Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Kalendar Islam 2025 Serta Tarikh Penting Islam Tahun 2025

kalendar islam 2025

Memasuki tahun 2025, pihak JAKIM telah mengeluarkan secara rasminya kalendar Islam 2025 yang diterbitkan khas untuk dijadikan sebagai rujukan oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya mereka yang beragama islam. JAKIM dengan bidang kuasannya yang ada telah memainkan peranan dalam merangka dan mengeluarkan kalendar islam 2025 selaras dengan ketetapan yang betul.

Sebagai umat islam, anda boleh membuat rujukan dan semakan berkenaan kalendar Islam 2025 sebagai inisiatif kepada anda untuk mengikuti perkembangan hadapan terutama tarikh-tarikh penting dalam agama Islam seperti tarikh hari puasa, tarikh hari raya Aidilfitri dan tarikh-tarikh lain.

Berkenaan Kalendar Islam 2025 Tahun 1446-1447 Hijrah

Rasmi Kalendar Islam 2025

Dibawah SKF, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan takwim islam 2025 atau kalendar Islam 2025 untuk dijadikan rujukan utama dan tepat sepanjang tahun 2025. JAKIM dengan usaha sama Panel Pakar Falak JAKIM telah mengeluarkan maklumat kalendar Islam 2025 dengan berdasarkan pengiraan khusus.

Berikut adalah merupakan kalendar Islam 2025 yang rasmi:

kalendar islam 2025 jakim

Untuk tahun 2025, akan dimulai dengan bulan Rejab. Kemudian akan memasuki bulan Syaaban pada bulan Februari. Yang lebih menarik adalah bulan Ramadan akan bermula pada 2 Mac 2025. Ini adalah kerana kalendar Islam semakin bergerak dan meningkat seiring dengan kalendar masihi. Nanti tahun 2030, kemungkinan umat Islam akan berpuasa pada awal tahun ia pada bulan Januari.

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Dalam Kalendar Islam 2025

tarikh penting kalendar islam 2025
Kalendar Islam 2025 Serta Tarikh Penting Islam Tahun 2025 4

JAKIM telah memberi kemudahan dengan menyenaraikan senarai tarikh-tarikh penting kalendar Islam tahun 2025 untuk dijadikan sebagai rujukan semasa umat Islam. Berikut adalah merupakan jadual yang anda boleh rujuk berkenaan senarai tarikh penting kalendar Islam tahun 2025:

Tarikh HijrahTarikh MasihiHari Perayaan/Hari Kebesaran Dalam Islam
27 Rejab 144627 Januari 2025Israk dan Mikraj
1 Ramadhan 14462 Mac 2025Awal Ramadan/Berpuasa
17 Ramadhan 144618 Mac 2025Nuzul Al-Quran
1 Syawal 144631 Mac 2025Hari Raya Puasa/Aidilfitri
1 Zulhijjah 144629 Mei 2025Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 14467 Jun 2025Hari Raya Korban/Aidiladha
1 Muharam 144727 Jun 2025Awal Muharam/Maal Hijrah
12 Rabiulawal 14475 September 2025Maulidur Rasul

Tarikh Bulan Puasa Tahun 2025

Bagi bulan puasa atau bulan Ramadan tahun 2025 akan mula bermula pada 2 Mac 2025 bersamaan dengan hari Ahad. Dalam bulan Mac yang sama juga akan tibanya hari Nuzul Al-Quran pada 18 Mac 2025 bersamaan dengan hari Selasa.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri Tahun 2025

Tarikh rasmi bagi hari raya Aidilfitri tahun 2025 adalah jatuh pada 31 Mac 2025 bersamaan dengan hari Isnin. Kebiasaannya KPM akan memperuntukan cuti sekolah dan cuti tambahan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Untuk tahun 2025, kemungkinan sesi persekolahan akan bermula pada pertengahan bulan februari 2025.

Tarikh Hari Raya Aidiladha Tahun 2025

Bagi hari raya Aidiladha tahun 2025 adalah jatuh pada 7 Jun 2025 bersamaan hari Sabtu. Memandangkan cuti hari raya Aidiladha pada hari minggu, mungkin akan ada perubahan bagi cuti atau tambahan cuti. Untuk KPM pula kebiasaanya dirangkan bersama dengan cuti penggal untuk sekolah KPM.

Tarikh Awal Muharram Tahun 2025

Untuk tahun baharu hijrah 2025 atau 1 Awal Muharram tahun hijrah 1447 adalah bermula pada 27 Jun 2025 bersamaan hari Jumaat. Kebiasaannya akan ada sambutan awal muharram yang akan diadakan oleh kerajaan Malaysia sesuai dengan agama Islam melalui pengisian agama. Cuti awal muharram juga adalah merupakan cuti kelepasan am bagi beberapa negeri yang boleh dirujuk hasil daripada pengumuman kerajaan negeri masing-masing.

Soalan FAQs Berkenaan Kalendar Islam 2025

Bila puasa tahun 2025 bermula?

1 Ramadan tahun 2025 akan bermula pada 2 Mac 2025 pada hari ahad. Bulan puasa tahun 2025 bermula lebih awal daripada tahun 2024.

Bila musim haji bermula tahun 2025?

Kemungkinan musim haji tahun 2025 akan bermula pada bulan Mei 2025 memandangkan bermulanya bulan Zulkaedah ketika bulan itu.

Bila tarikh hari maulidur rasul tahun 2025?

Maulidur rasul bagi tahun 2025 dijadualkan pada hari 5 September 2025 bersamaan hari Jumaat.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati