Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

MAKLUMAN SPR : 10 Langkah Mengundi PRU15 & Ciri-Ciri Undi Rosak

MAKLUMAN SPR : 10 Langkah Mengundi PRU15 & Ciri-Ciri Undi Rosak
MAKLUMAN SPR

MAKLUMAN SPR : 10 Langkah Mengundi PRU15 & Ciri-Ciri Undi Rosak. Dimaklumkan bahawa negara kita akan mengadakan pilihan raya umum ke 15 bertarikh 19 November 2022 bersamaan hari Sabtu.

Pilihan raya kali ini diselia oleh Suruhanjaya pilihan raya (SPR). Setiap undi daripada pengundi yang layak akan diambil kira oleh pihak SPR.

Sistem Guru Online akan kongsikan kepada anda cara pangkah undi serta langkah langkah pengundian untuk dijadikan panduan pada hari pilihanraya nanti.

Semak Tempat Undi Anda, Pastikan Anda Bersedia Untuk Mengundi PRU Kali ini :

Semak Tempat Undi PRU-15

MAKLUMAN SPR : 10 Langkah Mengundi PRU15 & Ciri-Ciri Undi Rosak

Bagi pengundi rakyat Malaysia yang pertama kali mengundi pastinya anda tertanya-tanya bagaimana cara pangkah undi yang betul.

Bagi anda pengundi ,persediaan yang paling penting anda perlu lakukan adalah dengan membawa salah satu dokumen pengenalan diri seperti berikut:

  1. Kad pengenalan diri
  2. Passport
  3. Lesen memandu kenderaan
  4. Dokumen pengenalan sementara
  5. Resit laporan kehilangan kad pengenalan yang disahkan JPN.

Langkah-Langkah Mengundi

Adalah dikongsikan kepada anda para pengundi langkah-langkah mengundi yang dimaklumkan secara rasmi oleh pihak SPR, berikut merupakan langkah-langkah tersebut;

  1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh anggota polis yang bertugas mengawal selia pintu masuk.
  2. Sila serahkan MyKad atau dokumen pengenalan diri serta slip semakan sekiranya ada kepada kerani pengundian kemudian Sila tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.
  3. Kerani pengundian pertama akan memberikan MyKad pengundi kepada kerani pengundian kedua untuk membuat pengesahan. Pastikan nombor kad pengenalan dan nama anda yang di teriakan oleh kerani pengundian pertama adalah TEPAT.
  4. Bergerak ke hadapan kerani pengundian kedua dan celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol dakwat pilihan raya apabila diminta oleh kerani pengundian kedua untuk berbuat demikian.
  5. Anda akan terima kertas undi daripada kerani pengundian ketiga. (Kerani pengundian pertama akan membuat penandaan nama anda dalam buku daftar pemilih pilihanraya apabila jari anda dicelupkan ke dalam botol dakwat pilihan raya).
  6. Kemudian bergerak ke meja ketua tempat mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit.
  7. Baju ke petang undi dan tandakan pangkah atau “X” pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam kertas undi dengan menggunakan pen yang disediakan. Nota :SILA PILIH SATU CALON SAHAJA
  8. Selepas itu, masukkan kertas undi dalam peti undi yang betul.
  9. Gerak kemeja KTM sekali lagi bagi mengambil telefon bimbit anda.
  10. Segera tinggalkan tempat mengundi usai selesai mengundi.
langkah pengundian 1120x1536 1
MAKLUMAN SPR

Ciri-Ciri Undi Rosak Atau Undi Yang Ditolak

Fakta PRU15..

Untuk pengetahuan anda istilah bagi undi rosak hanya terpakai kepada kertas pun dia “tidak dimasukkan” dalam tempoh pengundian.

Manakala bagi istilah kertas “undi ditolak” ia berlaku semasa proses pengiraan kertas undi saja.

MAKLUMAN SPR
MAKLUMAN SPR

SPR :PERATURAN 21: PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981

Misalnya kertas undi terkoyak secara tidak sengaja, itu istilahnya kertas undi rosak dan ia tidak akan dimasukkan ke dalam peti undi.

Semasa itu, pengundi boleh memohon kertas undi baharu dari Ketua Tempat Mengundi.

SPR : PERATURAN 25 (6) (7) PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981

Ketua Tempat Mengundi atau orang yang telah diberikan kuasa olehnya hendaklah kemudiannya mengira kertas undi itu mengikut undian oleh pemilih bagi setiap calon dan hendaklah mencatatkan perkataan ‘ditolak’ pada mana-mana kertas undi yang ditolak sebagai tidak sah.

Ketua Tempat Mengundi hendaklah menolak sebagai tidak sah kertas yang berikut sahaja, iaitu mana-mana kertas undi:

  1.  Kertas undi tidak dicapkan dengan tanda rasmi
  2.  Undi diberikan lebih dari satu calon
  3.  Menulis perkataan pada kertas undi
  4.  Kertas undi yang tidak bertanda dan tidak menanda di dalam kotak
  5. Pengundi tidak menunjukkan tujuan yang jelas pada kertas undi.

Persoalan : Bolehkah Tanda Selain Pangkah Semasa Pengundian?

Bagi menjawab persoalan di atas menurut pihak SPR mereka menjelaskan bahawa selain tanda pangkah “X” pada kertas undi dengan tanda lain seperti titi ia juga boleh diterima sebagai undi yang sah.

Menurut pengerusi SPR, syaratnya sesuatu tanda itu mestilah dilakukan di dalam ruangan yang disediakan sahaja.

Jika menulis perkataan ianya tidak boleh tetapi kalau ‘dot’, ‘tick’ atau atau apa-apa tanda yang dibuat dalam kotak kita boleh jelaskan bahawa seseorang pengundi itu mempunyai niat untuk memilih calon itu.

Dalam panduan SPR apa apa tanda diterima tidak semestinya pangkah tetapi dengan syaratnya tidak di semua kotak calon pilihan.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati