Sumbangan PIBG makin pening? Setiap sekolah biasanya memang mempunyai Persatuan Ibubapa dan Guru atau lebih dikenali sebagai PIBG yang bertindak untuk menjadi perantara antara para guru dan ibubapa di setiap institusi pendidikan. Tidak kira sekolah harian biasa, sekolah berasrama penuh SBP, MRSM mahupun sekolah rendah, jika PIBG di sekolah tersebut “tidak tidur” maka pasti banyak perkara akan dapat dilakukan bagi melakukan pelbagai aktiviti sekolah.
Namun begitu, masih banyak lagi diluar sana PIBG ini dilihat tidak aktif dan tidak berfungsi membantu memudahkan urusan sekolah dan ibubapa. Perkara ini dilihat mungkin kerana faktor kurang kefahaman mereka yang menyandang jawatan dalam PIBG, hubungan tidak mesra antara guru dan ibubapa, atau banyak lagi faktor lain.
Hari ini kita tidak akan membincangkan kenapa PIBG tidak berfungsi tetapi kita akan berbincang bagaimana untuk membantu sesebuah PIBG ini menjadi sebuah persatuan yang mapan.
Beberapa perkara utama yang perlu diketengahkan ialah semua guru dan ibubapa perlu tahu kewujudan PIBG ini antaranya adalah bagi memudahkan dana-dana luar masuk ke sekolah. Ya, seperti yang kita tahu dana atau sumbangan luar mestilah masuk melalui PIBG dan disinilah PIBG memainkan peranan mereka. Ada 2 benda yang kita akan tegaskan disini iaitu :
- Bagaimana mendapatkan dana untuk PIBG sekolah
- Cadangan perkara yang boleh dilakukan menggunakan dana tersebut
Cara Dapatkan Dana untuk Sumbangan PIBG Sekolah
Sebagai AJK PIBG sama ada pihak guru atau ibubapa, PIBG ini penting mempunyai kenalan atau hubungan yang baik dengan semua orang. Paling penting, hubungan dengan masyarakat setempat dan orang yang berpengaruh.
Antara tempat untuk dapatkan dana ialah :
- Wakil rakyat kawasan
Tidak kira mana-mana parti pastikan pihak PIBG lincah dalam berhubung dengan mereka ini semua agar dana mudah disarlukan. Pesanan admin, letak luar atau tinggalkan dahulu apa sahaja parti politik yang kita undi, sebaliknya letak kepentingan anak-anak kita dihadapan.
Biasanya pihak parti politik mempunyai dana khas mereka mengikut kawasan dan ianya hanya boleh disalurkan oleh wakil rakyat atau wakil politik di kawasan tersebut. Jadi, ringankan tangan dan mulut pastikan AJK PIBG yang diberikan mandat untuk “mengejar” mereka ini laju dalam bertindak.
Selain dana dari parti, pihak politik ini biasanya ada dana peribadi mereka sendiri. Jika berjumpa di rumah mereka atau dimana-mana sahaja cuba hulurkan kertas kerja dari pihak PIBG dan minta dana yang berpatutan dengan program. InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan.
2. Alumni sekolah
Dana yang paling mudah dan besar biasanya datang daripada pihak alumni. Alumni merupakan generasi bekas pelajar di sekolah tersebut yang sudah berjaya dan mempunyai kerjaya. Pemberian dana ini biasanya atas dasar peribadi iaitu sebagai tanda membalas jasa atas keringat para guru dan ibubapa suatu ketika dahulu.
Biasanya jika sekolah itu adalah sekolah-sekolah terkenal dan sudah lama, pasti alumni nya terdiri dari golongan berpengaruh, ahli politik, ahli perniagaan berjaya dan lain-lain lagi. Jadi, cara paling biasa yang dibuat ialah dengan mengadakan majlis makan malam di hotel atau disekolah. Pastikan ajk PIBG memilih alumni yang wajib datang adalah mereka yang dirasakan boleh menyumbang dengan dana yang besar bagi memudahkan urusan pengumpulan dana.
Jika tidak, war-warkan sahaja melalui media masa seperti facebook atau hantarkan surat secara peribadi melalui PIBG sekolah kepada alumni ini. InsyaAllah akan mendapat jawapan yang positif.
3. Ahli perniagaan di kawasan sekitar
Sebagai AJK PIBG, pastikan anda pantas dalam mengenalpasti mana-mana individu iaitu ahli perniagaan berjaya di kawasan anda. Biasanya antara ahli perniagaan yang menjadi tumpuan ialah pemilik Klinik, Farmasi, pemilik restoran besar, pemilik stesen minyak, pemilik kedai runcit dan sebagainya lagi.
Biasanya ajk PIBG boleh menghantar surat meminta bantuan dana dari pihak mereka. Usaha ini biasanya akan memberikan reaksi yang positif. Berapa yang diberikan, anggap sahaja semua itu rezeki murid-murid kerana segala aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bersama PIBG adalah demi kepentingan anak-anak bangsa kita.
Cadangan Apa Sumbangan PIBG Boleh Lakukan Untuk Bantu Pihak Sekolah
Sebenarnya, ianya tidaklah terlalu susah kerana setiap sekolah mempunyai keperluan berbeza dan tugas PIBG adalah kenalpasti apa kekurangan, masalah dan keperluan murid dan guru untuk pihak PIBG bantu.
Namun begitu, kita tidak boleh pukul rata kerana pasti ada juga pihak PIBG yang kurang cakna atau tidak jelas apa yang boleh mereka bantu. Jadi, disini ada senarai panjang dan diharap ianya dapat memberikan idea kepada pihak PIBG untuk mencari dan melihat adakah senarai idea yang boleh PIBG guna pakai.
Admin akan bahagikan kepada 3 bahagian dan antara perkara yang boleh di utamakan ialah :
- Keperluan dan prasarana sekolah jadi asas Sumbangan PIBG
- Pastikan kipas dan lampu di dalam setiap kelas, dewan, bilik khas berfungsi dengan baik. Jika perlu tukar wirering, tukar terus dan jika perlu tukar baru peralatan elektrik maka terus tukar jika sudah tidak dapat dibaiki.
- Ada sekolah yang mempunyai dana yang besar, jika mampu sediakan penghawa dingin di kelas atau setidak-tidaknya di bilik khas seperti perpustakaan adalah sangat menarik.
- Buat pemerhatian yang tepat tentang prasarana di surau sekolah. Pastikan selesa, bersih dan cantik. Berhubung dengan guru AJK yang ditugaskan mengelola surau sekolah, tanya apa keperluan mereka.
- Papan putih! Ya, whiteboard dilihat satu prasarana yang penting di dalam bilik darjah dan bilik khas. Jika penggunaan papan hitam masih dilihat wajar, maka teruskanlah tetapi biasanya guru lebih selesa menggunakan papan putih kerana senang, lebih selesa dan guru suka boleh menggunakan marker pelbagai warna untuk menjadikan pdpc lebih menarik.
- Padang! Ya bila bercakap mengenai padang pasti terlalu banyak perkara yang boleh disentuh. Bermula dengan perkara dan alatan di dalam stor sukan, pakaian atau jersi sekolah mengikut permainan seperti bola jaring, bola sepak dan sebagainya dan sudah pasti termasuk set alat mainan dan latihan. Semua ini memerlukan dana yang besar terutama untuk mendapatkan set yang lengkap. Tetapi sebelum beli, pastikan berhubung rapat dengan guru sukan dan guru besar kerana mereka lebih tahu sukan apa yang “utama” atau paling dititikberatkan disekolah itu maka cubalah lengkapkan keperluan sukan tersebut. Contohnya jika sekolah tersebut begitu pesat pembangungan sukan hoki, maka cubalah bertanya jurulatih mereka dan bincang senarai keperlu yang diperlukan seperti kayu hoki, bola hoki, set keeper, jersi, kasut hoki, dan lain-lain lagi. Jangan pula beli sesuatu yang tidak diperlukan.
- Selain itu, pastikan keadaan alatan sedia ada selamat. Kes palang pintu gol berkarat, alat sukan rosak dan sebagainya merupakan kes terpencil yang membimbangkan kerana boleh meragut nyawa anak murid. Jadi, Sumbangan PIBG main peranan!
- Keselamatan. Ya bila bercakap mengenai sekolah yang selamat maka pastikan pihak PIBG memainkan peranan yang penting disekolah. Cuba berbincang dengan pihak sekolah bagaimana menjadikan sekolah sebagai satu tempat yang selesa dan selamat untuk murid-murid. Jika perlu letak peti aduan, beli peti aduan. Jika sekolah perlu CCTV, maka cuba dapatkan CCTV. Selain itu, usaha seperti membuat gazebo atau pondok-pondok di dalam sekolah atau diluar kawasan sekolah (dengan kebenaran pihak berwajib) jika dilihat diperlukan maka ianya boleh dibincangkan. Ada sekolah-sekolah pedalaman yang memerlukan pagar, jambatan, dan sebagainya lagi. PIBG mainkan peranan anda!
- Kecantikan sekolah juga perlu dititikberatkan. Pasu bunga, kolam ikan, ruang carta, banner, cat dinding, lakaran atau apa sahaja yang dilihat mampu menaikkan seri kawasan sekolah maka usahakan terus.
- Kawasan parking kenderaan murid perlu dititikberatkan. Sumbangan PIBG jangan lupa ya!
2. Keperluan guru menarik Sumbangan PIBG
- Guru telah banyak berkorban untuk anak-anak kita dan selain masa, guru juga banyak berhabis wang ringgit. Cadangan saya, setidak-tidaknya pihak PIBG mungkin boleh memberikan sumbangan set alat tulis seperti marker dan kertas A4 kepada para guru. Pastikan setidak-tidaknya dalam bilik guru ada beberapa mesin cetak (printer). Ini semua adalah untuk membantu proses pdpc yang lancar.
- Apa lagi keperluan guru? Sila komen di fanpages kami.
3. Keperluan murid
- Persekitaran belajar yang baik amat diperlukan. PIBG pastikan tiada pencemaran bunyi dan udara berlaku di sekolah semasa proses pdpc. Pastikan pihak swasta yang menjaga kebersihan sekolah membuat pembakaran dan pemotongan rumput diluar waktu belajar. Sebelum ini juga pernah berlaku kes kemalangan yang meragut nyawa murid, jadi isu ini sangat penting.
- Bantu murid mudah belajar dengan meja yang cukup, kerusi yang cukup, pencahayaan yang baik dan pengudaraan yang bagus. Selain keperluan asas itu, keperluan kepada wifi, mesin visualizer dan sebagainya.
- Apa lagi murid perlu, sila komen di fanpages kami.
PIBG Tonggak Kerjasama Ibubapa & Sekolah
Melalui PIBG banyak program untuk pelajar akan dapat dilaksanakan. Hilang peranan PIBG, ibarat seorang yang hilang satu kakinya dan pasti sukar untuk berjalan. PIBG dan pihak sekolah perlu bekerjasama bagi memastikan anak-anak murid mendapat keperluan belajar yang paling baik.