Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Subsidi Petrol Akan Dipotong Bermula Tahun 2024

Subsidi Petrol Akan Dipotong Bermula Tahun 2024
Subsidi Petrol Akan Dipotong Bermula Tahun 2024 4

Kerajaan Malaysia akan meneruskan tindakan untuk subsidi Petrol akan dipotong atau subsidi bahan api pada tahun ini untuk mengurangkan defisit fiskal negara. Berdasarkan laporan Bloomberg, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengatakan bahawa langkah itu perlu dibuat untuk menguruskan kesan berantai daripada pemotongan subsidi berkenaan dengan mengambil kira kemungkinan berlaku peningkatan inflasi sebelum pelaksanaannya.

Oleh itu, Kerajaan akan melaksanakan pengurangan subsidi secara berperingkat dengan mengambil faktor risiko inflasi meningkat sebelum perancangan itu dilaksanakan. Ia adalah susulan jangkaan rasionalisasi bahan Petrol tersebut.

Berkenaan Subsidi Petrol Akan Dipotong Bermula Tahun 2024

Sebab Subsidi Petrol Akan Dipotong

Subsidi Petrol Akan Dipotong Bermula Tahun 2024

Kerajaan Malaysia kini berada pada landasan yang tepat untuk memberi bantuan bersasar kepada golongan memerlukan. Kerajaan tetap akan melaksanakan tindakan berkenaan. Selain itu, kerajaan sedang berusaha mencapai standard fiskal negara.

Menurut Rafizi, beliau turut memaklumkan bahawa garis masa yang ditetapkan perlu dipatuhi bagi mencapai sasaran fiskal 4.3 peratus. Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bertindak untuk membatalkan subsidi besar dan meluaskan asas pendapatan dalam meningkatkan keyakinan pelabur di negara ini.

Perancangan Kerajaan Dalam Subsidi Petrol Akan Dipotong

Kerajaan Malaysia dalam perancangan untuk mengecilkan defisit belanjawan kepada 4.3 peratus daripada keluaran dalam negara kasar tahun ini berbanding pada kadar 5 peratus tahun lalu. Ini adalah kerana pelabur tidak sabar dengan pelancaran lambat pembaharuan yang dijanjikan.

Dengan keadaan ringgit merosot kira-kira 4 peratus tahun ini dan menghampiri paras paling lemah sejak krisis kewangan Asia 1998. Rafizi mengatakan bahawa beliau tidak terlalu mengambil berat tentang prestasi mata wang kerana ia tidak menjejaskan minat pelabur asing dan tidak menghalang hasrat kerajaan dalam meneruskan perancangan.

Subsidi Petrol Akan Dipotong Memberi Kelebihan Pada Negara

Subsidi Petrol Akan Dipotong Bermula Tahun 2024

Menurut Rafizi, kaedah kepada alternatif tersebut adalah bagi membuat perubahan struktur kepada ekonomi melalui mewujudkan salah satu ekosistem permulaan terbaik dunia di Malaysia.

Rafizi mengatakan kerajaan berusaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan untuk syarikat baharu global bagi memanfaatkan pembiayaan dan juga memberi perkhidmatan kepada pasaran Asia Tenggara yang lebih besar.

Negara Malaysia sepatutnya menjadi tempat yang terbaik untuk syarikat baharu dalam sektor teknologi dan digital dengan mengambil kira semua kelebihan yang dimiliki. Oleh itu, Kerajaan Malaysia kini sedang menumpukan usaha bagi mewujudkan salah satu ekosistem ‘start-up’ terbaik dunia dalam negara.

Dalam masa yang sama, Khazanah Nasional Bhd akan mewujudkan ‘super fund’ bersama dana berdaulat lain untuk melabur dalam syarikat permulaan, yang diharapkan kerajaan bakal menarik firma modal usaha niaga ke dalam negara.

Melalu perancangan kerajaan untuk subsidi petrol akan dipotong adalah berdasarkan keadaan negara yang lebih memerlukan. Bahkan kerajaan Malaysia boleh jimat RM29 Billion jika potong subisidi Petrol dan Diesel.

7 KOMEN

  1. Buang masak sokong Kerajaan yg separuh masak ini . Janji nak turunkan harga minyak, hapuskan PTPTN , Tol Dan kurangkan harga API – Air semyanya bohong !

  2. Rancangan atau pembaharuan subsidi khusus utk rakyat kita amat menyokong..

    akan tetapi Kerajaan perlu lbh berhati² akan kesan kpd impak² tertentu..
    – mgkin menafaatnya baik utk keterjaminan negara
    – mgkin sbaliknya musibah utk rakyat
    Kenaikan harga minyak akan menambah beban kpd rakyat, dgn pelbagai kesan tambahan sprti brg,pengagkutan dll

    sebaiknya kita memikirkan mgkin bagaimana keperluan minyak negara tidak bergantung minyak dr luar negara..
    sdgkn negara adalah pengeluar minyak dan gas (yg diperoleh dr negeri sprti Terengganu,Sarawak)

    Kita lihat Negara pengeluar minyak, terdekat Negara jiran sprti Brunai boleh menyediakan harga minyak kpd rakyatnya dlm lingkungan serendah RB 0.50 perlit.

    Mengapa kita hanya melihat beban negara lbh menjurus kpd Minyak (terutama RON95 ) semata²

    sdgkn lbh bnyk lg perbelanjaan negara yg boleh dipotong, dihapuskan atau sbginya..
    ..

  3. Langkah ini adalah untuk memastikan rakyat mendapat manfaat daripada program2 rasionalisasi subsidi!! Kita wajib sokong 1000 peratus

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati