Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

AMARAN BANJIR : MONSUN TIMUR LAUT(MTL) BERMULA NOVEMBER SEHINGGA MAC 2023 | SEMAK LOKASI YANG BERISIKO

AMARAN BANJIR : MONSUN TIMUR LAUT(MTL) BERMULA NOVEMBER SEHINGGA MAC 2023 | SEMAK LOKASI YANG BERISIKO
AMARAN BANJIR, AMARAN BANJIR,AMARAN BANJIR

AMARAN BANJIR : MONSUN TIMUR LAUT(MTL) BERMULA NOVEMBER SEHINGGA MAC 2023 | SEMAK LOKASI YANG BERISIKO . Maklumat terbaru daripada Jabatan meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah meramalkan Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh akan bermula pada 7 November dan ia akan berterusan sehingga emas tahun 2023.

Menurut ketua pengarah Malaysia Muhammad Helmi Abdullah keadaan itu dijangka membuatkan negara kita menyaksikan empat hingga enam episod luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan berpotensi berlaku sepanjang tempoh yang dinyatakan.

Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai seperti musim-musim yang lalu

Dan sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar boleh jadi risiko kejadian banjir boleh meningkat.

AMARAN BANJIR :  MONSUN TIMUR LAUT(MTL)  BERMULA NOVEMBER SEHINGGA MAC 2023 | MAKLUMAN DARI MET MALAYSIA

Menurut map Malaysia kejadian air pasang besar dijangka berlaku dalam tempoh :

  • 6 hingga 11 dan 22 hingga 27 November ini.
  • 7 hingga 12 dan 22 hingga 26 Disember
  • 6 hingga 10 dan 21 hingga 25 Januari 2023

Tiupan angin timur Laut yang secara berterusan dan kencang semasa musim tengkujuh juga akan menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di perairan Laut China selatan.

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap-sedia menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat nasihat dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

Amaran monsun timur laut

Kepada rakyat Malaysia anda juga diminta untuk untuk mengambil cakna akan lokasi titik panas yang JPS senaraikan agar anda dapat membuat persediaan dan berhati-hati dengan keadaan banjir. Rujuk mengikut negeri:

Senarai Kawasan Hotspot Mengikut Negeri Tahun 2022

Persediaan Menghadapi Banjir Besar

Banjir kilat boleh berlaku secara tiba-tiba dan semestinya rakyat Malaysia mestilah melakukan persediaan yang rapi dan secara serius kerana kita sekarang sudah berada di bulan 11 yang mana kita kenal sebagai musim tengkujuh.

Berbeza untuk tahun ini yang mana Malaysia telah memaklumkan bahawa akan berlaku air pasang besar dan Monsun Timur Laut yang akan menyebabkan kejadian banjir besar-besaran boleh berlaku di beberapa negeri sama ada di bandar dan di luar bandar.

Kali ini kita perlu mengambil langkah yang lebih serius bagi memastikan banjir yang akan kita hadapi dapat diuruskan dengan baik dari segi pengurusan diri, keperluan dan kepentingan peribadi.

Lakukan Persediaan Banjir

Penting untuk rakyat Malaysia melakukan langkah langkah persediaan dalam menghadapi banjir. Ini adalah kerana penting memastikan apa-apa keperluan kita boleh “sedia kan payung sebelum hujan”.

Langkah-langkah persediaan dalam menghadapi banjir

SEBELUM BANJIR
  1. Simpan dokumen penting atau barang berharga ke dalam bekas kalis air
  2. Simpan air bersih untuk kegunaan mandi dan minum
  3. Pastikan lokasi pusat pemindahan dan pusat bantuan yang terdekat
  4. Sediakan peralatan kecemasan secukupnya
  5. Sediakan powerbank untuk kegunaan kecemasan
  6. Bersiap sedia untuk berpindah jika mendapat arahan daripada pihak berkuasaPersedian sebelum banjir
SEMASA BANJIR
  1. Jangan kembali ke rumah tanpa arahan pihak berkuasa
  2. Sentiasa mengikuti perkembangan keadaan banjir
  3. Elakkan menyentuh barangan elektronik
  4. Awasi kanak-kanak dan elakkan daripada bermain dengan air banjir
  5. Jika terdapat risiko banjir kilat di kuala di lokasi anda, segera berpindah
  6. Minum air masak atau ayam berbungkus sahajaPersedian semasa banjir
SELEPAS BANJIR
  1. Jangan hampiri talian elektrik yang putus atau jatuh
  2. Elakkan makan makanan yang sudah terdedah
  3. Elakkan terdedah kepada air banjir supaya tidak dijangkiti penyakit berjangkit melalui bawaan air
  4. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi
  5. Buang makanan yang sudah rosak termasuk makanan dalam tin yang sudah terendam
  6. Masuk rumah dengan berhati-hati dan pastikan anda memakai kasut.Persedian selepas banjir

Berikut telah dikongsikan kepada anda mengenai persediaan banjir yang anda boleh membuat persediaan sejarah awal dan sedar.

Ikuti juga info amaran dara bala banjir kenaikan aras sungai di kawasan anda serta kadar lebat hujan melalui laman sesawang kerajaan:

https://publicinfobanjir.water.gov.my

Semoga perkongsian mengenai banjir ini akan dapat memudahkan urusan para rakyat Malaysia bagi menghadapi banjir yang dijangka berisiko kerana Monsun Timur Laut bermula November ini hingga Mac tahun hadapan.

Ikuti makluman semasa dan info yang akan kami update dari semasa ke semasa di dalam telegram sistem guru online :

telegram us
Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati