TEBUS BAUCAR RM200 DI SHOPEE
Join WhatsApp Group Info SGO
SEDA dengan kerjasama Shopee telah mewujudkan sebuah program yang diberi nama SAVE 2.0 (TEBUS BAUCAR RM200 DI SHOPEE) yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021 yang lalu.
Inisiatif progam ini adalah untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia yang ingin membeli peti sejuk atau penghawa dingin tetapi kurang berkemampuan.
Walaubagaimanapun, program ini adalah terhad dengan menggunakan konsep first come first serve, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Program ini memberi e-rebate sebanyak RM200 kepada isi rumah untuk membeli peralatan eletrik seperti peti sejuk atau penyaman udara yang berlabel 4-5bintang oleh ST (Suruhanjaya Tenaga).
SYARAT KELAYAKAN :
- Warganegara Malaysia
- Pengguna akaun elektrik domestic di syarikat utility elektrik berdaftar seperti TNB,SESB,SEB
- Menggunakan e-Rebat untuk membeli penyaman udara ATAU peti sejuk yang berlabel 4 atau 5 bintang cekap tenaga pada tahun 2021
- 1 akaun bil hanya untuk 1 e-Rebat sahaja
CARA MENEBUS BAUCAR RM200 E-REBAT :
- Layari https://shopee.com.my/m/program-save
- Isi maklumat yang diminta termasuk maklumat akaun eletrik domestic yang berdaftar
- Sahkan/setuju
- Hantar
- Sekiranya quota masih ada, baucar RM200 akan dimasukkan ke akaun Shopee E-Wallet anda