Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

7 Gejala Keracunan Makanan Harus Anda Ketahui!

7 Gejala keracunan makanan
7 Gejala Keracunan Makanan

Dewasa ini, tanpa kita sedari kita seringkali dihidangkan dengan pelbagai masalah kesihatan yang semakin mendadak naik dalam kalangan masyarakat tidak kira di dalam mahupun di luar negara. Isu keracunan makanan juga tidak terlepas daripada menjadi tongkat permasalahan dalam dunia kesihatan. Polemik ini dapat diselesaikan dengan mengambil tahu gejala keracunan makanan dan cara-cara mengatasinya.

Hal ini mungkin dipandang remeh-temeh oleh sesetengah orang namun pada hakikatnya kesihatan merupakan tunjang utama dalam kehidupan harian kita. Oleh itu, wajar untuk kita mengambil berat mengenai isu keracunan makanan untuk memelihara dan menjamin kesihatan diri agar tidak terjejas. Tubuh badan yang sihat dan bebas dari sebarang penyakit dapat meningkatkan produktiviti kehidupan individu.

Definisi dan Gejala Keracunan Makanan

Kebiasaannya, kes keracunan makanan terjadi apabila seseorang memakan makanan yang basi atau telah tercemar. Makanan boleh tercemar disebabkan oleh bakteria, virus dan parasit.

Sebelum menyambung perkongsian ini, marilah kita mengetahui dengan lebih lanjut tentang definisi dan gejala keracunan makanan terlebih dahulu.

APAKAH ITU KERACUNAN MAKANAN?

keracunan makanan
7 Gejala Keracunan Makanan

Secara umumnya, keracunan makanan merupakan penyakit yang disebabkan oleh makanan yang tercemar. Keracunan makanan biasanya akan berlaku secara tiba-tiba disusuli dengan gejala. Tahukah anda bahawa makanan boleh tercemar bukan sahaja kerana virus atau bakteria tetapi juga disebabkan oleh toksin alam sekitar seperti racun yang terdapat di cendawan atau sesetengah makanan tertentu.

Terdapat Tujuh Gejala Keracunan Makanan

Gejala yang dialami oleh setiap individu adalah berbeza bergantung dengan jenis racun dan jenis bakteria, kuantiti racun atau bakteria yang termakan, umur dan antibodi seseorang.

Berikuit adalah beberapa gejala keracunan makanan yang harus anda ketahui:

  1. Loya dan muntah-muntah
  2. Sakit perut
  3. Cirit-birit berair
  4. Kurang tenaga dan berasa lemah
  5. Hilang selera makan
  6. Sakit pada bahagian otot
  7. Menggigil

Punca-punca Keracunan Makanan Yang Wajib Anda Tahu

Punca-punca Keracunan Makanan

Makanan yang tercemar dapat kita kenalpasti dari segi rupa, rasa dan bau. Makanan yang kelihatan buruk seperti roti yang terdapat bintik-bintik hijau, rasa yang masam dan bau yang kurang menyenangkan merupakan contoh makanan yang telah tercemar. Kita tidak perlu melakukan ujian mikrobiologi untuk menentukan sama ada makanan tersebut sudah tercemar atau belum kerana kita dapat menilainya dari mata kasar sahaja.

Namun begitu, apakah yang menyebabkan keracunan makanan boleh berlaku? Oleh itu, terdapat beberapa punca keracunan makanan.

Berikut ialah punca- punca keracunan makanan:

1) Makanan Ditinggalkan Terbuka Untuk Tempoh Yang Lama

Makanan tercemar
7 Gejala Keracunan Makanan

Makanan yang tidak ditutup dengan sebarang dulang atau dibiarkan begitu sahaja buat masa yang lama akan menyebabkan kehadiran bakteria atau virus. Hal ini dikatakan demikian kerana serangga pembawa penyakit seperti lalat berisiko untuk menghinggapi makanan yang terbiar tadi. Selain itu, makanan yang terbiar seperti ini juga tidak lagi panas untuk dihidangkan sekali gus menurunkan kualiti makanan apatah lagi jika makanan tersebut bertujuan untuk dijual kepada pelanggan.

2) Makanan Yang Tidak Dimasak Dengan Sempurna

medium rare
7 Gejala Keracunan Makanan

Keracunan makanan juga boleh berlaku akibat makanan yang dimasak dengan tidak sempurna seperti makanan yang separuh masak. Hal ini membolehkan bakteria masih tersisa semasa proses penyediaan makanan. Dalam erti kata lain, bakteria yang terdapat dalam makanan tersebut masih hidup walaupun proses pembersihan telah dilakukan. Suhu juga memainkan peranan penting dalam penyediaan sesuatu makanan. Suhu yang terlalu sejuk dan panas dapat membunuh organisma hidup dalam makanan.

Itulah sebabnya mengapa sesetengah makanan yang dimasakkan menggunakan teknik “slow cook” memakan masa yang panjang. Hal ini bagi memastikan tiada organisma hidup yang tersisa semasa makanan dimasak bagi mengelakkan keracunann makanan berlaku.

3) Makanan Tidak Disimpan Dengan Tatacara Yang Betul

makanan mentah
7 Gejala Keracunan Makanan

Keracunan makanan boleh berlaku sekiranya penyimpanan makanan adalah dalam keadaan yang tidak sepatutnya seperti makanan yang telah dimasak disimpan di dalam bekas yang sama dengan makanan mentah yang lain. Hal ini akan menyebabkan kehadiran bakteria yang seterusnya menjurus kepada keracunan makanan. Tambahan pula, makanan tersebut akan mudah untuk basi jika dicampurkan sekali. Makanan yang telah dimasak dan yang mentah hendaklah diasingkan dalam bekas yang berbeza bagi menjamin kualiti makanan tersebut.

4) Proses Pengendalian Makanan Yang Tidak Bersih

Penyediaan makanan
7 Gejala Keracunan Makanan

Proses pengendalian makanan yang tidak bersih antara faktor berlakunya keracunan makanan. Hal ini kerana kebersihan amat memainkan peranan yang penting dalam pengendalian makanan. Semasa melakukan proses penyediaan makanan, individu hendaklah memakai sarung tangan, sarung kepala dan mecuci tangan sebelum menyentuh makanan. Ini kerana tangan kita terdedah dengan pelbagai jenis bakteria yang terdapat di persekitaran kita.

Faktor Risiko Mendapat Keracunan Makanan

keracunan makanan
7 Gejala Keracunan Makanan

Kesan keracunan makanan dapat mempengaruhi tahap kesihatan seseorang. Oleh itu, adalah baik sekiranya kita mengetahui apa yang meningkatkan risiko keracunan makanan.

Berikut adalah faktor yang mempengaruhi kesan keracunan makanan dalam tubuh badan kita:

  • Umur di mana semakin tua usia, semakin lama masa yang diambil untuk sembuh dari keracunan makanan
  • Wanita mengandung kerana kehamilan menyebabkan perubahan dalam metabolisme dan aliran darah
  • Bayi dan kanak-kanak kerana sistem imun mereka yang masih lemah
  • Pesakit penyakit kronik seperti pesakit diabetes atau AIDS.
Organisma Yang Menyebabkan Keracunan Makanan
Bakteria salmonella sp
7 Gejala Keracunan Makanan

Keracunan makanan disebabkan oleh kehadiran beberapa jenis bakteria dalam makanan. Bakteria-bakteria ini dapat mengancam kesihatan sekiranya kita terkena keracunan makanan.

Di bawah ini merupakan bakteria-bakteria yang menyebabkan keracunan makanan:

  1. Salmonella sp yang dapat ditemui di dalam ayam, ikan, susu dan telur.
  2. E.Coli yang dapat ditemui dalam daging yang kurang masak dan produk segar yang lain.
  3. Shigella yang wujud semasa pengendalian makanan khususnya jika pengendali makanan tidak mementingkan kebersihan atau pengendali dalam keadaan sakit.
  4. Botulism yang terdapat dalam makanan bertin atau khinzir.
  5. Listeria di mana produk makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan produk tenusu yang tidak dipasturkan.
Cara-cara Mencegah Keracunan Makanan
pembersihan sayur
7 Gejala Keracunan Makanan

Tiada permasalahan yang tiada penyelesaiannya. Setiap kali mendapat penyakit, kita akan berfikir untuk mencari penawar dengan secepatnya namun kita lupa bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Rentetan itu, marilah kita menelusuri cara-cara mencegah keracunan makanan agar kesihatan diri kita dapat dijaga.

Di bawah ini merupakan cara-cara mencegah keracunan makanan:

  1. Sentiasa mengamalkan kebersihan.
  2. Membasuh tangan setiap kali keluar dari tandas.
  3. Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan.
  4. Membasuh dengan bersih peralatan yang digunakan sebelum dan selepas memasak.
  5. Simpan semua makanan yang mudah basi di dalam peti sejuk.
  6. Meminum air yang telah dimasak.
  7. Membasuh buah-buahan atau sayur-sayuran yang hendak dimakan mentah.
  8. Memeriksa tarikh luput produk sebelum membeli atau memakan makanan.
  9. Memilih kedai makan yang tidak tercemar jika makan di luar.
  10. Menggunakan pekakas memasak dan papan pemotong yang berbeza semasa memotong ayam atau daging.

Sebagai tirai penutup bicara, isu keracunan makanan ini tidak seharusnya dipandang ringan oleh semua pihak. Oleh itu,diharapkan perkongsian kali ini dapat membantu anda semua dalam memahami secara mendalam isu keracunan makanan ini sekali gus membuka kesedaran untuk sentiasa menjaga kebersihan diri demi kesihatan yang terpelihara.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati