6 Cara Sorok Duit Agar Hujung Bulan Tak Sesak – Inilah Cara Best Yang Diajar Oleh Perunding Kewangan. Gaji dah dekat ni kan. Ramai yang mengadu gaji tak cukup. Yang paling teruk, gaji dah habis sebelum gaji baru masuk.
Memang terseksa juga lah nak tunggu gaji berikutnya. Siapa yang pernah rasa dia tahu la kan..!
Bahaya jugak kalau asyik tak cukup ni jadi amalan. Kita kena cepat-cepat cari cara untuk atasi masalah belanja melebihi pendapatan.
Kagum dan terinspirasi dengan perkongsian oleh perunding kewangan saudara Azli Azizul Ahmad, yang mana beliau kongsikan cara nak sorok duit, agar kita tidak terkapai-kapai dan ikat perut dihujung bulan sementara nak tunggu gaji masuk.
6 Cara Sorok Duit Agar Hujung Bulan Tak Sesak – Inilah Cara Best Yang Diajar Oleh Perunding Kewangan
Isi Kandungan
Baru-baru ini perunding kewangan saudara Azizul Azli Ahmad ada kongsikan cara sorok duit agar kita boleh survive sebelum gaji berikutnya masuk. Berikut adalah 6 tempat best untuk sorok duit.
1. Celahan Dompet
Simpan beberapa duit yang anda selalu gunakan diantara bahagian dompet yang paling mudah. Dan selitkanlah duit yang anda rasa nak simpan dicelahan dompet yang anda rasa tempat itulah yang paling sukar untuk ambil. Amaun yang diselit keperluan masing samaada nak selit RM20, RM50 atau RM100. Jadi bila anda perasan duit dah habis, masih ada lagi beberapa wang kertas tersorok dicelah bahagian I.C kita.
2. Laci Pejabat
Buatlah satu tabung khas didalam pejabat. Anda boleh gunakan tabung Kedai RM2 atau botol kuih raya yang saiz besar pun boleh digunakan. Semuanya atas kreativiti masing-masing, boleh hias ikut suka agar nampak lagi menarik, baru semangat nak menabung kan?. Tapi anda kena pastikan tabung anda tersembunyi dan terkunci di laci pejabat.
3. Dalam Kereta
Di dalam kereta, terdapat beberapa komponen kenderaan yang agak tersorok. Setiap Kereta mempunyai reka bentuk yang berbeza. Anda kena bijak explore celah-celah kecil yang anda boleh selitkan duit ’emergency’ di situ. Tapi anda harus pastikan duit tersebut juga boleh dikeluarkan, jangan pula tersekat dalam komponen kereta tersebut. Satu lagi, pastikan anda tidak lupa, kalau tak akan disedut oleh tukang cuci kenderaan apabila kereta di vacuum.
4. Belakang ‘Casing’ Telefon
Sudah ramai yang amalkan cara ini. Kerana mungkin kita sekali-sekali akan lupa untuk bawa dompet keluar, tapi telefon? Pasti jarang akan lupa. Biasanya mereka akan letakkan duit RM10 sehingga RM50 dalam casing telefon, terpulanglah diri style masing-masing. Sekarang ini, terdapat banyak design casing telefon yang ada bahagian untuk letak duit. Selalunya orang panggil ‘phone wallet’. Ada pelbagai pilihan yang cantik dan murah di Shopee. Tips untuk anda agar duit anda tersembunyi dan tidak menarik perhatian.
5. Name Tag Holder
Teknik ini masyhur juga kerana ramai yang simpan duit didalam name tag mereka masa kerja di pejabat. Simpanan jenis ini boleh selamatkan anda ketika rehat makan tengahari di office. Atau anda mungkin boleh beli lanyard untuk gantung name tag di leher anda agar memudahkan untuk anda bawa bila keluar nanti.
6. Simpan dengan pasangan
Antara tips yang anda boleh gunakan untuk sorok wang adalah simpan dengan pasangan. Pastikan pasangan anda jenis boleh tolong simpan bukannya tolong belanjakan duit tersebut. Paling-paling simpan dengan ibu.
Mungkin anda pelik kenapa perlu berikan kepada orang lain untuk simpankan?
Sebabnya adalah mungkin anda akan segan untuk meminta semula duit tersebut. Jadi, lama-lama duit tersebut akan terkumpul.
Kesimpulannya, ia terpulang kepada kreativiti masing-masing nak selit dekat mana duit kecemasan itu.
Bila terguna duit yang disimpan maka cepat-cepatlah untuk ‘bayar’ balik duit itu.
Anda carilah mana-mana tempat yang strategik yang anda rasa tidak akan hilang dengan mudah. Tetapi jangan sampai orang tahu simpanan kita berapa.
Rujukan : Azizul Azli Ahmad