Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

RASMI : BKM Fasa 3 Mula Dibayar Pada 20 Sehingga 27 September Ini – PM

photo1663319373

RASMI : BKM Fasa 3 Mula Dibayar Pada 20 Sehingga 27 September Ini – PM

KUALA LUMPUR — Makluman terbaru bagi pembayaran Fasa 3 dan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai Selasa(20.09.2022) ini secara berperingkat, Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya lagi, pembayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memberi manfaat seramai 8.7 juta penerima terdiri daripada penerima sedia ada dari kategori isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan, bujang serta mereka yang telah lulus rayuan. -Info Bernama

Menurutnya keseluruhan pembayaran berkenaan dijangka selesai pada 27 September ini.

“Kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan seluruh Keluarga Malaysia terutama ketika negara berdepan dengan cabaran kenaikan inflasi dan krisis geopolitik yang memberi kesan menyeluruh terhadap rantaian global.

Untuk makluman bagi semakan pembayaran dan rayuan BKM Fasa 3, anda boleh ikuti dibawah.

RASMI : BKM Fasa 3 Mula Di Bayar Pada 20 Sehingga 27 September Ini – PM

Bilakah Tarikh Rasmi Pembayaran Dan Rayuan BKM Fasa 3?

BKM Fasa 3

Untuk makluman semua, tarikh rasmi pembayaran dan rayuan BKM fasa 3 akan bermula pada tarikh 20.09.2022 bersamaan hari selasa. Oleh itu, diminta penerima BKM bersedia dan menyemak apa yang patut dengan kadar segera.

Bagaimanakah Cara Untuk Menyemak Maklumat Pembayaran BKM Fasa 3?

Kepada penerima BKM, anda boleh membuat semakan pembayaran berdasarkan akaun BKM anda masing-masing. Semakan boleh dibuat melalui semakan di portal rasmi Bantuan Keluarga Malaysia(BKM).

Anda dialu-alukan melayari portal rasmi Bantuan Keluarga Malaysia dan log masuk akaun anda dan tekan pada bahagian kemaskini di pautan rasmi Bantuan Keluarga Malaysia–

Laman Web Rasmi BKM

Jadual Bayaran BKM Terkini

Disini telah dimaklumkan bahawa pembayaran BKM akan melalui 4 fasa semuanya sekali, di bawah telah disediakan jadual pembayaran BKM mengikut fasa pada tahun 2022 seperti berikut:

  • FASA 1 bermula 28 Mac 2022 secara berperingkat (Selesai)
  • FASA 2 bermula 27 Jun 2022 secara berperingkat (Selesai)
  • FASA 3 bermula 20 September 2022 secara berperinkat sehingga 27 September.
  • FASA 4 akan bermula pada bula Disember 2022 (Tarikh belum diumumkan.

Maklumat Pembayaran Dan Rayuan BKM Fasa 3 Bulan September

Kaedah Pembayaran BKM Bagi Fasa 3

Berikut adalah kaedah bayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM):

1.Mempunyai akaun bank dan berjaya kredit

  • Pembayaran BKM akan dikreditkan ke akuan bank terkini yang telah didaftarkan sahaja

2.Mempunyai akaun bank tetapi gagal kredit

  • Penerima BKM boleh membuat tuntutan tunai di Bank BSN berdekatan anda.

3.Tiada akaun bank

  • Anda boleh membuat tuntutan secara tunai di cawangan BSN berdekatan.

Kaedah Rayuan Bagi Permohonan BKM Fasa 3

Untuk makluman pemohon rayuan, tempoh sah rayuan BKM hanya bermula dari 18 September sehingga 27 September 2022 sahaja. Jadi, anda boleh membuat rayuan segera dalam masa tempoh itu sahaja.

Cara Membuat Rayuan BKM Fasa 3

Untuk pengetahuan,disini disertakan Cara Mudah Permohonan Rayuan BKM Fasa 3. Permohonan Rayuan BKM Fasa 3 boleh dibuat dengan mengikuti kaedah seperti berikut:

  1. Anda boleh membuat permohonan rayuan BKM fasa 3 anda dengan secara dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDNM, Laman Web Rasmi BKM
  2. Anda boleh membuat rayuan melalui penghantaran borang rayuan BKM Fasa 3 tahun 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan).

Sekiranya terdapat persoalan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia, anda boleh menghubungi dan merujuk di talian dibawah:

Hotline BKM LHDNM : 1-800-88-2747

Alamat

Sekretariat BKM,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati