaan terjamin sejahtera serta selamat dalam pelbagai aspek. Ini adalah kerana rakyat sudah memberi kepada mereka mandat untuk mentadbir dengan berintegriti dan telus. Sebagai seorang Menteri perlulah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan pastikan juga usaha mereka mendapatkan hasil kepada rakyat.

Menteri Perlu Sentiasa Turun Padang Untuk Melihat Rakyat

Satu tindakan yang betul bagi seorang Menteri perlulah dan sentiasa turun padang untuk melihat sekeliling keadaan dan kehidupan oleh rakyat setempat. Menteri perlu mengesan dan menyemak perkara yang perlu mereka lakukan untuk rakyat agar mereka dapat hidup dengan selesa dan mencukupi keperluan harian.

Seorang Menteri perlu melalui beberapa aspek untuk menyelesaikan masalah bermula daripada mengesan masalah lalu membuat pembolehubah dan seterusnya Membuat kesimpulan apakah yang terbaik untuk membantu Rakyat.

Kini kerajaan Malaysia yang baharu telah dibentukkan melalui pembentukan kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri ke 10. Datuk Anwar Ibrahim telah menjalankan tugas dengan baik setakat ini bila beliau dilihat sebagai seorang yang faham dan kerana keadaan situasi yang dihadapi oleh rakyat. Oleh itu beliau telah bersepakat selepas mengadakan mesyuarat pertama hari ini dan para jemaah telah setuju untuk memotong gaji sebanyak 20% daripada pendapatan gaji mereka.

Baca juga :

Potong Gaji, Adakah Ekonomi Akan Membaik?

Sememangnya potong gaji Menteri bukanlah satu jalan untuk menjadikan ekonomi Malaysia terus mengukuh dan membaik. Tapi ianya adalah simbolik untuk para pemimpin menunjukkan dan meluahkan bahawa mereka ini memahami dan prihatin terhadap kesusahan Rakyat yang sedang menghadapi pelbagai bebanan hidup.

Terlihat bagus dan baik apabila seorang pemimpin rela untuk tidak bersenang-lenang dalam masa yang sama rakyat di dalam kesusahan dan memerlukan bantuan. Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga telah mengeluarkan pandangan beliau dan mengutarakan bahawa Sebelum menjadi kerajaan beliau telah menegaskan bahawa untuk tidak mengambil gaji Perdana Menteri sekiranya berjaya menjadi Perdana Menteri.

Dan kini beliau telah menunaikan apa yang beliau katakan sebelum ini mengenai tidak mengambil gaji, jadi fokus utama Datuk Seri Anwar Ibrahim pula adalah tertumpu kepada kebajikan dan kepentingan Rakyat. Beliau juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mengambil masa selama 2 minggu untuk mengkaji dan merangka bagi menguruskan Hal ehwal kepentingan dan keperluan rakyat agar dapat memastikan rakyat Malaysia yang susah dapat dibantu saya memerlukan dapat dipenuhi.

Bersama kita mengharapkan kerajaan yang diakui oleh YDP Agong ini terus stabil dan kekal memerintah untuk membantu dan memberi yang terbaik kepada negara tercinta Malaysia.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati