Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

OFFICIAL MAKLUMAN BANTUAN SMIS RM150 & RM500 KERAJAAN SELANGOR TAHUN 2023 | SEMAK KELAYAKAN ANDA

MAKLUMAN BANTUAN SMIS
MAKLUMAN BANTUAN SMIS

MAKLUMAN BANTUAN SMIS RM150 & RM500 KERAJAAN SELANGOR TAHUN 2023 | SEMAK KELAYAKAN ANDA.Pihak kerajaan sentiasa mengambil cakna akan kebajikan rakyat dan mencuba sedaya mampu untuk menolong rakyat yang dalam kesusahan dan kebuntuan.Di samping itu,antara alternatif kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat adalah memperkenalkan pelbagai skim bantuan bagi golongan yang memerlukan.

Bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan dibawah pelbagai Jabatan atau Kementerian di Negeri mengikut kesesuaian pemohon dari pelbagai peringkat.Skim Mesra Usia Emas(SMUE) diperkenalkan untuk membantu warganegara yang telah berusia akan tetapi skim SMUE akan diubah kepada Skim Mesra Insan Istimewa(SMIS) bermula pada tahun depan.

Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari telah membentang Belanjawan 2023 bagi Negeri Selangor.Beliau berkata,SMIS menfokuskan kepada golongan OKU di Negeri Selangor tanpa mengikut kadar umur usia dan pendapatan seseorang.
Adapun ,SMUE adalah bantuan bagi golongan tua yang berusia yang cukup kelayakan.

Ikuti Link Telegram Info semasa bantuan kerajaan Malaysia secara lanjut dan penuh.

Telegram Bantuan Kerajaan

Anda juga boleh ikuti di Sistem Guru Online untuk pelbagai bantuan

Klik disini

MAKLUMAN BANTUAN SMIS RM150 & RM500 KERAJAAN SELANGOR TAHUN 2023 | SEMAK KELAYAKAN ANDA

Senarai Inisiatif Bantuan Belanjawan Negeri Selangor 2023Apakah Itu SMIS?

SMIS merupakan nama singkatan bagi Skim Mesra Insan Istimewa bagi rakyat Selangor.SMIS ialah bantuan kewangan kerajaan Selangor yang menfokuskan kepada rakyat yang OKU yang berdaftar.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memberitahu sebelum ini OKU akan diletakkan di bawah kelolaan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) namun inisiatif ini akan distruktur balik.

“Di samping penstrukturan ini, Selangor akan menambah nilai baucar beli-belah daripada RM100 kepada RM150.

“Dengan penambahan nilai baucar tersebut, program SMUE dan SMIS akan melibatkan penambahan peruntukan sebanyak RM10 juta menjadikan peruntukan bagi SMUE dan SMIS berjumlah RM 30.5 juta pada 2023,” ujar beliau ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2023.

Apakah Manfaat Skim Bantuan SMUE Dan SMIS?

Pada 1 Januari 2021, setiap permohonan yang layak dan berjaya mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh kementerian akan memperolehi dua(2)faedah yang besar dibawah program ini.Faedah tersebut ialah seperti dibawah:

Baucar Shopping Yang Bernilai RM 100 (Manfaat Semasa Hidup)

  •  Pemohon yang layak akan diberi baucar shopping RM 100 di mall yang ditentukan pada bulan kelahiran pemohon. Penyerahan faedah akan dibuat melalui pejabat Pusat Khidmat DUN.
  •  Pemohon yang layak (ahli) diharuskan untuk mengemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon dan sentiasa pantau kemaskini peribadi bagi mengelakkan pemohon terlepas pemakluman

Khairat Kematian RM500 (Faedah Selepas Kematian)

  •  Jumlah faedah yang diterima adalah RM500
  •  Tertakluk kepada kematian bermula 1 Januari 2021
  •  Tuntutan khairat kematian SMUE hanya boleh dibuat sekiranya simati dan nama pewaris telah didaftarkan di bawah SMUE sahaja.
  •  Pembahagian wang  akan dibuat melalui dalam bentuk tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN atau pindahan wang terus ke akaun pewaris.
  •  Seandainya  simati belum memohon, maka pewaris dikehendaki membuat permohonan SMUE dahulu  selama 6 bulan dari tarikh simati meninggal dunia.

KADAR BANTUAN BAGI GOLONGAN OKU(SMIS)

Kadar Bantuan kewangan Kerajaan Selangor dibahagikan kepada dua faedah dibawah SMUE dan SMIS.Pertama,khairat kematian untuk pemohon (ahli)yang layak berjumlah RM500 ringgit akan dibelanjakan kepada waris ahli yang berdaftar.

Di samping itu, faedah kedua yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri Selangor adalah menambah nilai baucar shopping berjumlah RM50 lalu menjadikan nilaian baucar bertambah kepada  menjadi RM150. Baucar ini akan diberi pada bulan kelahiran dan boleh buat tuntutan di Dun pemohon masing-masing.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BAGI BANTUAN SMUE DAN SMIS

 Bagi anda yang layak untuk memohon bagi bantuan ini,anda dikehendaki semak dahulu syarat-syarat kelayakan yang diminta oleh pihak kementerian bagi memudahkan permohonan anda diterima.

KATEGORI SKIM MESRA INSAN ISTIMEWA OKU(SMIS)

  1. Anda semestinya anak  bumiputera Malaysia
  2. Pemohon masih hidup atau mati dari tarikh 1 Jun 2021 dan memohon 6 bulan dari tarikh kematian.
  3. Hanya untuk rakyat yang lahir di Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan sebelum 1 Februari 1974 tanpa ada had umur.
  4. Sekurang-kurangnya lahir luar Selangor dan bermastautin selama 15 tahun di Selangor.
  5. Anda mestilah pengundi yang berdaftar di Selangor semasa permohonan dibuat.
  6. Alamat kad pengenalan hendaklah alamat di Selangor sahaja.

KATEGORI SKIM MESRA USIA EMAS(SMUE)

  • Anda hendaklah warganegara Malaysia
  • Anda haruslah berumur 60 tahun keatas
  • Anda masih hidup atau belum meninggal dunia pada 1 Januari 2021
  • Alamat kad pengenalan hendaklah alamat di Selangor sahaja
  • Anda mestilah pengundi yang berdaftar di Selangor semasa permohonan dibuat.

Bantuan lain:

Bantuan Pemberian E-wallet Rm300

CARA PERMOHONAN SKIM SMUE DAN SMIS:

  • Bagi pemohon yang telah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah diberikan,maka permohonan ini boleh dibuat secara online di Sistem E-Mesra.Yamas.
  • Bagi pemohon untuk meneruskan permohonan mestilah menyediakan beberapa dokumen-dokumen yang penting dan mesti diisi seperti yang diinginkan.
  • Borang sokongan yang siap diisi perlu dihantar bersama dengan borang permohonan.Bagi pemohon yang memohon di atas talian (online) hendaklah mengisitwrlbih dahulu maklumat sebelum mencetak keluar permohonan.
  • Permohonan online juga mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh 14 hari setelah membuat permohonan dan perlu menghantar ke Pejabat Yawas atau Pejabat Khidmat masyarakat yang berdekatan

Maklumat lebih berkaitan SMUE dan dokumen-dokumen yang perlu diisi,anda boleh rujuk kembali pada Portal Rasmi- KLIK DISINI

Adapun maklumat SMIS akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Semoga permohonan anda berjalan dengan baik dan anda haruslah mengemaskini selalu maklumat borong permohonan supaya tidak tersalah dan tertinggal.Selain itu,harap dengan bantuan ini sekurang-kurangnya dapat membantu golongan warga emas dan OKU

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati