Anda WAJIB Simpan Duit Dalam 5 Tempat Ini. Dijamin Oleh Kerajaan!. Tidak dinafikan bahawa simpanan adalah amat penting untuk masa depan.
Apakah itu Simpanan?
Isi Kandungan
- 1 Apakah itu Simpanan?
- 2 Anda WAJIB Simpan Duit Dalam 5 Tempat Ini. Dijamin Oleh Kerajaan!
- 3 1. Simpan di Tabung Haji
- 4 2. Simpanan Pendapatan Tetap (Fixed Income)
- 5 3. Skim Persaraan Swasta atau lebih dikenali sebagai Private Retirement Scheme (PRS)
- 6 4. KWSP
- 7 5. Sijil Simpanan Premium produk BSN (BSN SSP)
Sebagaimana yang ramai ketahui bahawa, simpanan adalah duit yang kita kumpul daripada sumber pendapatan hasil titik peluh kita, dan disimpan untuk kegunaan ketika kecemasan. Ada banyak tempat dan platform yang boleh menggandakan duit dengan stabil tanpa mengganggu prinsip (wang asal) dan begitu mudah untuk dicairkan.
Kita semua sedar yang menyimpan duit bukan fitrah semulajadi kita. Ini adalah tabiat yang perlu dibiasakan. Kena ulang-ulang buat.
Merangka simpanan untuk masa depan adalah terlalu penting bagi menjamin kehidupan yang lebih baik. Orang dulu-dulu suka letak duit di celahan susunan baju yang telah dilipat di rak baju ataupun dalam sampul surat, letak di atas almari untuk simpan.
Memang kreatif orang lama-lama dahulu. Walaupun duit sedikit, tetapi mereka sentiasa peka untuk menyimpan.
Tetapi, berisiko dan berbahaya jika simpan wang di rumah. Tidakkah lebih baik jika kita simpan di tempat yang lebih terjamin dan selamat?
Anda WAJIB Simpan Duit Dalam 5 Tempat Ini. Dijamin Oleh Kerajaan!
Buat anda yang sedang mencari cara terbaik untuk menyimpan tu, apa kata anda mencuba 5 tempat ini:
Anda yang sedang mencari kaedah terbaik untuk menyimpan tu, apa kata anda mencuba 5 tempat ini:
1. Simpan di Tabung Haji
Cara yang paling mudah adalah Tabung Haji. Simpanan di TH adalah menggunakan konsep “Wakalah” bermaksud seseorang (Muwakkil) yang melantik satu pihak yang lain (Wakil) menjadi wakilnya untuk mengendalikan urusannya. Sudah semestinya ia adalah patuh syariah ianya terjamin sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.
Sebagai penyimpan yang bijak, anda mestilah menggunakan wadah Tabung Haji sebagai platform simpanan untuk menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu ibadat Haji. Tetapi sebenarnya adalah berbaloi untuk membuat simpanan dalam Tabung Haji kerana hasil pulangannya yang agak tinggi dan konsisten setiap tahun.
Antara kelebihan menyimpan dalam Tabung Haji adalah:
- Patuh syariah
- Modal simpanan anda terjamin
- Pemberian dividen dikenali sebagai hibah yang kompetitif
- Dividen dan bonus dikecualikan cukai (ini paling best)
- Zakat dibayar secara automatik oleh pihak Tabung Haji (tak perlu susah nak kira zakat)
- Boleh menyimpan dan mengeluarkan duit tanpa had
2. Simpanan Pendapatan Tetap (Fixed Income)
Tidak kurang yang memilih fixed deposit atau simpanan tetap yang patuh syariah sebagai salah satu medium simpanan. Fixed deposit mempunyai ciri risiko yang rendah, oleh sebab itu pulangannya juga tidaklah setinggi mana.
Fixed deposit menjamin wang simpanan anda dipulangkan pada akhir tempoh. Tugas anda adalah menunggu untuk ianya matang (6 bulan,12 bulan,15 bulan,18 bulan atau 36 bulan).
Ramai orang pusing kepala bila OPR melonjak naik 4 kali dalam tahun 2022. Tetapi antara kelebihan bila OPR naik adalah kadar keuntungan / fixed deposit rates juga akan naik, ia akan menggalakkan lebih ramai untuk simpan dalam fixed deposit, dan memberi pulangan yang lebih tinggi.
3. Skim Persaraan Swasta atau lebih dikenali sebagai Private Retirement Scheme (PRS)
Private Retirement Scheme (PRS) merupakan sebuah pelan simpanan dan juga pelan pelaburan jangka masa panjang (long term investment) secara sukarela yang diasaskan bagi menambah simpanan dana persaraan. Ianya antara pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia sama ada yang bekerja di sektor awam atau swasta juga bagi mereka yang bekerja sendiri.
PRS ini mempunyai persamaan dengan skim simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sebagaimana akaun KWSP, PRS juga dibahagikan kepada 2 sub-akaun, iaitu akaun A (70%) dan akaun B (30%).
Anda sudah boleh memulakan simpanan persaraan dalam PRS dengan modal serendah RM100 saja.
Tidak menjadi masalah jika anda sedang mencarum dalam KWSP, anda juga boleh juga membuat penyimpanam dalam PRS untuk menambah tabung persaraan nanti.
Tahukah Anda Bahawa Penyedia Dan Pilihan Dana PRS Patuh Syariah
Secara keseluruhannya, terdapat 8 Penyedia PRS di Malaysia yang menawarkan sebanyak 57 Dana PRS. Daripada jumlah ini, 26 daripadanya adalah Dana PRS Patuh Syariah. Jadi anda tidak perlu risau samaada ianya halal atau tak.
4. KWSP
Wajib mencarum ke dalam akaun KWSP bagi mereka yang bekerja dalam sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam dengan kaedah melalui potongan gaji bulanan oleh majikan di bawah Akta KWSP 1991.
Untuk pengetahuan anda, caruman KWSP terhad hanya kepada mereka yang diwajibkan di bawah Akta KWSP 1991 sahaja.
Adalah sangat dialu-alukan penyertaan sukarela daripada mereka yang tidak tertakluk di bawah undang-undang KWSP . Ini bermakna, mereka yang berniaga sendiri juga boleh mencarum dan menyimpan dalam pelan simpanan KWSP.
Mereka yang membuat kerja sendiri dan tiada income tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan juga boleh mencarum secara sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
Bagi menggalakkan sifat menabung dalam kalangan rakyat Malaysia, Bank Simpanan Nasional (BSN) menerusi BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) dengan memperkenalkan tujuh kategori cabutan bertuah baharu pada 2022, berbanding hanya enam kategori tahun lalu.
Tukarkan wang tunai kepada Sijil Simpanan Premium serendah RM10 dan berpeluang menang cabutan bertuah, paling best adalah hadiah bernilai RM1 juta!
Produk simpanan ini telah melahirkan seramai 71 orang jutawan dari tahun 1978 sehingga Disember 2021.