Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Daftar dan Login Astro On The Go Untuk Akses Lebih 100 Saluran Percuma

Astro On The Go 2
Cara Daftar dan Login Astro On The Go Untuk Akses Lebih 100 Saluran Percuma 7

Dunia penstriman melalui telefon pintar kini semakin canggih di hujung jari. Kini Astro, rangkaian TV berbayar hadir dengan ‘Astro On The GO‘. Satu inovasi yang membolehkan penonton menikmati pengalaman menonton TV yang lebih fleksibel dan mudah diakses. Dengan Astro On The GO, anda boleh strim rancangan kegemaran anda di mana-mana sahaja, asalkan anda mempunyai akses internet di Malaysia. Ini membuka peluang yang menarik untuk menikmati rancangan TV kegemaran anda ketika berada di perjalanan, di pejabat, atau di mana sahaja anda berada.

Inovasi ini sangat bermanfaat kepada pelanggan Astro, terutamanya mereka yang memiliki jadual yang sibuk atau sering berpindah-pindah lokasi. Sekarang, anda tidak lagi terikat dengan hanya menonton TV di rumah. Dengan Astro On The GO, TV akan sentiasa dalam genggaman anda, tersedia pada saat-saat yang sesuai dengan anda.

Salah satu kelebihan yang besar ialah pengguna tidak perlu membayar tambahan untuk menggunakan Astro On The GO! Jika mereka telah melanggan Astro. Ini bermakna pelanggan Astro boleh menikmati kandungan tambahan tanpa perlu membayar lebih banyak.

Astro On The Go – Bawa Astro Anda Dimana-mana Sahaja

Astro On The Go

Apakah Itu Astro On The Go?

Astro On The Go atau dikenali sebagai Astro GO ialah aplikasi penstriman percuma bagi semua pelanggan Astro untuk menikmati rancangan dan saluran kegemaran mereka di telefon pintar, tablet, dan komputer mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja di Malaysia.

Pelanggan Astro dengan langganan Pay-TV aktif boleh menghubungkan akaun mereka untuk menonton kandungan permintaan dan saluran TV yang tersedia di Astro GO sebagai sebahagian daripada langganan mereka.

Siaran Percuma Kepada Pelanggan Astro

Bagi penggunaan aplikasi Astro Go ini adalah merupakan aplikasi percuma yang dibuat khas kepada pelanggan terhormat. Dengan tiada bayaran kos mahupun kos tersembunyi, pihak Astro berjaya menarik minat dan memberi kemudahan kepada pelanggan untuk menikmati akses di mana sahaja berdasarkan langganan pakej mereka.

Kelebihan Menggunakan Astro On The Go

Melalui aplikasi yang diperkenalkan, pihak Astro hadir untuk memberi kelebihan kepada para pelanggan dalam mendapatkan akses percuma penstriman secara atas talian. Terdapat beberapa kelebihan yang para pelanggan wajib ketahuinya lebih lanjut seperti berikut:

Mod Interaktif yang Memudahkan

Tonton perlawanan bola sepak, Tenis dan lain-lain secara LANGSUNG, juga dapatkan sorotan serta statistik segera, dan banyak lagi ciri menarik untuk peminat sukan.

Akses Awal Untuk Pelanggan Baru

Istimewa kepada pelanggan baru,melalui Astro Go tidak perlu untuk anda menunggu dekoder dipasang dirumah bahkan anda boleh terus akses strim percuma.

Cari Saluran dan Filem yang Anda Sukai

Cari apa yang anda mahu dengan lebih cepat dan mudah. Cukup dengan hanya taip tajuk, pelakon, pengarah, nama atau nombor saluran dan anda akan dapat temui dengan mudah.

Semua Astro,Dalam Genggaman Anda

Tonton pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan lebih daripada 65,000 video atas permintaan dan lebih daripada 100 saluran TV. Selain itu, dengan satu akaun id Astro anda boleh kongsikan dengan 4 peranti lain.

Rakaman Awan

Pelanggan Astro juga akan dapat merakam semua program yang anda mahu pada masa yang sama. Ini dapat memudahkan anda menonton tanpa atas talian. Selain itu, Astro On The Go juga mmeberi anda untuk nikmati 200 jam rakaman secara PERCUMA.

Mainkan Dari Awal Segala Rancangan Televisyen

Jikalau anda sibuk dan tidak mahu terlepas rancangan kegemaran anda, Kini hanya dengan aplikasi Astro Go anda tidak perlu risau dan boleh mulakan semula program itu. Tiada pengakhiran untuk anda jika dengan Astro On The Go.

Mengetahui adanya kemudahan ini, para pelanggan Astro akan mendapat kelebihan dan keistimewaan ini. Jikalau anda ingin mendapatkan akses percuma Astro On The Go, anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai cara daftar,login dan lain-lain.

Daftar dan Login Astro On The Go

Akses Astro On The Go Secara Atas Talian Melalui Website dan Aplikasi

Untuk akses adalah disediakan dua cara kepada para pelanggan Astro. Untuk mendapatkan akses,anda boleh menggunakan aplikasi atau website Astro Go.

AksesPenerangan Cara
Aplikasi Astro Goa)Muat turun aplikasi Astro GO pada peranti anda dengan mengklik di sini. Pastikan anda mempunyai versi terkini untuk menikmati ciri-ciri baru.
b) Untuk peranti Huawei, pergi ke App Gallery untuk memuat turun aplikasi Astro GO. Untuk masa kini, peranti yang disokong dan sistem operasi adalah seperti berikut: Sokongan Peranti: Huawei P40 Keperluan Platfrom: EMUI 10.1 & ke atas
Laman Web Astro GoPenstriman terus melalui komputer atau laptop anda di laman web Astro Go.

Cara Daftar dan Login Astro On The Go

Apabila melancarkan aplikasi Astro GO, anda akan diminta untuk log masuk melalui Astro ID anda. Jika anda belum mempunyai Astro ID, sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk mencipta satu:

Astro On The Go

Berikut adalah senarai langkah-langkah yang mudah untuk menghubungkan Astro GO dengan Astro ID anda:

  1. Jika anda belum mempunyai Astro ID:
    a. Klik “Cipta Sekarang!” pada langkah 1 atau log masuk dengan pilihan lain pada langkah 2.
    b. Masukkan nama anda, emel atau nombor telefon mudah alih yang dipilih serta kata laluan yang dikehendaki pada langkah 2.
  2. Selamatkan akaun anda:
    a. Pada langkah 3, masukkan nombor MyKad pemegang akaun diikuti dengan nombor akaun Astro atau nombor kad pintar. Anda boleh rujuk Bil Astro untuk nombor akaun (10 digit) atau mencari nombor kad pintar (12 digit) di Ch200.
  3. Sahkan nombor telefon mudah alih:
    a. Pada langkah 4, anda akan menerima kod pengesahan ke nombor telefon mudah alih anda.
    b. Masukkan kod pengesahan 6-digit yang diterima atau klik pautan pengesahan emel untuk mengesahkan.
  4. Berjaya!
    a. Pada langkah 5, Astro ID anda kini telah selamat dihubungkan.
    b. Anda boleh menggunakan Astro ID ini untuk mengakses semua kandungan dan perkhidmatan menarik Astro.

Dengan langkah-langkah yang mudah ini, anda sudah bersedia untuk memulakan penstriman Astro GO!

Manual Panduan Penggunaan Astro On The Go

Apakah Astro ID?

Astro ID adalah akaun yang anda gunakan untuk log masuk dan menguruskan semua perkhidmatan Astro anda dalam talian (contohnya, aplikasi Astro GO, Aplikasi MyAstro, dll.). Anda boleh mencipta Astro ID menggunakan nombor telefon atau alamat emel anda di sini.

Bagi pelanggan Pakej Filem, anda boleh mengaktifkan akaun Disney+ dan HBO GO anda menggunakan Astro ID anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Astro ID, sila klik di sini. Jika anda memerlukan bantuan lanjut, klik WhatsApp.

Masalah Log Masuk Ke Astro GO.

Sila pastikan bahawa:

  • Anda log masuk dengan Astro ID yang betul yang telah didaftarkan (emel atau nombor telefon) dan kata laluan.Jika anda tidak dapat mengingati kata laluan anda, sila gunakan fungsi “lupa kata laluan”.
  • Anda mempunyai Astro ID yang dikaitkan dengan akaun Astro. (nota: pengguna NJOI yang dikaitkan tidak akan dapat log masuk ke Astro GO)
  • Akaun Astro anda aktif dan bukan dalam tempoh penangguhan. Jika semua syarat di atas telah dipenuhi, anda boleh mencuba beberapa penyelesaian cepat di bawah:
    • Kosongkan cache pada pelayar atau aplikasi anda.
    • Semak jika anda mempunyai versi pelayar atau aplikasi terkini.
    • Log keluar dan log masuk semula ke dalam pelayar atau aplikasi.
    • Mulakan semula pelayar atau aplikasi.
    • Mulakan semula peranti mudah alih anda.
    • Mulakan semula sambungan internet anda.

Jumlah Peranti yang Boleh Di Daftarkan Ke Astro On The Go

Anda boleh mendaftarkan sehingga empat (4) peranti. Untuk membuang peranti dari Astro GO, klik pada Tetapan > Peranti Terdaftar untuk melihat dan buang peranti dari senarai peranti yang didaftarkan dengan Astro ID anda. Untuk penggunaan secara serentak, pengguna dibenarkan untuk menggunakannya secara serentak pada dua (2) peranti yang didaftarkan sahaja.

Tukar PIN 4-digit Di Astro On The GO

PIN lalai adalah 0000. Anda boleh menukar PIN kepada yang lebih selamat dengan cara ini:

  • Pergi ke Tetapan
  • Dalam Pilihan anda, pilih Pengurusan PIN
  • Masukkan PIN lama atau PIN lalai dan teruskan untuk mencipta PIN baru
Astro On The Go 1

Cara Download Rancangan atau Filem di Astro Go

Fungsi Muat Turun menyediakan alternatif kepada penstriman agar anda boleh menonton rancangan TV dan filem secara offline di mana-mana sahaja.

Anda boleh memulakan muat turun filem/rancangan TV dengan mengklik butang “Muat Turun”. Sila ambil perhatian bahawa anda hanya boleh memuat turun satu tajuk pada satu-satu masa. Tajuk lain akan berada dalam barisan dan akan bermula memuat turun secara automatik sebaik sahaja muat turun pertama selesai.

Setelah anda memuat turun satu tajuk, ikon kemajuan akan menunjukkan “Selesai” dan anda boleh mencari kandungan yang telah dimuat turun dengan memeriksa “Perpustakaan Saya” > “Muat Turun.”

Astro Go
Cara Daftar dan Login Astro On The Go Untuk Akses Lebih 100 Saluran Percuma 8

*Untuk menjimatkan penggunaan data, kami mencadangkan untuk memuat turun melalui Wi-Fi.
Tempoh penyimpanan kandungan yang dimuat turun berbeza mengikut jenis kandungan.

  1. Setiap filem – minimum 2 Hari
  2. Setiap episod siri TV – minimum 7 Hari
    Bilangan hari yang tinggal bagi anda untuk melihat kandungan anda dalam mod offline ditunjukkan untuk setiap kandungan yang dimuat turun sebagai rujukan anda. Kandungan yang telah tamat tempoh akan dipadamkan secara automatik dari aplikasi, membebaskan penyimpanan peranti anda.

Cara Untuk Membuat Pembelian di Astro GO

Fungsi pembelian di Astro GO hanya tersedia untuk pengguna peranti Android atau pengguna laman web. Bagi pengguna peranti Apple, sila ke laman Astro Go untuk membuat pembelian anda.
Berikut adalah langkah-langkah pembelian:

Astro Go 1
  • Pergi ke bahagian Kedai
  • Pilih MENU KEDAI, pilih kandungan yang anda ingin beli
  • Klik pada SEWA
  • Masukkan PIN Anda (PIN Lalai 0000)
  • Sahkan untuk Pembelian
  • Pembelian Berjaya. Nikmatilah!

Tajuk kandungan yang anda beli akan tersedia di bawah “Sewaan” dalam Perpustakaan Saya.Semua pembelian di Astro GO akan ditambahkan kepada bil bulanan anda dan boleh diakses di kedua-dua Astro GO dan dekoder Astro anda. Pembatalan pembelian tidak mungkin selepas pengesahan.

Pembelian kandungan hanya tersedia pada peranti Android dan laman web Astro GO sahaja.

Soalan FAQs Berkenaan Astro On The Go

Mengapa beberapa tajuk tidak tersedia untuk dimuat turun?

Pihak Astro cuba untuk menyediakan sebanyak mungkin filem dan rancangan TV untuk dimuat turun. Walau bagaimanapun, untuk beberapa tajuk, walaupun pihak Astro mempunyai hak untuk menawarkan mereka melalui penstriman, Astro mungkin tidak dapat menawarkan mereka untuk dimuat turun.

Mengapa beberapa rancangan/saluran tidak tersedia di Astro GO saya walaupun mereka ada di dekoder saya?

Tidak semua rancangan/saluran akan tersedia di Astro GO kerana ini bergantung kepada hak kontrak dengan panduan khusus mengenai hak kepemilikan rancangan/saluran ini dan apa yang anda miliki sebagai sebahagian daripada langganan anda. Berikut adalah saluran yang tidak tersedia di Astro GO:
TV3
TAYANGAN HEBAT HD
ART
OKEY
NTV7
8TV
TV9
VELLITHIRAI
THANGATHIRAI HD
SCC
NHK
BOO
FOX MOVIES HD
FOX FAMILY HD
FOX ACTION HD
BABY TV
FOXlife HD
FOX HD
FX HD
ASTRO BEST/FIRST CHANNELS

Apakah Mod Interaktif Astro GO?

Mod Interaktif adalah ciri baru di Astro GO yang meningkatkan pengalaman menonton sukan secara langsung. Semasa perlawanan langsung tertentu, pengguna akan mendapat akses kepada sorotan segera, statistik perlawanan, statistik pemain, dan jadual perlawanan yang akan datang. Pengguna boleh mengakses ciri-ciri ini melalui overlay interaktif di skrin. Mod Interaktif tersedia secara percuma kepada pelanggan dengan Pakej Sukan.
Sila kemas kini ke versi terkini aplikasi Astro GO pada peranti Android atau iOS anda. Di halaman butiran saluran, anda boleh menemui butang “Mod Interaktif.” Mengetuknya akan melancarkan pemain dalam pemutaran “Mod Interaktif.” Sila ambil perhatian bahawa Mod Interaktif hanya boleh digunakan semasa perlawanan LANGSUNG, tidak semasa ulangan.

Adakah saya perlu membayar tambahan untuk menggunakan Astro On The GO?

Tidak, Astro GO adalah aplikasi percuma untuk pelanggan Astro. Kandungan yang tersedia di Astro GO akan bergantung kepada pakej langganan yang anda langgan.

Dimanakah Astro On The GO tersedia?

Pada masa ini, Astro GO hanya tersedia di Malaysia. Anda tidak akan dapat mengaksesnya jika anda berada di luar negara.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati