Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Skim MySalam: Bantuan Insentif RM700 Khas Disediakan Oleh Kerajaan l Rujuk Syarat Kelayakan Anda Segera

photo1663253960

Skim MySalam: Bantuan Insentif RM700 Khas Disediakan Oleh Kerajaan l Rujuk Syarat Kelayakan Anda Segera. Sambung tulis Pendahuluan.Kerajaan Malaysia sentiasa membantu dan terus komited untuk memberi sumbangan kepada rakyat Malaysia. Isu sekarang dikalangan kita adalah berkenaan keperluan rakyat yang mana rakyat dalam masa yang sama ditekan oleh keadaan dan semasa ekoran kemelesetan ekonomi dan kadar inflasi yang meningkat dalam negara.

Sehubungan itu, Kerajaan sentiasa memandang serius keadaan rakyat yang memerlukan bantuan dan dorongan daripada kerajaan Malaysia. Bantuan-bantuan juga sudah banyak disalurkan, dan terbaru kerajaan Malaysia bakal menyalurkan bantuan keluarga Malaysia bagi Fasa 3 yang berlansung bulan September. Semak BKM anda disini.

Antara bantuan yang kerajaan perkenalkanb bagi membantu mereka yang dari golongan susah, ialah melalui bantuan insentif yang diperkenalkan atas jenama “Skim MySalam”

Untuk mengikuti ulasan dan maklumat lanjut bantuan secara insentif kerajaan, anda boleh ikuti huraian di  bawah.

Skim MySalam: Bantuan Insentif RM700 Khas Disediakan Oleh Kerajaan l Rujuk Syarat Kelayakan Anda Segera

Apakah Itu Insentif Skim MySalam?

Skim MySalam

Skim MySalam ialah merupakan sebuah inisiatif skim berupa takaful perlindungan kesihatan secara percuma yang dibiayai oleh kerajaan Malaysia yang peruntukkan dalam memberi perlindungan takaful kepada individu yang layak sahaja.

Untuk pengetahuan semua, skim MySalam merupakan manfaat hasil melalui tabung amanah MySalam.

Apakah Kelayakan Bagi Menerima Bantuan Insentif Skim MySalam?

office 620817 640 4

Untuk merujuk kelayakan, skim My Salam merujuk kepada mereka yang dalam data senarai layak sebagai penerima Bantuan Sara Hidup(BSH) yang kini akan dirujuk kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia(BKM) bagi syarat-syarat kelayakan.

Berikut merupakan maklumat jelas syarat kelayakan penerima Skim MySalam:

Penerima Bantuan Sara Hidup(BSH)

  • Hendaklah berumur 18 tahun sehingga 65 tahun
  • Individu bujang mestilah diantara 40 tahun sehingga 65 tahun dengan berpendapatan kurang dari RM24,000 setahun
  • Manakala bagi OKU, hendaklah berumur dari 18 tahun ke 65 tahun dengan berpendapatan kurang dari RM24,000 setahun
  • Manfaat yang bakal diterima bagi penerima MySalam adalah tanggungan penyakit kritikal sebanyak RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum selama 14 hari.

Bagaimanakah Dengan Kadar Insentif Yang Diberikan Oleh Skim MySalam?

Untuk makluman semua, mengikut kelayakan penerima Skim MySalam akan menerima kadar insentif secara harian dalam tempoh 14 hari yang dimana sebanyak RM50 sehari yang akan diberi dalam tempoh itu.

Maka, dalam 14 hari itu insentif kerajaan akan berikan sebanyak RM700 dalam setahun. Makluman lain, kerajaan juga bakal mengumumkan bantuan insentif RM8,000 bagi penyakit kritikal. Pengumuman akan dilakukan oleh kerjaan nanti.

Cara Permohonan Bantuan Insentif Skim MySalam l Bantuan Insentif RM700

Bagi mereka yang ingin membuat permohonan bantuan takaful perlindungan kesihatan dari kerajaan Malaysia. Anda boleh lakukan permohonan segera selagi masih dibuka oleh kerajaan.

Anda boleh membuat penebusan skim MySalam dengan mengikut panduan yang disertakan dibawah. Semakan juga diperlukan bagi memastikan proses berjalan lancar.

Berikut merupakan cara untuk membuat semakan dan menebus insentis kerajaan Malaysia, Skim MySalam:

  1. Anda perlu melayaran laman rasmi MySalam :https://www.mysalam.com.my/b40/info/
  2. Anda dikehendaki untuk memasukan nombor kad pengenalan anda, Sebagai contoh 98****-03-****.
  3. Tekan butang “SEMAK”
  4. Semak jikalau anda layak menebus ataupun tidak
  5. Dan andai anda kategori yang layak untuk menebus, anda boleh menebus mengikut 2 kaedah:

Secara Atas Talian (Online) : Tebus di laman rasmi MySalam.

Secara Manual : Boleh pergi ke mana-mana kiosk MySalam berdekatan.

Pilih kaedah yang anda selesa dan mudah, mengikut pilihan ramai. Ramai yang memilih melalui kaedah secara Online.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh terus hubungi talian dibawah:

Talian khas mysalam –

1 300 88 8938 atau secara e-mel di alamat [email protected]

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati