Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jadual Cuti Umum Sabah 2024

SABAH
Jadual Cuti Umum Sabah 2024 11

Artikel ini bertujuan untuk berkongsi jadual cuti umum Sabah 2024 berserta kalendar cuti umum untuk bacaan umum. Jadual cuti umum Sabah 2024 boleh dijadikan rujukan dan panduan buat warga Sabah yang ingin merancang percutian di sepanjang tahun ini. Maklumat daripada artikel ini memaparkan senarai Hari Kelepasan Am Negeri Sabah pada tahun 2024 merangkumi tarikh, hari dan jenis perayaan atau cuti. 

Berkenaan Cuti Umum Sabah 2024 Berserta Kalendar Negeri Sabah

Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di Timur Malaysia di kepulauan Borneo dan berdekatan dengan Sarawak, Brunei dan Kalimantan Indonesia. Terdapat pelbagai tempat menarik, budaya dan suku kaum di Sabah menjadikan Sabah sebuah destinasi pelancongan utama di Malaysia. Cuti umum adalah antara masa terbaik untuk rakyat Malaysia melawat negeri Sabah.

Cuti hujung minggu di Sabah termasuk cuti sekolah adalah pada hari Sabtu dan Ahad. Cuti ini adalah sama dengan Kuala Lumpur, Selangor dan kebanyakan negeri yang lain di Malaysia. Namun cuti hujung minggu (weekend) adalah berbeza dengan negeri Kelantan, Terengganu, Johor dan Kedah yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

Jadual Cuti Umum Sabah 2024

Berikut merupakan jadual cuti umum Sabah 2024.

HARI KELEPASAN AMTARIKHHARI
Tahun Baru1 JanIsnin
Tahun Baru Cina10 FebSabtu
Cuti Tahun Baru Cina11 FebAhad
Good Friday29 MacJumaat
Hari Raya Aidilfitri10 dan 11 AprRabu dan Khamis
Hari Pekerja1 MeiRabu
Hari Wesak22 MeiRabu
Pesta Keamatan30 MeiKhamis
Cuti Pesta Keamatan31 MeiJumaat
Hari Keputeraan YDP Agong3 JunIsnin
Hari Raya Haji17 JunIsnin
Awal Muharam7 JulaiAhad
Hari Kebangsaan31 OgosSabtu
Hari Malaysia & Maulidur Rasul16 SepIsnin
Harijadi Yang di-Pertua Sabah5 OktSabtu
Deepavali31 OktoberKhamis
Hari Krismas25 DisRabu

Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya hari kelepasan am maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.

Jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.

Kalendar Cuti Umum 2024

Cuti umum, cuti kebangsaan, hari kelepasan am atau cuti undang-undang ialah cuti umumnya ditetapkan oleh undang-undang dan biasanya hari tidak bekerja dalam setahun. Di Malaysia terdapat banyak Hari kelepasan Am (cuti umum) yang diwartakan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369), namun di bawah Seksyen 60D(1A) Akta 265, majikan adalah tidak diwajibkan memberikan cuti pada setiap cuti umum yang telah diwartakan.

Boleh rujuk kalendar tahun 2024 seperti di bawah.

z 2
Jadual Cuti Umum Sabah 2024 12
cc
Jadual Cuti Umum Sabah 2024 13
55 1
Jadual Cuti Umum Sabah 2024 14
vv 1
Jadual Cuti Umum Sabah 2024 15
ww 1
Jadual Cuti Umum Sabah 2024 16
nn
Jadual Cuti Umum Sabah 2024 17

5 Tempat Bercuti Utama Sabah 2024

Negeri Sabah adalah terkenal dengan pelbagai tempat menarik antaranya adalah Gunung Kinabalu, Kundasang, Pulau Sipadan, Pulau Manukan, Pasar Filipino dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti menarik yang biasa dilakukan oleh pelancong adalah menyelam dan makan makanan laut seafood. Berikut adalah senarai 5 tempat pelancongan utama di negeri Sabah:

1. Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik

Ketiga-tiga pulau ini agak dekat dengan tanah besar. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah snorkelling, mandi-manda, bersukan atau sekadar merehatkan badan. Pasir pantainya adalah sangat cantik, bersih dan airnya yang jernih.

pulau sapi
Jadual Cuti Umum Sabah 2024 18

2. Tamu Gaya di Gaya Street

Tamu Gaya adalah seperti pasar tani yang banyak terdapat di Semenanjung Malaysia. Berbagai barangan seperti makanan, barangan kraftangan, buah-buahan, servis mengurut kaki dan sebagainya dijual di sini.

3. Pasar Filipina

Pasar Filipina menjual barangan kraftangan hasil buatan berbagai suku kaum di Sabah. Antara barangan yang paling banyak dijual disini adalah barangan perhiasan wanita seperti batu permata, mutiara, batik, t-shirts dan cenderahati.

pasar filipina
Jadual Cuti Umum Sabah 2024 19

4. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok terletak di Hutan Simpan Sepilok – Kabili, 24 km dari Sandakan, Sabah, Malaysia. Pusat ini dikhususkan untuk memelihara dan mengkaji spesies orang utan yang semakin pupus di dunia ini.

105647903 3963203180416938 3957661054686517396 n
Jadual Cuti Umum Sabah 2024 20

5. Lok Kawi Wildlife Park

Taman ini terletak di jalan lama Penampang-Papar dan di bahagikan kepada dua bahagian iaitu zoologi (haiwan) dan botani (tumbuh-tumbuhan). Ia adalah taman sesuai untuk percutian keluarga sambil melihat haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan eksotik.

Berikut merupakan klip video ‘Feel Sabah’.

Soalan FAQs Berkenaan Cuti Umum Sabah 2024

Bilakah hari cuti Good Friday negeri Sabah?

Hari cuti Good Friday adalah pada 29 Mac 2024.

Bilakah tarikh cuti Pesta Keamatan negeri Sabah?

Hari Pesta Keamatan adalah pada 30 dan 31 Mei 2024.

Apakah nama pulau-pulau cantik yang terdapat di negeri Sabah?

Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati